Hari Kedua Persekolahan Di SRI Al Hafeez

Assalamualaikum...:)

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan. Badan letih, otak pun penat. Melunaskan tugas-tugas pejabat yang seolah-olah tidak mahu habis sungguh menguji kesabaran. Melayan kerenah pelajar-pelajar baru, tidak kurang juga kerenah ibu bapa. Tetapi syukur kebanyakan ibu bapa memahami keadaan sekolah yang masih belum cukup prasarananya malah mereka yakin untuk menghantar anak-anak ke sekolah ini walaupun premis yang sekolah sewa tidak selesa sepenuhnya. Namun, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar-pelajar dapat membiasakan diri dengan biah Islamiyyah serta dapat menimba ilmu dari guru-guru dengan ikhlas dan sebaik mungkin.  

Alhamdulillah pada tahun ini, pengurusan pendaftaran pelajar baru dan juga pembayaran yuran sekolah agak tersusun dan teratur memandangkan 2011 merupakan tahun ketiga SRI Al Hafeez beroperasi sebagai sekolah yang menekankan kedua-dua aspek iaitu akademik dan diiniyyah(agama) serta mengamalkan Kaedah Khalifah (Khalifah Method) dalam melahirkan pelajar sebagai hamba Allah yang beriman dan beramal soleh untuk menjadikan dirinya seorang khalifah di muka bumi Allah S.W.T. dan mengejar kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T.

SRI Al Hafeez mula ditubuhkan pada tahun 2009 dengan bilangan pelajar seramai 33 orang. Tahun ini bilangan pelajar semakin meningkat yang berjumlah seramai 127 orang dari tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan guru adalah 12 orang dan staf seramai 2 orang.

Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sedikit sebanyak derma dan sumbangan kepada SRI Al Hafeez, boleh la hubungi kami di 09-7922772 atau salurkan terus ke akaun sekolah 03020000120106(CIMB) atas nama BIMBINGAN SRI AL HAFEEZ . InsyaAllah niat baik anda pasti dibalas dengan kebaikan oleh Allah S.W.T. Blog sekolah boleh dilayari di http://srialhafeez.blogspot.com yang masih lagi dalam pengemaskinian sempena tahun baru ini.

Majlis Khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan 2010 bersama-sama guru

Selagi diberi keizinan oleh Allah S.W.T.,aku akan terus cuba memberi khidmat yang terbaik untuk SRI Al Hafeez. Berada di samping pelajar-pelajar dan guru-guru lain banyak mengajar aku erti kesabaran, kasih sayang dan keikhlasan selama lebih 8 bulan aku bekerja di sini.

SRI AL HAFEEZ > Generasi Al-Quran Unggul

6 comments:

nazaTIMsuria said...

menarik!=) paling menarik sbb guna khalifah method. saya blaja khalifah method.tp blm bpeluang nampak mana2 sek amalkan method tu. all d best!=)

~CiK TiNieY~ said...

@nazaTIMsuria

terima kasih...;)

alhamdulillah,khalifah method beri kesan positif buat anak2 sri al hafeez...;)

NUR AIN AZMAN said...

Follow u

I loikee this entry

Keep it up


btw, jom komen sini
wish me luck

thanks

http://officialaenlicious.blogspot.com/2010/12/contest-fesyen-untuk-semua.html

~CiK TiNieY~ said...

thanks ain...;)

Faaein Himura said...

semoga maju jaya kak.. =]

andai saya dah bekerja.. teringin juga nak menolong.. tapi apakan daya.. belum ada kemampuan lagi.. =(

~CiK TiNieY~ said...

@Faaein Himura

syukran...oh,it's ok..menderma bukan paksaan, menderma atas kemampuan kita..tak banyak,sikit pun jadi...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...