Showing posts with label Books Review. Show all posts
Showing posts with label Books Review. Show all posts

Friday, June 13, 2014

EBOOK : BROWNIES & MINI MANGO CHEESECAKE

EBOOK : BROWNIES & MINI MANGO CHEESECAKE

Ketahui bagaimana seorang ‘homebaker’ menjana pendapatan rm500 seminggu ?
Ingin tahu produk yang mempunyai margin keuntungan yang besar dan kerja yang 
mudah?

BROWNIES!!

Dengan kuasa facebook, anda mampu menjana pendapatan mudah minima 30 pek seminggu.
Kelebihan brownies adalah ia boleh di pos ke seluruh Malaysia.

Jadi apa lengah lagi?
Mari bertindak!

HARGA EBOOK UNTUK PEMBELI TERAWAL ADALAH RM130 
( KOS SAYA MENUNTUT ILMU UNTUK MODUL INI ADALAH RM200 )

10% dari harga jualan ebook ini akan terus disalurkan ke Tabung Aqsa 
Syarif..Mudah-mudahan beroleh keluasan rezeki buat kita semua.

HARGA ASAL EBOOK ADALAH RM150.
MODUL YANG AKAN ANDA PEROLEHI DI DALAM EBOOK INI IALAH:-

- CHOCOLATE BUTTERSCOTCH BROWNIES
- FUDGY MOCHA BROWNIES
- MINI MANGO CHEESECAKE

ANDA AKAN DI AJAR LANGKAH DEMI LANGKAH BERGAMBAR DI DALAM EBOOK INI.
JUGA PANDUAN COSTING UNTUK BERBISNES.

BERMODALKAN RM130, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN BERLIPAT KALI 
GANDA. INSYALLAH DALAM MASA SEMINGGU ANDA AKAN MENERIMA KEMBALI 
WANG MODAL ANDA INI DENGAN HASIL JUALAN PRODUK ‘KILLER’ INI.

MARI REBUT PELUANG MENJADI PEMBELI EBOOK PERTAMA DENGAN RESEPI GERENTI JADI!

Peluang untuk direbut!

UNTUK MEMBELI EBOOK INI, TUAN/PUAN BOLEH MELAKUKAN PEMBAYARAN KE ACC MBB little kitchen 562263510499 .

NOTA :
- bukti transaksi hendaklah di lampirkan apabila pembayaran telah di buat.
- pesanan anda akan di proses dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan bayaran diterima.



Thursday, August 29, 2013

Book of The Day : Isnin & Rabu Bersama Bro Sham




Berminat?

Hubungi saya di qais135yahoocommy untuk dapatkan buku ini dengan harga yang berpatutan. 

Semenanjung Malaysia : RM13 (tidak termasuk harga pos)
Sabah / Sarawak : RM16 (tidak termasuk harga pos)

Pada sesiapa yang berada di sekitar Gombak, boleh dapatkan langsung dari tangan saya.

Monday, November 5, 2012

Books Review | Ko KB Ku KL


Pertama kali saya beli novel yang diterbitkan oleh Studio Anai-Anai. Penerbitannya membabitkan kerjasama dengan Sindiket Sol-Jah. Mengikut apa yang saya tahu, Sindiket Sol-Jah antara penggiat sastera secara indie, mengetengahkan bakat-bakat baru, segar serta lain dari yang lain. Originalnya, Sindiket Sol-Jah adalah sekumpulan lelaki yang dulunya gemar berkumpul di kedai Mamak - berkomplot untuk menyuntik 'pop' ke dalam penulisan mereka. Tidak terikat pada stail seperti keluaran buku dari karangkraf dan alaf 21. Mereka menerbitkan buku-buku mengikut acuan mereka sendiri tanpa mengharapkan kebergantungan besar daripada mana-mana pihak.


Boleh baca di SINI untuk informasi lebih lanjut mengenai Sindiket Sol-Jah.


Novel Ko KB Ku KL ini merupakan hasil tulisan Fadli Al-Akiti.

Ada dua watak utama yang diketengahkan dalam novel ini iaitu Mod dan Luwi. Ceritanya berlatarkan dua tempat- Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Kedua-dua watak berasal dari Kelantan. Feeling-feeling sikit baca novel ni sebab saya juga orang Kelantan. muehehehe. So, memang faham loghat Kelantan dan dapat berimaginasi dengan tempat-tempat yang diceritakan oleh penulis. Cara penyampaian cerita kedua-dua watak ni berlainan. Cerita Mod lebih kepada monolog. Macam teater pun ada. Agak pening di situ tapi unik sebab tak pernah jumpa cara macam ni dari mana-mana novel yang pernah saya baca. Cerita Luwi macam biasa latarnya cuma tutur ayatnya memang lembut untuk dibaca.

1) Luwi Yang Istimewa.

Kenapa saya katakan Luwi watak yang istimewa? Sebab penulis menggarap kisah seorang khunsa dengan baik sekali. Cukup dengan hukum, persepsi individu luar terhadap khunsa, perasaan seorang khunsa, pergolakan jiwanya untuk memilih antara dua jantina. Watak Luwi merupakan seorang yang tahu nilai-nilai murni serta batas-batas agama, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Berani dan kental menghadapi hidup walau ramai yang mencerca dirinya. Dan akhirnya Luwi memilih untuk menjadi seorang perempuan setelah tidak berapa lama ayahnya meninggal dunia. Dia melakukan pembedahan di Singapura dan di akhir cerita Luwi bukan lagi Luwi tetapi Eliyana.

Kesimpulan Kisah Luwi.

Sebagai muslim dan muslimah, kita jangan mudah menghukum seseorang yang kita tidak tahu kisah hidupnya. Lagi-lagi seorang khunsa, memiliki dua jantina boleh membuatkan dirinya terasa kecil dan kerdil. Jangan mudah kita mahu menghina insan sebegini. Kita mesti kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. SABAR.

Maklumat lanjut mengenai khunsa di SINI.

2) Mod Yang Agak Nakal.

Si Mod ni memang suka guna perkataan kasar seperti 'nate'(binatang), "dasar kaum Lut mu ni". Seorang yang agak nakal, tak berduit. Ambil telefon bimbit orang lain, kemudian jual sebab nak duit beli tiket ke KL. Mod ni memang suka lari dari masalah. Dia yang timbulkan masalah, lepas tu tanpa berfikir panjang decide nak lari. Frust dengan Irah sebab dah bersuami. Kemudian, ketika dalam perjalanan ke KL,dia cuba mengurat si Shana dalam bas tapi kena simbah dengan air. hahahaha lawak! Entah macam mana, agaknya jodoh, mereka terserempak di bandar KL. Mod cuba masuk dengan cara hidup Shana, buat kerja-kerja amal dengan Shana, menyertai konsert gig indie. Menariknya, Mod juga mampu bersastera, main gitar dan mendendangkan lagu dengan rentaknya sendiri. Di akhir cerita, Mod mahu lari lagi dari manusia yang mengejarnya tetapi tidak jadi disebabkan sudah jatuh cinta dengan Shana.

Kesimpulan Kisah Mod.

Adakala hidup kita memang huru-hara. Ada jatuh dan bangunnya. Tapi jangan biarkan diri kita tenggelam dan hanyut dengan libang-libu hidup kita. Hidup lah beragama, hidup berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Jangan mudah menghalalkan yang haram, dan jangan senang-senang mengharamkan yang halal. Hidup kena ada fokus dan matlamat, baru lah hidup kita teratur. Hidup kerana Allah.

Sekian ulasan picisan dari saya yang tidak profesional. Anda ada pendapat yang mahu diutarakan?

Saturday, November 3, 2012

Books Review | Oh BUKU!Aku Cinta!



Sudah lama tidak mengulas buku-buku yang telah saya khatamkan. Banyak sangat buku sampai tak terulas. Bulan lepas saya borong 6 buah buku secara online. Entah angau apa sampai beli buku banyak sebegitu. Selalunya paling maksimum saya beli buku 3 buah. Aha, sebenarnya buku-buku boleh buat saya kurangkan stress. Memang tidak dapat dinafikan saya memang suka BUKU!Walau apa saja genre nya, asalkan mata dan hati saya kata suka dan kena baca, maka saya akan hulurkan duit untuk bayar buku tersebut!

Antara buku-buku yang saya telah saya kaut bulan lepas ialah:-

1) City of Ice by Laurence Yep.
2) Ko KB Ku KL oleh Fadli Al-Akiti.
3) Out of My Mind by Draper.
4) Between The Lines by Jodi Picoult & Samantha Van Leer.
5) Bila Nysrah Kata Tak Mahu oleh Aidil Khalid.
6) Panggil Aku Dahlia oleh Noor Suraya.

Semua buku dari no 1 hingga 4 secara julung kalinya saya beli atas talian. Memang puas hati bila tengok buku depan mata. Tak perlu susah-susah berdiri dalam kedai buku mencari buku yang sesuai untuk jiwa. Hanya baca sedikit sinopsis, kemudian klik saja sepertimana yang diarahkan untuk memenuhi kehendak anda.

Buku Bahasa Inggeris saya beli dari MPH Online. Masa tu ada promosi free shipping. Apa lagi kaut la banyak-banyak. hehe. Yang Bahasa Melayu saya beli dari lain-lain syarikat penerbitan buku. No 2 dari Studio Anai-Anai, no. 5&6 dari Jemari Seni Publishing. 

Cuma yang sudah khatam kejap ialah buku no 2. Buku ni lain sikit, sebab tu teruja sangat nak baca. Entri-entri lepas ni saya akan penuhkan dengan ulas buku saja. Boring ye? Tak nak baca entri yang bosan? Tak apa, saya nak tulis juga. Biarlah kome tak mahu baca pun. huhuhu..

Please go to the next post if you want to continue reading....

Thank you!
 ^____^

Saturday, August 14, 2010

Mesti Baca:"Sesejuk Maaf di Kalbu"


Apa khabar saudara saudari, Muslimin dan Muslimat di luar sana? Bagaimana dengan bulan Ramadhan kali ini? Lebih mencabar? Banyak dugaan?

Apa pun jawapannya, aku doakan kalian tabah menempuh segalanya.

Emm, aku baru saja khatamkan novel sederhana tebal bertajuk "Sesejuk Maaf di Kalbu", karya Nor Atiqah Ghazali. Dulu, penulis ini menggunakan nama pena Wawa Zakitam ketika tulisannya pernah mendapat tempat di radio dan TV1 berbentuk manuskrip dan drama kanak-kanak. Walau apa pun, inilah julung-julung kalinya aku membaca penulisannya.

Kadang-kadang aku akan beli buku mengikut mood dan emosi aku. Jika waktu hati aku tengah bercelaru dan kebetulan berada di tengah-tengah bandar, tempat pertama yang akan aku tuju adalah kedai buku. Kalau pun aku tak beli buku, aku mesti pusing satu kedai buku sambil baca sinopsis dari pelbagai buku. Cuma minat aku lebih tertumpu kepada novel dan buku-buku cerita yang lain.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" memang sinonim dengan hati aku yang tengah bercelaru waktu tu. Sedih dan walang di hati hanya Allah saja yang tahu walaupun aku turut sekali mengheret adik aku, Farid masuk ke kedai buku. Aku tak menangis depan dia. Sebolehnya aku tidak akan menangis di hadapan kanak-kanak sekecil dia.

Aku mencari sesuatu untuk menyejukkan hati aku waktu tu, cuba untuk tidak berfikir bukan-bukan, mencari sedikit kekuatan, motivasi dan penguat semangat.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang punya dugaan hidup masing-masing. Bersahabat dari tadika sampailah dewasa. Cuma kemelut hidup masing-masing yang buat mereka terpisah seketika di saat diri mereka meniti alam remaja. Pelbagai sikap negatif yang telah mereka lakukan. Berpunca daripada satu sebab yang sama. Ibu bapa. Mereka inginkan perhatian dan bimbingan.

Sebagai anak tunggal, Fazli masih mempunyai ibu bapa tapi lantaran mengejar kesibukan duniawi yang tidak kekal, anak mereka terabai. Memberontak dan mengisi kekosongan jiwa remajanya bersama Amirul. Pelajaran kedua-duanya juga tidak dipedulikan lagi.

Amirul juga mempunyai ibu bapa tapi kedua-duanya sudah bercerai. Ayahnya langsung tidak pedulikan mereka adik beradik, ibunya pula gila disebabkan stress dengan hidup, didera ayahnya, sepak terajang sudah biasa. Demi meneruskan hidup, kakaknya Noraini memilih jalan yang salah untuk mencari sesuap rezeki buat adiknya Amirul dan Norlaili dengan melacurkan diri.

Shukri seorang pelajar yang bijak. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, lantas mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Kejadian buli yang menjadi-jadi memaksa dirinya mencuri demi memenuhi kehendak si pembuli, lantaran ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak. Hidup tanpa seorang ayah yang tidak diketahui di manakah dia menghilang, membuatkan Shukri pernah jatuh ditimpa kemurungan dan kerinduan terhadap ayahnya diselang-seli dengan perasaan dendam.

Fazli bangun kembali untuk berubah apabila kedua ibu bapanya mula menyedari kesilapan mereka. Shukri juga bangkit kerana terbelai dengan kasih dan ketabahan ibunya.

Namun Amirul terkapai-kapai mencari panduan hidup setelah Fazli dan Shukri menjauhi dirinya demi satu perubahan yang positif. Dalam kekeliruan memilih halatuju hidupnya, Amirul akhirnya juga memilih jalan yang haram, menyertai Geng 7 melakukan pelbagai jenayah. Ditangkap oleh polis kali pertama dan dihantar ke sekolah Juvana. Lepas dibebaskan, dia mengulangi lagi kesilapan yang sama dan akhirnya dia ke tali gantung.

Tetapi, Amirul mengisi masa-masa terakhirnya dengan bertaubat dan menangisi dosa-dosanya yang lalu melalui bimbingan dan nasihat daripada sahabatnya Fazli dan Shukri. Mereka bertemu kembali di saat masing-masing melalui alam pertengahan dewasa.

Fazli belajar erti kemaafan daripada ibu bapanya yang tidak ego mengaku kesilapan masing-masing. Shukri menanam benih kemaafan dalam dirinya berkat sifat pemaaf yang ada dalam diri ibunya. Dan Amirul belajar memaafi orang lain daripada Fazli dan Shukri.

Beli lah buku ni, tak rugi sikit pun..Harganya pun hanya RM17 sahaja...Saja promote, berkongsi intipati bermanfaat daripada buku ni..=)

***************

Memaafi orang lain tidak mudah. Perkara pertama yang kita perlu buat adalah memaafkan diri sendiri dahulu kerana kita juga tidak sempurna. InsyaAllah kita mampu memaafkan orang lain. InsyaAllah i will. Allahummah dini fi man hadait...

Semoga Ramadhan ini memberi seribu erti buat diri kita...aameen...

Sunday, May 30, 2010

Karipap-Karipap Cinta-Terapi Minda Yang Santai

Imej sama yang diambil dari seberang sana..Takpe kan Mr Karipap?hehehehe

Entah kenapa la hari ni rasa nak terlebih update. Agaknya demam aku dah kebah. Jadi tenaga pun dah datang lebih sikit. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesembuhan dariNya.

Walaupun aku demam sudah 3 hari, tapi aku gagahkan juga untuk habiskan Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Rasa rimas kalau asyik terbaring je. Macam orang lemah semangat sangat. Jadi aku cari alternatif santai untuk hiburkan hati aku dan juga sebagai salah satu terapi untuk minda. Ya, Karipap-Karipap Cinta memang mampu jadi terapi untuk aku kerana ia berunsurkan komedi!weee~~

Ok, aku nak review sikit tentang watak-watak dalam novel ni:-

1) Sarah
Berpendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir tapi tidak mahu jadi ustazah. Minatnya terarah ke seni komik. Baginya untuk berdakwah tidak semestinya kena jadi ustazah, banyak lagi bidang-bidang lain yang boleh diceburi untuk menyampaikan dakwah. Apa yang sangat istimewa tentang Sarah ni, dia ada kebolehan bersilat dan pandai membuat karipap!=)

2) Ali
Seorang jurugambar. Panik dan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Mungkin sebab dia terlalu sukakan si Sarah ni yang buat dia jadi tak tentu arah macam tu. Sampai boleh menipu Sarah yang dia juga berkelulusan Al-Azhar. Tapi Sarah bukannya bodoh, senang sangat dia dapat menghidu yang Ali menipu. Cuma Ali yang tidak tahu bahawasanya Sarah sudah tahu yang dia menipu. Akhirnya Ali yang malu sendiri. Lawak lawak!hahaha...

3) Rambai
Teman serumah Ali dan kawan sekerja Sarah. Dari Rambai juga lah Ali dapat mengenali Sarah dengan lebih rapat.

4) Aman
Kawan rapat Ali dan juga merangkap kawan sepejabatnya. Selalu minum dan makan bersama ketika waktu rehat. Kadang-kadang bukan waktu rehat pun diorang ni lepak.

5) Datuk Razali Bunari
Ha, dia ni bos Ali dan Aman yang suka marahkan kakitangan dan tak habis-habis nak jatuhkan Datuk Mukhzanuddin yang merupakan pesaingnya dalam bidang politik. Tapi agak berjiwa sensitif walaupun buruk perangainya. Susah nak dijadikan pemimpin contoh. hahahaha...

6) Bart Rasta
Watak ni paling unik pada pendapat aku. Bart Rasta boleh dikatakan orang seni yang suka bermain gitar di tepi jalan sambil menyanyikan lagu ciptaannya dan mendeklamasikan sajak. Seorang yang ekspresif (seperti yang dinyatakan dalam novel).

Banyak lagi watak-watak yang menyerikan garapan novel ini. Ini adalah antara watak-watak yang aku suka terutama sekali no 1 dan 2..Of course la sebab Sarah dan Ali tu la watak utama dalam novel ni.ngee~~


Yang ni dari google. huhuhu

Apa yang simboliknya pada cover depan dan belakang novel ni ialah misi Ali dan rakan-rakannya iaitu Aman, Rambai dan Rudi semata-mata demi cinta Ali pada Sarah dan maruah keluarga Sarah. 3 orang menutup muka masing-masing dengan kain pelekat macam korang tengok kat cover tu la. Rudi jadi tukang menunggu dalam kereta. Yang lucunya, Sarah turut terlibat dalam misi itu dan dialah salah seorang pemakai topeng ninja kain pelekat lalu membuka pencak silatnya. Ceewaahhh!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, beli la novel ni. Serius aku cakap, tak rugi korang beli! Beli jangan tak beli..ngeh3...=p

Ada beberapa penggiat seni yang dimuatkan dalam novel ni yang tak pernah aku tahu kewujudannya sebelum ini seperti Sindiket Sol-Jah, Pekan Frinjan dan Komik-M. Memang diorang ni aktif di luar sana.

Agak-agak la kan, siapakah yang berselindung di sebalik topeng ninja kain pelekat tu ye?hehehe..Gadis yang menghiasi cover novel ni macam familiar je..Hmmmm...

Monday, May 24, 2010

Karipap Suda Mari

Dari satu sudut positif, memang aku gembira. Cuma tidak boleh terlalu gembira kan? Kang tak pasal-pasal di penghujungnya timbul kesedihan dan kekecewaan. Maka dengan sendirinya ia jatuh dalam sudut negatif pulak..Uhuk uhuk...Ok, kita biarkan dulu kegembiraan ini...hehehe..

Lega rasa hati aku hari ni bila mendapat perkhabaran barang yang telah dipos sudah sampai ke tangan pemiliknya. Karipap Lover, silalah menikmati Karipap Karipap Cinta yang sudah menjadi milikmu!Jangan tersalah sangka, Karipap Karipap Cinta itu adalah sebuah novel yang digarap oleh Nazri M. Annuar. Peminat-peminat novel di luar sana, aku rasa baik korang cepat-cepat dapatkan novel ni, tak rugi sebab ia tersangatlah besh!Harganya pun murah je, RM14. Aku baru baca sikit, bila baca je asyik nak terlelap..Jadi,kuranglah feel nya sikit!keh3..

Mr. Karipap, jangan marah ye patik cilok imej lawa dari blog tuanku!keh3..=p

Ayat-ayatnya..fuh!spontan, selamba+skema tapi kelakar!Nama lagi novel komedi,memang lah kelakar!kih3...Tak mahu la describe lebih-lebih pasal novel ni, kang hilang feel Karipap Lover sorang tu!hak hak hak!

Pape pun, jom kita sama-sama khatam novel ni!ehehehehe..=p

*****

ps: Mr. Karipap dah tak angin ye??hohohohoho..

Sunday, April 18, 2010

BLOG PRIASETIA...Di Manakah Keistimewaannya?


Cuti oh cuti. Sedar tak sedar sudah 9 hari aku berada di rumah setelah bergelumang dengan kertas-kertas peperiksaan untuk semester terakhir aku. Dua hari lagi keputusan peperiksaan semester terakhir bakal diumumkan. Apalah agaknya keputusannya? meningkatkah? menurunkah? atau masih sama kedudukannya? debarannya tetap ada. risau. takut.

Ketiadaan internet di rumah buat aku tak senang duduk. Apa tidaknya, sewaktu berada di UIA, internet boleh dilayari hampir di semua tempat dalam UIA. Di bilik aku dulu, memang beruntung sebab hari-hari dapat internet walaupun adakalanya menyakitkan hati. Biasa lah kan nama lagi free wireless.hehe.

Secara drastiknya pada 17 April, aku telah pun memberi keuntungan pada tokey kedai secara rasminya dengan membeli maxis broadband memandangkan aku telah mula bekerja. Hemm, secara umumnya bukanlah kerja rasmi lagi, masih lagi dalam training dalam jangka masa seminggu. Alhamdulillah, at least tak ada lah aku menggoyangkan kaki tiap-tiap hari di rumah menternak apa yang tidak patut diternak. ngee!

So far aku berpuas hati dengan broadband baru ni. Kira ok la kelajuannya. Maintain. Harap-harap la tak jadi beruk band lepas ni. hehehe..

Meleret la pula penceritaan aku ye. Tujuan asal aku sebenarnya nak review novel yang telah lama aku beli dan tidak punya masa yang mencukupi untuk aku membacanya sebelum ni. Namun, akhirnya aku telah mengkhatamkan juga novel "Blog Priasetia" ni, buah tangan sulung Anuar Kamaruddin kalau tidak silap aku la. hehehe..Correct me if I'm wrong ok Nuar?

Kalau dilihat dari kulit luar novel ni, comel!pinky!macam tuan pengarangnya juga comel!pujian ikhlas ni tau Nuar!^__^

Ada kelainan baru yang ditonjolkan oleh penulis ini. Mengenai watak Yuni Shora, Dr. Xavier@Dr. Iskandar, Tajul, Richard@Rasheed..masing-masing punya peranan yang unik dalam bidang kerja dan juga personaliti. Banyak lagi watak-watak lain tetapi watak-watak yang aku telah nyatakan itu merupakan watak yang paling menarik pada pandangan aku. hehehehe..

Satu percubaan yang bagus, bilamana psikologi dimuatkan di beberapa episod iaitu mengenai psikosis dan amnesia. Psikosis dialami oleh watak Minah iaitu emak kepada Amir walaupun secara realitinya Amir adalah Azroi, adik kepada Yuni yang mayatnya tidak ditemui selepas kemalangan ngeri, jipnya terjatuh ke dalam gaung ekoran dikejar polis kerana membawa dadah. Amir@Azroi mengalami amnesia selepas kemalangan itu. Minah dan keluarganya lah yang menjaga Azroi sehingga sembuh.

Susunan cerita dan watak yang saling berkait rapat memang memeningkan kepala aku pada mulanya. Tapi, bila dah masuk cerita di pertengahannya, barulah aku dapat tangkap. Yang paling best sebab pengakhirannya happy!Senyum sampai telinga aku baca episod terakhir tu...ahaks!

Mesti sesiapa yang belum baca tak faham apa yang aku merepek ni kan?hehehe..Kalau nak tahu, beli lah novel Nuar ni! untuk sesiapa yang minat mengadap novel je aku promote..Tak minat, sssshhhhh!hihihihihi..=p

******

Aku dah tak tahu nak letak mana koleksi novel aku yang asyik bertambah..gila novel punya pasal..lagi syok sebab mama aku pun suka baca!hahahaha..=p

Friday, June 19, 2009

Surat Ungu Untuk Nuha


Ungu dan Nuha....nama yg mmg de gandingan...klu letak Pingu dan Nuha pon sesuai...hehehe...walau pe pun, garapan penulis die iaitu Noor Suraya mmg menyentuh hatiku...mempunyai watak yg sgt menarik dan berlainan dari novel2 lain yg pernah ku baca...Muzammil dan Nuha gandingan watak yg berbeza sekali...Muzammil suka merantau, menjadi penyelam mutiara, suka mencetus puisi-puisi yg indah dan halus....Nuha, membawa diri jauh ke tempat jelapang padi,Kedah Darul Aman demi merawat luka di hati gara-gara bertepuk sebelah tangan...namun, menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat di kawasan desa bukannya mudah sbg seorang gadis KL...walaupun tidak pernah merantau sebegitu jauh, hatinya begitu terpaut dgn desa yang menghijau...hebat btul penulis die gambarkan suasana jelapang yg menghijau tenang dan bersih...aku yg dok baca pon rs nk g je kt tmpt tu...hehehe....
Hidup mmg indah, putaran masa mematangkan jiwa...Muzammil bertemu dgn Nuha yg degil dan ego namun masih lagi mempunyai jiwa yg halus dan lembut sebagai seorang gadis...Alang Rebus Tak Empuk...itulah gelaran yg dicipta Nuha...Alang memang suka menyakat tp jauh di sudut hatinya menyimpan perasaan terhadap Nuha...disebalik sikap yg suka menyakat, terselit juga nasihat2 yg berguna buat Nuha sebagai seorang wanita dan muslimah....
Melakukan sesuatu yg baik bukannya mudah bg seseorg seperti Nuha...nk pakai tudung?sshnye ble fikirkan pandangan masyarakat...bak kata kakak Nuha "nak wat benda baik jgn la malu dik"...:)...
Lalu..bermula hidup baru dalam diri Nuha...tapi 1 lg cabaran Nuha, tahsinkan bacaan Al-Quran...itulah nasihat dr Alang lagi....start dgn muqaddam mmg la sedih dan malu...tp Nuha kuatkan diri dan semangat...kesungguhan yg menyentuh jiwa hati seorang ibu, ibu Alang yg juga merupakan guru Nuha....
Alhamdulillah ketenangan yg xpnh dirasai Nuha sebelum ini hadir dlm dirinya...di sebalik ketenangan itu,tragedi yang xdisangka2 menimpa Alang...Alang telah menjadi buta gara-gara Mid Dongga yg cuba mencuri dlm kilang padi ayah Alang.....Mid Dongga lah menyebabkn Alang buta terkena semburan racun serangga...x sempat Alang nk tgk Nuha pakai tudung ungu pemberiannya...tp Nuha xpakai pun tudung ungu 2...hehehe...kakak die da amk la plak,nyampah tul la kakak Nuha ni..huh..
Semenjak Alang xnampak dunia,Nuha la yg byk membantunya...tlg baca buku yg plg best...buku cte kegemaran Alang...ngade2 gak Alang neh...hehehe...perasaannye terhadap Nuha dipendam saja kerana kelemahannya...sedeynye...huhuhuh...Kecewa dgn Nuha yg xpernah paham hatinya,Alang kembali merantau ke negara asing...bekerja sbg typist dgn menggunakn Braille...tu pun Nuha yg ajar die...nk majuk lebih2 la plak...marah la konon sbb Nuha baca folder "Surat Ungu Untuk..."...hehehe...
Dh lama2 tu rindu gak Nuha kt Alang...hehehe..hati dh terbukak la 2....masa demi masa,pintu hati Nuha terbukak gak sket2...sweetnye...rasa hati yg tersirat dikirim melalui Baya,adk Alang yg g ziarah abgnye kt negara asing 2 bersama ibunda tercinta....tp tersirat bkn sebarang tersirat..anta puisi tu...amboi..Nuha dh pandai tulis puisi,berjangkit ngn Alang la ni...hahahaha...jiwang karat tul la tp diorg de cara tersendiri nk luah perasaan msg2...ni yg wat aku suka neh...hehehehe....
Dah asyk dok main2 puisi,lama2 bengang gak...pas2 siap bg kain perca ungu je kt Nuha tiap kali anata puisi..pe la Alang ni,ske main tarik tali...Nuha jd bingung,nk ke taknak ni?huhuhu...last2,Nuha ugut sket Alang...klu lmbt org len nk msuk risik Nuha...hahahahaha...padan muka Alang,2la sape suh kias2 lg...hahaha
Tak disangka2 Alang blk Kedah,bwk rombongan merisik lagi...hahaha...Nuha igtkn Alang masih lagi xnmpk dunia tp alhamdulillah Alang dh sembuh lps wat operation kt oversea....aaamin...last skali diorg disatukn sbg suami isteri...n yg plg menarik, puisi2 yg Alang cipta utk Nuha,die compilekan dlm 1 album sbg hadiah anniversary kt Nuha...romantiknya Alang...romantik yg tersendiri...huhuhu....sayang btul novel ni...huhuhuhu...novel2 JEMARI SENI PUBLISHING mmg lain drp yg lain sbb cover die mix oil painting n computer graphic tau....watak2 die pon mmg berbeza la..de style lah!!!hehehehhe....
Tapi,1 lagi aku rasa kurang kt sini...puisi...aku da lupe puisi2 dlm novel 2...bknnye hafal pon...hehehe...disebabkan novel 2 kt umh,aku xleh nk lampirkan skali puisi2 yg menarik tu...insyaallah aku akan upgradekn lagi pasni...xkre, kene letak gak puisi-puisi tu...huhuhu....see u soon!:)