Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Atasi Kemurungan| Allah Sentiasa Memujuk Kita

Bismillahirrahmanirrahim

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?

 (Al-Ankabut : 2-3)

Apa khabar teman?

Jenguk atau belum?

Haha perasan lah saya ni! Kalau dah lama catatan di sini tidak ada, mungkin sudah ramai yang tidak bertandang atau langsung tidak ada. Yang tekan unfollow pun ada. Tak kisah la...huhu

Kadang-kadang kalau sempat, saya singgah juga blog rakan-rakan lain walaupun tidak meninggalkan sebarang komen. Itu pun curi-curi baca waktu kerja. Agak-agak dah rasa stress sangat kerja, saya cari bahan bacaan santai untuk kurangkan keletihan berfikir. Manusia ni bukan robot, takkan la 5,6 jam kerja tanpa henti kan?

Sekarang saya memang kurang sangat perasaan nak menulis. Agaknya kesembuhan tu dah banyak.

Dahulu tujuan saya menulis blog hanyalah untuk kurangkan kesedihan, keserabutan, kekacauan atau dalam erti kata lain kemurungan! Tiada siapa sedar, tiada siapa tahu malah saya sendiri tidak perasan dengan perubahan diri saya sehinggalah umur saya 25 tahun!

Kira-kira dalam bulan April 2010 saya menyedari semua tu setelah bertemu dengan seorang sahabat, kakak dan juga bekas majikan saya. Dia nasihat saya, dia bimbing saya, dia bantu saya, dia sedarkan saya bahawa saya perlu usaha untuk pulihkan hati saya yang lemah dan sakit.

Syukur...Allah hantar seorang hamba solehah buat menuntun saya ke arah yang lebih baik.

Pelbagai cara dan usaha untuk saya beri ubat pada hati saya. Terkadang ada juga saya tergelincir sedikit, namun saya cuba cepat-cepat bangun balik. Walaupun saya berada di sini dan menjalani hidup untuk lebih tabah biarpun berseorangan, saya tahu insan tersebut sentiasa menitipkan doa buat saya dari jauh nun di sana.

Kemurungan atau Depression merupakan efek kepada tekanan atau masalah. atau kemarahan yang terpendam yang membuak-buak dalam diri seseorang. Mungkin pada awalnya hanya stress biasa, tapi lama kelamaan jika ia dibiarkan terlalu lama bersarang dalam diri kita, masalah kecil boleh tumbuh menjadi lebih besar. Kemurungan akan mengakibatkan perubahan negatif terhadap diri seseorang melalui:-

1) Fizikal
- Badan sentiasa lenguh - lenguh dan cepat letih
- Selera makan mungkin berlebihan atau berkurangan
- Kadang-kadang badan mengalami kekejangan
- Sakit kepala yang berpanjangan atau lebih tepat migrain
- Sembelit

2) Mental
- Amat sensitif, merasa tiada siapa yang mampu memahami dirinya
- Mudah menangis
- Hipokrit pada diri dan individu lain. Terlebih bergelak ketawa seolah-olah dia gembira tanpa ada masalah
- Suka berkurung dalam bilik
- Sukar mempercayai orang lain
- Sentiasa memikirkan perkara yang sedih. Kadang-kadang memikirkan perkara yang tidak realistik.

Apakah cara yang boleh membantu untuk keluar daripada kemurungan?

1) Sentiasa berdoa untuk mendapat sahabat yang baik, sudi mendengar setiap luahan kita sama ada gembira atau sedih.

2) Luahkan lah kesedihan, jangan biarkan tekanan hidup menguasai diri kita.

3) Jika mahu menggunakan pendekatan psikologi, cuba baling bola (jangan baling bola sepak pula, karang habis pecah cermin. hehehe) pada dinding rumah atau mana-mana dinding yang dirasakan sesuai. Bayangkan wajah sesiapa yang kita marah atau benci atau apa-apa saja yang menimbulkan kemarahan dan lempar saja ke arah imaginasi kita. Buat berulang-ulang kali sampai kita rasa lega.

Atau

Lukis wajah yang dimarahi atau benci atas kertas, campakkan kemudian pijak-pijak kertas tersebut sampai kita rasa puas.

4) Waktu hati kita tengah marah atau sedih, baca Bismillah 50 kali dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk kerana waktu itu lah syaitan mudah sangat nak cucuk virus penghasut dia.

5) Keluar lah dari tempat yang buat kita rasa marah dan benci. Ramai yang menganggap cara seperti itu lari daripada masalah. Sebenarnya bukanlah lari daripada masalah, tapi berada berjauhan mungkin merupakan salah satu cara untuk ubatkan sakit sebegitu.

6) Lakukan aktiviti yang boleh mengecaskan balik neuron-neuron dalam otak seperti bersukan. Beriadah bersama kawan-kawan.

Setiap sakit ada penawarnya. Jika orang lain tidak boleh berubah, kita yang kena berubah. Jika kita sendiri tidak mahu usaha untuk mencari penawar, siapa lagi yang sanggup buat untuk kita. Hakikatnya, Allah sentiasa ada untuk kita, cuma kadang-kadang kita yang suka menutup hati kita dari mendekati dan yakin pada Dia dek terlalu mudah terpengaruh pada kata-kata yang tidak baik.

Bila kita sedih sebenarnya Allah lah yang selalu memujuk kita di balik helaian-helaian kitab suci Al Quran. Cuma kita saja yang degil tidak mahu mencari kalimah-kalimah pujukanNya. MasyaAllah.

Maka, ingatlah kita pada Allah setiap masa!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

(Ali Imraan : 139)

Friday, December 24, 2010

Tutorial : Cara Untuk Enable Task Manager

Assalamualaikum...Salam ceria dan senyum-senyum selalu...;)

Pertama kali buat tutorial ni..hehehe..Aku bukannya pakar IT. Cuma sekadar berkongsi masalah yang telah aku alami  bulan lepas. Notebook jam, jadi slow, keluar notification yang pelik-pelik. Mulanya, aku ignore, tapi bila dah lama sangat, masalah jiwang notebook ni merimaskan aku. Nak hantar kat kedai, banyak duit kena pakai. Untuk jimat, aku terpaksa cari solution sendiri. Google google google. Cari dalam internet. hihihi..

Simptom tidak sihat pada notebook aku adalah "Task Manager has been disabled by your administrator". Dulu pernah juga jadi macam ni tapi entah macam mana aku buat, dia jadi ok balik. Cuma kali ni macam makin susah nak selesaikan. Susah la bagi orang macam aku tapi bagi pakar-pakar di luar sana, ini masalah kacang sahaja. Kunyah-kunyah kacang, lepas tu telan..hehehehe...

Cari punya cari dan beberapa kali mencuba, akhirnya aku terjumpa satu website ni. Dia bagi 4 cara untuk selesaikan masalah Task Manager yang tidak dapat dibuka. Website nye dalam English tapi aku cuba juga terjemahkan dalam bahasa yang aku faham dengan cara aku sendiri dan korang pun boleh faham. hihihihi..

Cara untuk enable dan re-open Task Manager

Cara Pertama:

Klik Start > Run, kemudian copy registry kat bawah ni dan paste kan pada kotak Run tu.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f

Cara kedua:

Download dan guna REG ni, kemudian buat double-click (yang ni aku tak tak faham..hahaha...)

Cara ketiga:

Klik Start > Run, kemudian taip Regedit.exe

Lepas tu, cari key ni HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System

Bila dah jumpa, tengok ke tetingkap sebelah kanan, kemudian delete Disabled Task Manager.

Tutup Regedit.exe

Cara keempat: Menggunakan Group Policy Editor- Untuk Windows XP Professional.

Klik Start > Run, kemudian taip gpedit.msc dan klik OK.

Cari folder ni User Configuration / Administrative Templates / System / Ctrl+Alt+Delete Options / Remove Task Manager.

Double-Click pada Remove Task Manager.

Set polisi tersebut sebagai Not Configured.

*********

Cuba la salah satu cara tersebut. Aku guna cara pertama, alhamdulillah boleh buka balik Task Manager bila tekan Ctrl+Alt+Del. Aku cuba jugak guna cara ketiga tapi sampai sekarang tak boleh. Memang tetingkapnya tak boleh buka. Keluar notification lain pulak. "Registry editing has been disabled by your administrator". Tak paham betul lah aku. 

Kemungkinan virus ada lagi atau ada pape yang aku terdelete. Aku dah scan virus pakai DrWebCureIt, tak ada virus dikesan. Nak guna HijackThis pun bukannya pakar. Setakat scan tu boleh la..kuang kuang kuang..Cuma sekarang notebook dah lancar sikit lepas aku uninstall Avira, then aku install Avast. So far, masih bertahan dan prestasinya lagi baik daripada sebelum ni. hihihihi..

Mungkin lepas ni aku nak kongsi lak pasal DrWebCureIt. Tengok lah macam mana. Best gak perisian ni, yang paling penting sebab ianya percuma!hehehehe.....

Ada sesiapa lagi tahu cara lain tak untuk kesan kegiatan virus dalam notebook selain format?? Format-format aku tak gemar. hehehe....Dan juga masalah cara ketiga tu, korang tahu?

Kongsi-kongsi lah sikit...huhuhu...

Monday, August 2, 2010

Buah Goji Yang Berkualiti Dari Cina

Kebelakangan ini agak penat. Tidur pun rasa tak cukup. Tangan dan kaki bekerja tapi badan dan otak rasa letih sangat. Sebentar lagi patik pasti beradu. Aku nak kongsi juga penemuan baru aku hari ni. Lepas waktu zohor tadi, aku ke farmasi. Cari barang sikit. Lepas saja selesai membuat pembayaran di kaunter, aku terpandang satu botol ubat sederhana besar dekat kaunter. Rasa ingin tahu membuak-buak sebab aku tak pernah tengok jenis ubat tu.

Lalu, aku tanya cashier tersebut. Dia kata itu buah goji. Buah goji ni asalnya dari Cina. Sesuai untuk mengubati kerabunan, asma, tenaga dan lain-lain. Harga sebotol enam ringgit lebih kalau tak silap aku. Botol sederhana besar. Lepas aku balik dari farmasi, aku terus cari maklumat tentang buah goji ni dalam google. Jom kita baca dari mana asal usul buah goji ni dan apa khasiatnya!


Daerah Zhongning Negeri Ningxia di negara China, mengeluarkan Goji yang berkualiti terbaik ( juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini di kenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka juga percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Legenda Kerajaan Ningxia

Lebih kurang 3000 tahun dahulu, ketika Raja Negara Ningxia pergi berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda berasa hairan dan bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi?

Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!". Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab:

"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan Goji. Semenjak hari itu, mengamalkan Goji untuk hidup panjang usia telah menjadi sebagai satu tradisi penduduk di kawasan itu.

Ningxia mempunyai tanah beralkali yang luar biasa (pH 8.2 - 8.6) dan suhu melampau yang berjulat dari 102 F - 16 F ( 38 darjah C hingga -27 darjah C ). Ini mungkin merupakan keadaan yang tidak sesuai untuk anda tetapi ia bagaikan syurga bagi pokok goji, bagi memastikan mutu yang terbaik.

Berry goji Ningxia merupakan suatu kenikmatan. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, biji yang sedikit, rasa yang manis serta tekstur yang berair.

Masyarakat Ningxia begitu menggilai berry goji yang tumbuh secara liar di lereng-lereng bukit. Berry goji juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun.

Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia

Goji Ningxia mengandungi:

1) 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
2) 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
3) 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
4) Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot).
5) Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada.
6) Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
7) Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
8) Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
9) Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
10) Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
11) Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
12) Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
13) Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
14) Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
15) Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular.

Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!


******
note: Ciptaan Allah itu tidak ada satu pun yang sia-sia..Subhanallah..

Thursday, July 29, 2010

20 Secrets of Happiness


How do you describe happiness? We wish to be happy forever but it never happen right? It is life. The reality of life in this world. Our soul always search for happiness. We may try these 20 Secrets of Happiness if you feel you are not happy. If you choose to be happy, then work and run for it.

1) Return everything you borrow.

2) Stop blaming other people.

3) Live within your means and within your seams.

4) Be humble.

5) Listen more; talk less.

6) Every day, do something nice and try not to get caught.

7) Strive for excellence, not perfection.

8) Be on time.

9) Don't criticize anyone for 24 hours.

10) Be kind to other people.

11) Be even kinder to unkind people.

12) Take time to be alone.

13) Admit it when you make a mistake.

14) Understand and accept that life isn't always fair.

15) Let someone cut ahead of you in line.

16) Don't argue.

17) Know when to say something.

18) Know when to keep your mouth shut.

19) Don't make excuses.

20) Don't sweat the small stuff.


However..........

An eternal happiness is Allah. His Love. His Mercy. His Paradise.

Thursday, March 4, 2010

Why Children STEAL? How To Prevent It?


Children take things that do not belong to them for many different reasons. These reasons can differ from child to child, or any one child can steal for a number of different reasons.

1)Parents may knowingly or unknowingly reinforce stealing behavior.
Parents who do not punish their children when they take things that do not belong to them may be reinforcing the behavior.

2)Modeling.
Children learn by watching their parents. Parents who take things that do not belong to them, for example, parents who take supplies from the office for use at home, may be teaching their children that in some instances stealing is all right.

3)Some children have no money of their own to buy what they want.
Children who don't have their own money to spend may steal what they want.

4)To make themselves look good in front of peers.
Some children begin stealing because their peers are doing it and they want to be accepted by a certain peer group.

5)A sign of behavioral/emotional problems.
Some children may steal as a symptom of some underlying problem.

PREVENTION:

There are many things that parents can do to prevent the onset of stealing behavior in their children.

1)Discuss and explain why stealing is wrong.
Parents should make sure that their children know why stealing is wrong. Parents can point out that stealing means taking something that rightfully belongs to someone else.

2)Teach ownership.
While children are very young it is a good idea for parents to begin teaching their children what ownership means. Parents can explain that people have a right to their own property, and that it is wrong to take something that belongs to someone else. Parents can use examples, such as, "How would you feel if someone wanted your favorite stuffed animal and just decided to take it?" Parents can also use examples that occur in everyday life, such as by explaining to children how one pays for things at the store and borrows books from the library, by pointing out things in the home that belong to different people, what gifts are, etc.

3)Teach appropriate ways of getting what one wants.
Parents should teach their children how to get what they want without stealing. For example, parents can suggest that children ask for things they want, save up their money to buy the things they want, etc.

4)Model appropriate behavior.
Parents should set a good example for their children by asking before they borrow things, by not taking things that don't belong to them, and by being open and honest.

5)Develop a close, open relationship with children.
Parents should make every effort to communicate effectively with their children. Children who are close to their parents are much more likely to take on their beliefs and values than children who don't have a close relationship with their parents.

6)Praise and reward honest behavior.
Parents should make every attempt to praise their children for being honest. The more parents praise their children's honesty, the more likely they will continue to be honest in the future.

7)Teach law of restitution.
Restitution is required of those who steal. If the child still has the item that was taken, he has to return the object to its rightful owner.

8)Teach the serious consequences of stealing.
Let them know that arrests, court hearings, even jail sentences may follow stealing.

9)Encourage good work habits and ambition.
Parents should constantly encourage their children that to obtain what they desire in the righteous way is to pay the price by earning it. Besides of giving more satisfaction to themselves, items obtained in this appropriate manner may be proudly displayed and openly enjoyed without any distraction from memories of dishonesty.

*****

~For this entry, I just copy and paste my previous assignment during my second year study. Right now, I do not have much time to update my blog regularly, so I come out with this nice topic that I want to share with all of you.

~Alhamdulillah, today's presentation goes well even though we have a small technical problem to play a video. One of my group member cried accidentally because of this problem but not a loud cry, just a cute one.hehe. I felt very guilty towards her and other group members because I am the one who was responsible to edit our slide presentation. But lot of thanks to madam, who is really appreciates our works and efforts for this presentation. Unexpectedly, we got "very well done!" words from our beloved madam...huhuhu..Syukur sangat-sangat..=)

Thursday, February 4, 2010

Aktiviti Yang Akan Dilakukan Oleh Kaum Hawa Ketika Stress atau Untuk Mengurangkan Stress


Syukur alhamdulillah.Lega rasanya selesai sudah midterm exam untuk 3 maddah.Kepala pusing, sakit belakang dan juga lesu makin surut.

Hati aku berhajat mahu keluar hujung minggu ini. Sekadar window shopping, menghirup oksigen sebanyak mungkin, mencari udara segar. Segar ke?hehe. Setiap individu punya cara masing-masing untuk mengurangkan dan cuba menghilangkan segala ketegangan dan kerungsingan. Kebiasaannya, perempuan ni mudah mengalami stress dari lelaki dan cepat mengalami katarsis. Katarsis bermaksud reaksi terhadap emosi sama ada marah, sedih, gembira, risau dan sebagainya. Berbeza dengan kaum adam yang lebih cool dan kadang-kadang tidak nampak reaksi emosinya.

Apa kaum hawa akan buat untuk mengatasi stress atau cuba mengurangkan kadar stressnya?? Mereka akan:-

1) Shopping atau Window Shopping.
Yang ini, kadang-kadang aku akan lakukannya. Mak dan kakak aku juga sama. Memang beratus kalau mereka shopping ketika dalam keadaan stress. Bersesuaian lah dengan mereka yang ada pendapatan tetap. Tapi aku masih lagi mampu mengawal bajet sebagai pelajar setakat ini jika ingin shopping.hehe.

2) Tidur.
Aktiviti ni sangat menyenangkan, selesa dan tidak membazir!jadi tidur lah kerana ia boleh mengembalikan tenaga dan memulihkan minda kita untuk berfikir dengan lebih sihat dan rasional. Tak semestinya perempuan, lelaki pun ada yang melakukan perkara yang sama.

3) Borak.
Orang perempuan memang terkenal dengan kaki borak. Tapi tak semua ok. Aku memang suka buat aktiviti ni. Tak kira la borak dengan roomate atau dengan kawan melalui telefon. Waktu stress, jika berbual melalui telefon memang kredit aku banyak habis. Aku tidak kisah asalkan minda dan hati aku rasa ringan sedikit dari stress.

4) Main game.
Ha, jangan ingat kaum lelaki saja suka main game. Sekarang perempuan pun boleh mengalahkan lelaki main game terutamanya dalam laman web sosial facebook yang tengah meletup hangat.

5) Sauna dan Spa.
Sesiapa ada bajet lebih sikit boleh la pergi sauna atau spa. Sekarang spa pun dah ada dalam universiti. Kebiasaannya pelajar juga yang buat bisnes ni. Aku nak juga cuba sauna dan spa ni.hehe.

6) Swimming.
Kawan-kawan aku ada juga yang swimming ketika stress. Salah satu sukan yang bagus untuk jaga bentuk badan, longgarkan otot-otot yang lenguh dan letih. Kena belajar swim nih.haha.

Ada sesiapa nak kongsi tak aktiviti apa yang korang akan buat untuk mengurangkan stress??

Sunday, January 10, 2010

How To Identify and Know Someone Who Is Trying To Deceive Us Through Nonverbal Cues???


Why do people lie? Do we have to lie?? People might tend to lie for some good reasons or bad reasons such as to avoid hurting others' feelings, to conceal their real feelings or reactions, to avoid punishments for misdeeds, to get something illegally from the person whom he or she intends to cheat.

In fact, there are studies show that individuals describe their own behavior indicate that people use deception in almost 20 percent of their social interactions, and experiments indicate that a majority of strangers lie to each other at least once during a brief first encounter.

Shakespeare once wrote: "Though I am not naturally honest, I am so sometimes by chance".

So,what is actually nonverbal cues? Nonverbal cues are the signs of nonverbal language that do not involve any spoken language.There are five basic channels of nonverbal cues: facial expressions, eye contact, body movements, posture and touching.

It is important for us to reveal the fact when others are trying to deceive us. These tips may help you to avoid this thing occurs and pay careful attention to the tricky deceivers which are:-

1) MICROEXPRESSIONS: These are fleeting expressions lasting only a few tenths of a second. Such reactions appear on the face quickly after an emotion-provoking event and are difficult to suppress. For instance, if you ask someone whether he or she likes something (e.g., idea you have expressed, something you have just purchased), watch his or her face closely as he or she responds. If you see one expression (e.g., frown), which is followed quickly by another (e.g., smile), this can be useful sign that he or she is lying; he or she is stating one opinion or reaction when in fact, he or she has another.

2) INTERCHANNEL DISCREPANCIES: The term channel refers to the type of nonverbal cues; for instance, facial expressions are one channel, body movements are another. These are inconsistencies between nonverbal cues from different basic channels. It is a fact that people who are lying often find it difficult to control all these channels at once. For example, they may manage their facial expressions well but may have difficulty looking you straightly in the eye as they tell their lie.

3) EYE CONTACT: People who are lying often blink more often and show pupils that are more dilated than people who are telling the truth.

4) EXAGGERATED FACIAL EXPRESSIONS: People who are lying may smile more or more broadly than usual or may show greater sorrow than is typical in a given situation. For example, someone says no to a request you have made and then shows exaggerated regret.

5) LINGUISTIC STYLE: When people are lying, the pitch of their voices often rises-especially when they are highly motivated to lie. Similarly, they often take longer to begin or to respond to a question or describe events and they may show a greater tendency to start sentences, stop them, and begin again.

In sum, we can often tell when others are lying or merely trying to hide their feelings from us, but sometimes we may fail to detect their deceptions because some people are skillfull liars. But if you pay careful attention to the cues described, you may succes in revealing their deceptions.

Reference: Baron, A. B., Branscombe, N. R. & Byrne, D. (2008). Social Psychology (12th ed.). United States of America: Pearson Publication.

ps: teringat lakonan Shah Rukh Khan yang suka menipu demi menjaga hati ibunya dari ditimpa kesedihan walaupun dia mengidap kanser. Berpura-pura gembira walaupun dia sakit.sedih sangat movie tu. lupa tajuknya apa.;p

Saturday, September 5, 2009

Tips Menghias Blog

Kreativiti berblogging ni terpulang pada individu masing-masing.Nak letak yang kelip-kelip ke. Yang terbang ke. Yang cerah, yang gelap, warna-warni. Ikut suka anda. Ada yang kreatif dalam penulisan dan ada yang kreatif dalam menghiasi blog. Cantiknya blog tu bagi aku sebab letak macam-macam gajet. This is only my opinion. Tak tau la opinion orang lain cane.

Ada sahabat yang mintak tips daripada aku cne nak buat dan cantikkan blog. Aku bukanlah pakar dalam blogging ni. Tapi aku jenis yang suka explore. Suka buat sendiri kalau mampu sebab aku takut susahkan orang lain. Dan satu lagi aku jenis yang curious about something yang aku tak dapat buat sebelum ni macam blogging ni. Aku tak maksudkan orang lain malas usaha, hanya menyatakan sikap aku. Jangan silap faham ye sahabat-sahabat. Takut pulak bulan puasa ni orang lain terasa dengan aku.huhu.

Pada sahabat yang baru nak buat blog atau dah buat tapi tak tahu cne nak cantikkan blog, anda boleh cuba tips-tips ni. Walaupun aku masih baru dalam berblog tapi aku cuba kongsi apa yang aku tahu. Pada Ukhti Adawiyah, ukhti boleh mencuba tips-tips yang saya bagi ni..

Berikut adalah tips-tipsnya:-

~Kalau nak letak gajet macam shoutbox@digital clock@mp3@yang sewaktu dengannya, anda kena rajin blogwalking. Tengok blog-blog orang lain yang ada macam-macam gajet. Mesti kat sana ada link dia. Cara nak copy paste code dia senang sahaja. Klik customize, add gadget, klik html code/java script. Nanti paste sahaja code yang anda dah amik dari mana-mana website.

~Rajin letak pictures yang menarik kat entri-entri anda.

~Kalau background n layout anda gelap, pandai-pandai sesuaikan font and color agar anda dan orang lain boleh baca dengan jelas. Tidak kabur dan boleh dibaca. Begitulah sebaliknya kalau background anda cerah. Gunakan font and color yang sesuai.

~Elakkan letak entri panjang-panjang tanpa buat dalam perenggan. Nak taip panjang-panjang boleh je tapi rajin-rajin perenggankan entri anda. Terpulang pada individu masing-masing nak taip panjang atau pendek. Tapi saya lebih suka entri yang pendek atau sederhana. Penat nak taip panjang-panjang.hehe. Kadang-kadang column space yang memainkan peranan sebenarnya entri kita nampak panjang atau pendek. Kalau space nya sempit, taip pendek pun dah nampak panjang. So pandai-pandai la nk pilih templates ok.

~Kalau nak tukar layout@background@template, search sahaja di search engin seperti Google, Altavista, Iseek dan sebagainya. Taip je blogger template ke,free layout bloggers ke.Ape-ape la yang berkaitan. Kalau anda dah tahu certain website ke lagi bagus, cepat dan senang. Nak edit senang sahaja. Klik Customize, then klik layout n edit html. Copy dan paste je code kat situ.

~Kalau suka nak meriahkan lagi blog n anda suka blog anda hingar bingar sikit, letak la video sama ada dari youtube atau browse daripada pc or laptop anda. Tapi kalau anda letak mp3, pastikan mp3 tu boleh di pause kan atau di off kan sebab nanti bunyi video n mp3 tu saling pijak memijak.hehe.

~Last sekali, anda perlu sentiasa bersabar bila mengedit atau meletakkan gajet-gajet atau entri-entri sebab kekadang benda ni leceh nak buat. Internet slow la, tak boleh connect la, tak puas hati la. Macam-macam la sebab ragam orang pun macam-macam.hehe.

*Kepada ukhti Adawiyah, selamat mencuba!
*Sape-sape yang nak tolong tambah tips pun dipersilakan sebab kawe pun masih baru dlm berblogging nih.hehe.:)
*Kepada sape-sape yang nak tambah gadgets boleh la klik di link lists yang aku dah letak di sebelah kiri column atau nak menginformkan link-link lain silakan ye.:)

Syukran!


Friday, July 17, 2009

Cara Nak Kurangkan Migrain

Memandangkan aku slalu kene migrain,aku nk kongsi la sket cara nk kurangkan migrain tanpa mkn ubat spital...ubt spital ni byk efek aku rs, badan leh jd lemah2...so tips ni aku dpt dr slh sorang dari pelajar perubatan...aku xtau die bljr ktne tp info drp die sgt2 membantu...now,aku still lagi mencuba untuk amal tips2 tu...ok,jom kte tgk pe info yg sedari tu bg....

"Selain memakan ubat2an yang dicadangkan oleh doktor nih, Saya [dengan bantuan umi sy, thanks umi! :D] merujuk pada buku Prophetic Medical Sciences, The Saviour. Ditulis oleh Sehban-ul-Hind, Hazrat Maulana Ahmad Saeed Dehlavi. Setiap penyakit ini datangnya dari Allah SWT, insyAllah, kita cuba kembali kepadanya. Ubat adalah asbab, yang berkuasa menyembuhkan adalah Allah SWT. Melalui buku ini, dituliskan 2 cara untuk menyembuhkan sakit kepala".

1] Surah Al-Takasur [Juzu' : 30, Surah ke-102]

CARANYA : Usai membaca surah ini, tiupkan pada tapak tangan dan usap ke kepala. Dilakukan selepas solat asar.

2]

KETERANGAN : Kaiser, the King of Rome complained to Hazrat Umar [RZ] against headache, Hazrat Umar [RZ] sent hum a cap [topi], which gave him comfort till the time it remained on the head and the headache was felt again as the cap was put off. When the King opened up the from within, he found written only ' ' in it.


Cara tradisionalnya pula, saya merujuk pada buku '1801 Home Remedies, Reader's Digest'.

Ditulis bahawasanya, punca sebenarnya migrain tidak diketahui, tetapi berkait rapat dengan pengembangan dan pengecutan pembuluh darah yang membekalkan darah ke otak. Contoh2 penyebab kepada migrain adalah :

a-sensitif kpd sesuatu mknn/perasa mknn
b-cuaca
c-stress
d-perubahan hormon ketika datang haid
e-pil2 pencegah kehamilan
f-caffeine withdrawal
g-cahaya yg terang
h-sesetangah bau2an
dan lebih kerap terjadi kepada perempuan berbanding lelaki.

Dikatakan juga, cara terbaik utk mengelak migrain adalah utk mengelak puncanya. Jadi, aurora flora perlu kenal pasti apa yang boleh menyebabkan anda diserang migrain.

Antara kaedah yg ditulis bagi mengurangkan/mengelak serangan migrain adalah :

1] Elakkan makanan yang mengandungi kandungan Amino Acid Tyramine yang tinggi. Contoh mknn adalah; daging yg diproses [sausages, frankfurters], cheese yang lama [cheddar], kekacang.

2] Feverfew herbs, [masih mencari apakah namanya dlm bahasa melayu], dikatakan mempunyai daya utk mengurangkan kesakitan dan kekerapan migrain.

3] Flaxseed oil, kaya dgn fatty acid, membantu mengurangkan radang [inflammation]. Boleh dicampurkan dgn sayur2 segar dan makan seperti salad.

4] Riboflavin; dicadangkan utk mengambil 1-2mg riboflavin setiap hari. Tiada kesan sampingan.

5] Ambil supplement yang mengandungi magnesium.

6] HALIA : berkesan dengan menyekat prostaglandin. Kisarkan 1 cm halia, campurkan dgn air [teh panas juga boleh], dan minum.

7] ROSEMARY TEA, boleh mengelakkan migrain menjadi lebih teruk.

8] Makan mengikut waktu yang tetap

9] Exercise!!

Part yg paling aku suka kt ayt quran tu...bagus sedari ni bg tips yg mendahulukan kalam Allah Azzawajalla...tabik student medic skrg...bkn stkt penuhkan di dada dgn ilmu perubatan tp diiringi dgn ilmu agama...Allah yg mendatangkan penyakit dan Allah jua yg menyembuhkannya...hakikatnya,kte mesti sabar dan redha dgn segala ujian dariNya kerna ujian itu datang dlm bentuk yg berbeza-beza ke atas setiap manusia sesuai dgn kemampuannya...Allah Maha Mengetahui...