Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Tarikh- Tarikh Yang Wajib Kita Ingat!

Tarikh-tarikh yang mesti diingat untuk bulan Mei 2011 ni. Mesti. Jangan tak ingat! Kena peka tau?haha..

1 Mei 2011

Hari cuti saya. Sebab saya pekerja kan. hehe..Sepatutnya saya boleh enak tidur di rumah tapi sebab semangat membara nak jumpa ank-anak murid, saya gagahkan diri pergi PWTC seorang diri. Dari Shah Alam pula tu. Oleh kerana saya dah lambat hari tu, saya naik teksi saja pergi sana. Kena sampai sebelum tengahari, kalau tidak mereka pasti berlepas ke taman burung. Alhamdulillah saya sempat jumpa wajah anak-anak murid yang saya rindu sangat-sangat! Aha, ada jejaka-jejaka hensem teman saya beli buku kat sana. Upahnya dapat aiskrim sorang satu! Seronok kan korang? weeee~~

Dapat sign penulis!best!

13 Mei 2011

Antara sahabat-sahabat yang mendoakan saya. Sayang korang!

Tarikh ni paling best! Mood ceria, elok je waktu tu. Dapat ongkos lagi sebagai hadiah!hihi..Sebenarnya tarikh ni merupakan tarikh hari lahir saya. Alhamdulillah saya sekarang sudah genap berumur 26 tahun. Syukur. Ramai sangat yang wish kat saya di FB. Saya dapat doa-doa kalian. Aameen insyaAllah! Teruskan berdoa untuk saya. Kemurahan rezeki dan cepat dapat jodoh!hahaha...Kebetulan hari tu juga hari konvokesyen adik saya yang keempat di UITM Shah Alam. Tahniah Fatma!

saya dapat kek lagiiii...haha...thanks CHAINZZ!

Ha, ENCIK MAT GEBU pun wish  kat saya. jangan tak tahu..hehe



16 Mei 2011

Ha, korang mesti tahu kan ni tarikh apa kan? Kalau tak tahu, beta tak tahu la mahu cakap apa. Pergi cek balik tarikh apa!ngehehehe~~

Hari Guru kawan-kawan, sahabat-sahabat. Hari Guru..hehehe...Walaupun saya sekarang sudah tidak bergelar seorang guru, namun jiwa seorang guru tetap ada dalam diri saya. Jadi saya nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk diri saya sendiri dan juga guru-guru saya dari tadika sampai la ke universiti. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT KALIAN YANG MENCURAHKAN ILMU DAN MENDIDIK SAYA SAMPAI SAYA JADI FATINI SEKARANG! Alhamdulillah....

********
Saya sedih sebab tak dapat pergi gathering semalam!isk3!

Wednesday, May 11, 2011

Workplace Motivation

Kenangan sepanjang zaman. Tapi Natasya tidak ada dalam gambar ni. It's ok, Mu'allimah tetap ingat rupa anak2 Mu'allimah. Jangan membesar dengan cepat sudah lah! hehehehe....

Mata saya asyik meraung-raung minta ditutup hari ini sepanjang di pejabat. Sepatutnya ada meeting pukul 6 petang tadi, namun disebabkan masalah internet, meeting terpaksa ditunda pada keesokan hari. Punya la saya sabar menunggu. Tak mengapa, sabar sabar. huhuhu...

Sebaik saja sampai di rumah dalam pukul 7.30 malam, tiba-tiba saya mendapat satu panggilan misteri. Bila angkat je saya mendengar suara halus dan keanak- anakan dari corong telefon. 

"Mu'allimah! Ana ni..Natasya!"

Aduhai, cair hati saya dengar panggilan Mu'allimah tu. Natasya ni merupakan salah seorang anak murid saya ketika saya pernah mengajar di SMAI Al Irsyad dua bulan lepas. Dia adalah pelajar tingkatan 1 Ibnu Khaldun. Tak lulus subjek Tajwid untuk Ujian Penilaian 1 sebelum ni. Saya pernah marah dia, menegur, membebel dalam kelas. Mana saya tak rasa terharu bila dia call sebab dialah yang selalu saya buat darah saya berderau setiap kali saya memberi latihan ulangkaji.

Itulah keindahan memegang gelaran sebagai guru. Rasa disayangi dan juga menyayangi. Kelebihan yang saya kurang dapat di sini, tempat kerja baru saya.

Memberi dan berkongsi ilmu memberi satu kepuasan. Saya rindu tugas seorang GURU. Sungguh. Walau apa pun, saya semakin suka dengan kerja baru saya.

"Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all of which have the potential to turn a life around."

~Leo Buscaglia~

Thursday, April 7, 2011

Rezeki Baru dan Kempen Tip Top

Selamat Pagi...Good Morning...Sobahalkhair...

Mari sama-sama kita mulakan pagi ini dengan niat baik dan semangat baru, penuh dengan motivasi. Boleh? Jom!

Tinggal seminggu lagi saya berbakti di SMAI Al Irsyad. 21 April saya akan mula bekerja di tempat baru dengan jawatan baru sebagai Pegawai Tadbir di Al Madinah International University (MEDIU), Shah Alam. MEDIU tawarkan scholarship kalau saya nak sambung master. Pucuk dicita ulam mendatang, kebetulan saya merancang nak sambung belajar, memang rezeki yang amat tak terkira daripada Allah yang saya dapat. Syukur sangat!

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, hati saya juga sayang sangat nak tinggalkan profesion perguruan. Tambah lagi bila ada beberapa pelajar memujuk supaya jangan tinggalkan sekolah. huhuhu...

"Mu'allimah, betul ke Mu'allimah nak pindah?"

"Mana kamu tahu?"

"Ala Mu'allimah, jangan la pindah. Kalau Mu'allimah pindah,siapa nak ajar kami Bahasa Arab?"

Kenapa la anak2 murid ni buat hati kecil saya sayu? Walaupun Mu'allimah tidak bergelar guru dah lepas ni,doa Mu'allimah sentiasa mengiringi kamu semua. Kita belajar BA on9,amacam? ok tak? terfikir jugak nak buat camni. hmmm...

Nak berhenti dan bertukar kerja pun macam-macam ujian Allah bagi. Pelbagai dugaan yang harus saya tempuh. Mana tidaknya, baru dua bulan kerja kat Kuantan ni, saya dah nak letakkan jawatan. Mungkin ada hati-hati yang tidak mampu saya jaga dengan hal ini. Semuanya terjadi atas kehendak Allah yang saya akan pergi. Semuanya tidak disangka. Datangnya juga tak terduga. Walau apa pun, dengan masa yang masih ada ini, saya akan cuba selesaikan segala tugas yang masih berbaki sebaik mungkin.

Semuanya akan jadi mudah bila kita hadapkan pada Allah..:)

Salah seorang anak murid saya yang kacak dan berpotensi pergi jauh..Kacak tuu....haha...

Minggu ni merupakan Kempen Kebersihan Tip Top di SMAI Al Irsyad. Pada hari perasmian Minggu Kebersihan yang bertemakan "Pakaian Kotor Boleh Dicuci, Sekolah Bersih Sukar Dicari" pada isnin lalu, saya amat kagum dengan kebolehan pelajar mengaturcara majlis dengan teratur sekali. Berbakat jadi MC dalam 3 bahasa iaitu BM, BI dan BA. Ada gimik dan sebagainya.



Di penghujung perasmian pembukaan, Banin menunjukkan sekali lagi kebolehan mereka dalam menghasilkan video. Lawak tetapi mengandungi mesej yang sangat berguna! Sebagai menghargai usaha mereka, saya uploadkan  video mereka dalam 1tube..;)

          
     Anak murid saya semua comellllll...

Will miss you guys after this!huhuhu

Saturday, March 19, 2011

Cukai Pendapatan- Membebankan Atau Tidak?


Salam Tengahari. Kaifa Halukum?

Tinggal setengah hari lagi Mu'allimah menghabiskan cuti sekolah di rumah. Esok dah nak berangkat ke Kuantan. Masih banyak lagi kerja yang tertangguh sebenarnya. Kertas exam pelajar pun tak habis lagi marking. Mujurlah satu subjek saja lagi tinggal. Dari minggu kedua Ujian Penilaian 1 lagi pelajar-pelajar asyik tanya dah siap ke belum marking paper. Heh. Al maklum la Mu'allimah ni konon sibuk mengalahkan orang yang sudah berumahtangga. Mana nak siap awal-awal. Tapi memang betul sibuk. Pegang 5 kelas, kena buat kertas kerja untuk Kem Motivasi dan Jati Diri Remaja minggu depan, diamanahkan oleh sekolah jadi Ketua Panitia Pendidikan Islam, Fiqh dan Tajwid. Mana la tak senget kepala. uwaaaa!

Sibuk-sibuk ok juga, tak ada lah Mu'allimah akan ingat benda-benda sedih yang bisa buat Mu'allimah menangis lagi. huhu..

Tadi, baru sahaja siap isi borang cukai untuk ma Mu'allimah. Ma Mu'allimah juga seorang guru dan kakitangan kerajaan. Memang wajib bayar cukai pendapatan. Kira dah 3 kali Mu'allimah tolong buatkan untuk ma. LHDN sekarang kan dah maju. Pakai sistem e-Filing. Sesiapa yang pernah buat mesti tahu macam mana sistem ini beroperasi.

Kalau sesiapa yang suka beli buku tu, simpan resit baik2, mungkin boleh bantu parents tolak cukai. Setiap kali beli buku atau majalah, minta resit dan simpan elok2 untuk diberi pada parents. Yang tengah belajar kat IPTA@IPTS yang diiktiraf Malaysia tu pun boleh ditolak cukainya. Tak kira la diploma atau ijazah. Umur bawah 18 tahun pun yang masih belajar, pun boleh ditolak cukainya. Tolong parents kita apa salahnya kan? Tak ada lah banyak sangat kena bayar cukai pendapatan.

Selain itu, anak-anak yang mengalami sakit kronik atau kurang upaya juga boleh dimasukkan dalam pelepasan cukai. Jadi tak ada la beban sangat parents nak tanggung pembayaran cukai.

Sunday, March 13, 2011

Ilmu Tajwid: Penting Ke?


Banat: "Mu'allimah, mak ana cakap tak apa tak tahu tajwid pun, asalkan boleh baca dengan betul".

Mu'allimah: "Kalau tak belajar tajwid, macam mana kamu nak baca dengan betul? Cara kamu baca pun mu'allimah dah tahu kamu masih lagi tidak mengenali hukum tajwid dan cara bacaannya".

Dialog ini berlaku pada hari jumaat lepas untuk ujian hafazan pelajar. Kumpulan yang diamanahkan pada mu'allimah adalah kumpulan level B. Level kedua yang dikira "boleh la" bagi mu'allimah dapat membaca Al Quran dengan elok dan bertajwid. Hari jumaat adalah hari terakhir semua pelajar menghadapi Ujian Penilaian 1. Memang kebiasaannya, waktu pagi dimulai dengan kelas hafazan Al Quran. Dialog tersebut berlaku selepas sahaja pelajar itu habis ujiannya. Hafazan tidak ok, tilawah tidak ok, tajwid entah ke mana walaupun sudah belajar tajwid dari sekolah rendah lagi. Bila mu'allimah menegur dan menasihati, itulah jawapan yang diberi.

Mu'allimah agak kecewa dengan ibu pelajar tersebut yang mengatakan tidak tahu ilmu tajwid tidak mengapa. Bagaimana anak-anak yang masih belia remaja mahu memperbaiki bacaan Al Qurannya jika fikirannya dibentuk sebegitu rupa? Ibu bapa memberi pengaruh yang besar dalam hidup anak-anak. 

Ilmu tajwid amat-amat penting untuk memperelok bacaan Al Quran. Mari sini mu'allimah nak beritahu sedikit secara ringkas mengenai ilmu tajwid walaupun dah ramai yang tahu. Mu'allimah sekadar nak memperingati diri sendiri dan juga kalian.

1)Makna ilmu tajwid

Dari segi bahasa: Tahsin iaitu memperelokkan sesuatu.

Dari segi istilah: Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan mustahaknya yakni sifat mendatangnya. 

2)Hukum

Mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah

Membaca Al Quran secara bertajwid adalah Fardhu 'Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

3)Kelebihannya

Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dengan Kitab Allah Al Quranul Karim, berdasarkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W.:

"Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran  dan mengajarkannya."
(Riwayat Imam Al- Bukhari)

4)Matlamatnya

Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al Quran ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah S.W.T.

Tengok, Allah dah gariskan panduan untuk kita belajar. Kenapa kita masih lagi berdalih tidak mahu memperelok bacaan Al Quran?. Ada juga yang mengeluh tidak tahu membaca Al Quran tapi tidak berusaha untuk memperbaikinya. Tidak dinafikan ada yang berusaha bersungguh-sungguh, namun masih tidak dapat membaca ayat suci Al Quran dengan baik. Walau apa pun individu sebegini sudah mendapat pahala yang besar di atas kesungguhannya.

Perlu juga diingat lagi kenapa ilmu tajwid ini penting. Kerana ia diturunkan dalam Bahasa Arab. Kalau salah baca, maknanya mungkin lari. Mu'allimah sendiri pun kena sentiasa memperbaiki bacaan Mu'allimah kerana tugas Mu'allimah mengajar dan berkongsi ilmu pada pelajar Mu'allimah. 

Ayuh, kita perbaiki lagi bacaan Al Quran!;)

Kamus:

Mu'allimah = guru perempuan
Mu'allim = guru lelaki
Mukallaf = yang dipertanggungjawabkan

setitip rasa 1: Mulai hari ini, saya akan menggelarkan diri saya Mu'allimah. Tak mahu dah guna 'aku'. hehe..Assalamualaikum, saya Mu'allimah Fatini..;)

setitip rasa 2: Mu'allimah bertekad untuk mengubah persepsi pelajar pada Ilmu Tajwid dan mencurahkan ilmu sedaya yang termampu oleh Mu'alimah. 

setitip rasa 3: Mu'allimah pun kena refresh balik surah-surah yang telah dihafal dulu. Sama-sama kita berusaha. ;)

Sunday, March 6, 2011

Syair Cinta 2


JIWAKU DAHAGA

حلت بثينة من قلبي بمنزلة  #  بين الجوانح لم ينزل بها أحد

Buthainah berada di dalam hatiku, walaupun sesuatu tempat itu condong ke tanah, tidak ada sesiapa pun yang dapat memasukinya.

صادت فؤادي بعينيها ومبتسم  #  كأنه حين أبدته لنا برد

Sesungguhnya jiwaku dahaga dengan renungan dan senyumannya yang dingin seperti 
titisan embun.

عذب كأن ذكي المسك خالطه  #  والزنجبيل وماء المزن والشهد

Bibirnya harum seperti campuran bau wangian kasturi, terung, air dan madu yang manis dan suci.

وجيد أدماء تحنوه إلى رشإ  #  أغن لم يتبعها مثله ولد

Tengkuknya seperti tengkuk kijang yang membongkok ke arah satu-satu anaknya serta mempunyai nyanyian yang mengasyikkan.

جراجة رخصة الأطراف ناعمة  #  تكاد من بدنها في البيت تنخضدر

Badannya bergerak dengan lembut ketika dia berjalan, sunyi badannya dari bunyi pecah ketika dia membuat kerja di rumah kerana tangannya yang lembut dan halus

خدل مخلخلها وعث مؤزرها  #  هيفاء لم يغذها بؤس ولا وبد

Walau badannya kurus, namun dia tetap kuat jika dia ingin hidup dalam kesenangan tanpa mengenal erti kesengsaraan dan kesempitan hidup.

هيفاء مقبلة عجزاء مدبرة  #   تمت فليس يرى في خلقها أود

Perutnya kempis dan pinggangnya ramping sehingga bertemu kedua-duanya bertemu, namun begitu tidak sedikit pun cacat kecantikannya. 

*******
Syair ini merupakan hasil kerja aku masa belajar di tahun pertama dan semester pertama di UIA dulu. Sangat penat nak terjemahkan bait-bait cinta ni ke Bahasa Melayu. Memandangkan sekarang aku tengok ramai yang sedang mencari serta meng'usha' taman-taman bunga di luar sana, maka entri ini wujud hari ni.


Enjoy reading!;)

Saturday, February 26, 2011

Hujung Minggu dan Bahasa Arab

 بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu begitu pantas. Tik tok tik tok dah 3 minggu aku berada di Kuantan. Semalam cek gaji, dah masuk tapi tetap tak masyukkk. Itulah rezeki aku untuk bulan ini. Namun, aku tetap bersyukur kerana makan pakai masih cukup. Kena berjimat dengan sehabis baik. Aku perlu kumpul duit untuk sambung belajar. Orang lain sibuk kumpul duit untuk kahwin, aku simpan untuk tujuan lain.  hihi...

Hujung minggu ni tak tahu nak buat apa. Rasa penat pun masih beraja. Seminggu bertungkus lumus siapkan kertas soalan untuk Ujian Penilaian 1 pelajar SMAI Al Irsyad. Memang waktu tidur jadi tak tentu. Nasib baik masih bertenaga untuk mengadap baniin dan banaat mencurahkan sedikit ilmu yang termampu.

Memegang title sebagai mu'allimah atau guru bukannya tugas yang ringan. Tambah lagi bila ada segelintir para pelajar mempunyai motivasi dan keyakinan yang rendah terhadap satu-satu subjek. Lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Pelbagai keluhan dari bibir mereka dan juga guru-guru lain.

"Mu'allimah, ana tak faham Bahasa Arab"

"Mu'allimah, buat lah macam mana pun, ana masih tak faham Bahasa Arab"

"Mu'allimah, ana tak reti buat karangan, tak tahu nak tulis macam mana"

Itu baru keluhan para pelajar, apatah lagi guru-guru lain.

"Budak-budak ni memang teruk Bahasa Arab"

Sedih pun ada. Takut pun ada bila dengar keluhan-keluhan yang lemah seperti ini. Tambah lagi aku guru baru. Pengalaman mengajar pun tak sampai setahun lagi. 

Ini merupakan dugaan dan cabaran baru setelah aku tolak JQAF pada bulan lalu. Aku yang kena kuat untuk terima ujian ini. Aku akan cuba sedaya mungkin untuk pulihkan minat mereka terhadap Bahasa Arab. Kalau zaman sekolah, aku kena pulas telinga lagi oleh ustazah. Memang tip top la ustazah ajar kami masa sekolah dulu. hehehe...

Bahasa Arab tetap bahasa yang paling aku suka walaupun dulu masa mula-mula aku masuk UIA, saudara mara aku tak pandang bahasa Al-Quran ni. Bila mereka tanya aku ambil kos apa kat UIA, aku cakap ambil Bahasa Arab, semua jawab "oooooooooooo". Cuba kalau cakap pilih kos engineering ke, medic ke, laju je jawab "wah, bagus lah!cerah masa depan!". Komen membina lagi tu. Aku tak kata kos lain tak bagus, tapi apa salahnya kalau tiupkan semangat sikit untuk aku. huhu..Tapi tak mengapa, aku memilih untuk senyum sahaja dan berdiam diri. Kerana minat dan yakin rezeki itu Allah dah sediakan untuk kita di mana-mana, aku tetap setia menadah ilmu daripada pensyarah-pensyarah UIA.
Baniin dan banaat SMAI Al Irsyad, mari kita sama-sama belajar Bahasa Arab!Mu'allimah akan tolong kamu semua selagi termampu!Biiznillah!;)

Wednesday, February 9, 2011

Hot

Soalan femes di sekolah baru:

"Mua'llimah, mua'llimah...mua'llimah dah kahwin ke belum?"

"Mua'llimah...status?"

Dengan machonya mua'llimah menjawab (cover senyum meleret):

"Masih belum berkahwin"

Pelajar lelaki membalas:

"Yes!"

hahahaha...memang tergelak aku lepas habis kelas..budak-budak sekarang tak leh blah..tapi biasalah tak matang lagi..teringat plak zaman remaja dulu-dulu...kui kui kui...

Friday, January 7, 2011

Pindaan Tarikh Semakan Penerimaan Kursus KPLI-SR dan KPLI-JQAF

Hujan masih lebat di luar. Aku keseorangan dalam rumah ni. Bila cuti, rasa nak kerja. Bila kerja, rasa nak cepat-cepat cuti. Bila nak puas hati ni?hihi..

Oh ha, ada sesiapa di luar sana yang pergi interview KPLI-SR dan KPLI-JQAF tak sebelum ni? Untuk makluman, tarikh semakan diterima untuk berkursus atau tidak dipercepatkan ke 17 Januari 2011. Tarikh lapor diri ke IPG yang telah ditetapkan adalah pada 24 Januari 2011. Boleh cek di [SINI]..

Aku masih dalam dilema. Borang permohonan master dah ambil. Isi pun dah. Cuma report daripada majikan sahaja yang belum siap. Kalau aku dapat interview tu macam mana? Hati sekarang kuat nak sambung belajar, entah kenapa. Tapi, ada juga suara-suara yang suruh proceed kursus tu kalau dapat. Masalah sekarang aku dah makin berumur, lepas ni for sure otak makin tumpul nak belajar, takut makin lemah keinginan nak belajar. Mana satu, mana satu??

"Istikharah Tini, istikharah" 

Ini lah yang selalu Kakak (bukan kakak kandung tapi dia dah macam kakak kandung, soulmate!) nasihat. Aku buat bukan selalu, jarang-jarang. Lemahnya iman, lemahnya semangat. Kakakkkkkkkkkkkkkkkkkk....

*Tiba-tiba saja charger laptop tidak mengalirkan tenaga elektrik. Nazak betul dah charger. Nampaknya kena ganti yang lain. Ala, duit lagiii..Kan dah janji nak simpan duit untuk sambung belajar? huhuhu...

Tuesday, January 4, 2011

Hari Kedua Persekolahan Di SRI Al Hafeez

Assalamualaikum...:)

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan. Badan letih, otak pun penat. Melunaskan tugas-tugas pejabat yang seolah-olah tidak mahu habis sungguh menguji kesabaran. Melayan kerenah pelajar-pelajar baru, tidak kurang juga kerenah ibu bapa. Tetapi syukur kebanyakan ibu bapa memahami keadaan sekolah yang masih belum cukup prasarananya malah mereka yakin untuk menghantar anak-anak ke sekolah ini walaupun premis yang sekolah sewa tidak selesa sepenuhnya. Namun, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar-pelajar dapat membiasakan diri dengan biah Islamiyyah serta dapat menimba ilmu dari guru-guru dengan ikhlas dan sebaik mungkin.  

Alhamdulillah pada tahun ini, pengurusan pendaftaran pelajar baru dan juga pembayaran yuran sekolah agak tersusun dan teratur memandangkan 2011 merupakan tahun ketiga SRI Al Hafeez beroperasi sebagai sekolah yang menekankan kedua-dua aspek iaitu akademik dan diiniyyah(agama) serta mengamalkan Kaedah Khalifah (Khalifah Method) dalam melahirkan pelajar sebagai hamba Allah yang beriman dan beramal soleh untuk menjadikan dirinya seorang khalifah di muka bumi Allah S.W.T. dan mengejar kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T.

SRI Al Hafeez mula ditubuhkan pada tahun 2009 dengan bilangan pelajar seramai 33 orang. Tahun ini bilangan pelajar semakin meningkat yang berjumlah seramai 127 orang dari tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan guru adalah 12 orang dan staf seramai 2 orang.

Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sedikit sebanyak derma dan sumbangan kepada SRI Al Hafeez, boleh la hubungi kami di 09-7922772 atau salurkan terus ke akaun sekolah 03020000120106(CIMB) atas nama BIMBINGAN SRI AL HAFEEZ . InsyaAllah niat baik anda pasti dibalas dengan kebaikan oleh Allah S.W.T. Blog sekolah boleh dilayari di http://srialhafeez.blogspot.com yang masih lagi dalam pengemaskinian sempena tahun baru ini.

Majlis Khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan 2010 bersama-sama guru

Selagi diberi keizinan oleh Allah S.W.T.,aku akan terus cuba memberi khidmat yang terbaik untuk SRI Al Hafeez. Berada di samping pelajar-pelajar dan guru-guru lain banyak mengajar aku erti kesabaran, kasih sayang dan keikhlasan selama lebih 8 bulan aku bekerja di sini.

SRI AL HAFEEZ > Generasi Al-Quran Unggul

Saturday, November 20, 2010

Aku Rindu Padamu GURU

Cuti bakal berakhir untuk aku. Lusa dah kena masuk pejabat. Semalam dan hari ni badan kurang sihat. Ingatkan semalam dan hari ni kena gastrik je sementelah malam tadi muntah sampai lembik badan. Tak sangka hari ni demam pula. Dugaan. huhu

Sedang badan keletihan, tiba-tiba dapat mesej daripada anak murid tersayang, Masyitah. Masyitah merupakan salah seorang pengawas di Sri Al Hafeez. Rajin tapi kadang-kadang manjanya ada. Mungkin sebab dia tidak ada kakak, yang bawah semua adik jadi dia agak manja dengan aku. Pada mulanya aku bukanlah seorang guru, tetapi pembantu tadbir di sekolah. Jadi panggilan Kak Tini tu memang sudah lekat di bibir anak-anak Sri Al Hafeez. 

Masyitah kerap juga hantar mesej pada aku. Mesej biasa saja macam "buat apa tu Kak Tini?". Cuma tadi agak cair dan terharu dapat mesej macam ni.."Kak Tini buat apa tu? Saya rasa rindu lah dengan Kak Tini..hehehe"..Lepas tu, siap dapat picture message lagi..."AKU RINDU PADAMU GURU"...Wahh, rasa bangga ada anak murid rindu kat kita! Terus rasa sembuh dari demam!hahahaha....

Tu lah aku cakap, budak-budak ni memang menenangkan jiwa. Yang paling best, mereka pandai ambil berat pasal diri kita biarpun tidak ada orang lain yang bertanyakan pasal kesihatan kita...huhu..

I LOVE THEM!REALLY LOVE!