Showing posts with label Convocation. Show all posts
Showing posts with label Convocation. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Puisi | Mungkin Rasa


Ketika rasa mahu menggapai segalanya
hanya mungkin pada sesetengah saja
ku mahu capai awan di langit
ku mahu miliki bintang suria bulan
ku ingin terbang bebas
tidak mungkin
impian tajam menghakis dinding harapan
bertemu puing rasa
awalnya semanis kurma
tengahnya masam-masam mangga
akhirnya pahit hempedu, kelat herba
Rasa hadir ketika mahu merasa
Hilang rasa pabila terasa

Embun Melati
050612
3.18pm

*******

Tahniah Kak Long!


Dulu masa saya konvo, tak sempat bergambar macam ni. Tapi tidak mengapa, konvo master saya kena laksanakan gambar macam nih. 

Rasa best bergambar sebegini. hehehe. Pose saya spoil la pulakkkk...

Err, puisi kat atas tu tiada kaitan ye dengan potret kami. Sekian.

Saturday, October 9, 2010

Gembira Dalam Duka. Duka Dalam Gembira. It's My Convocation Day!


Start where you stand and never mind the past,
The past won't help you in beginning new,
If you have left it all behind at last
Why, that's enough, you're done with it, you're through;
This is another chapter in the book,
This is another race that you have planned,
Don't give the vanished days a backward look,
Start where you stand!

********
Terima kasih semua sahabat dan pensyarah.
Kamu semua yang menjadi pendorong dan penguat semangat aku sepanjang berada di UIA.
Alhamdulillah akhirnya kita berjaya juga menggenggam segulung ijazah sahabat.
Ustazah saya dah dapat scroll!
Doakan saya terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Gembira dalam duka. Duka dalam gembira.
Buku, assignment, exam, library.
Itulah rutin kita dahulu sahabat.
Itulah rungutan kita dahulu.
Tetapi rungutan kita berbaloi.
Kerana ia sekadar rungutan, mulut membebel itu ini tetapi tangan kita masih lagi menjalankan kerja-kerja sebagai pelajar.
Kerjaya aku sebagai pelajar dahulu tidak akan aku hentikan di sini. Aku pasti mengikut jejak langkah kalian ke peringkat seterusnya walaupun lambat, walaupun mungkin waktu itu usia aku sudah menginjak. InsyaAllah.

Sahabat, terima kasih untuk kenangan yang mengembirakan pada hari graduasi kita!
3 Oktober 2010.
Tarikh Bermakna.