Showing posts with label Menu Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Menu Hari Raya. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

Menu & Ucapan Hari Raya


Salam Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini. Sedih. Sudah beberapa tahun perasaan aku tidak berbunga bila tiba musim raya. Ada sesuatu di sebalik semua ini. Ya, ada sebabnya.

Tetapi insyaAllah aku akan cuba tidak bergundah.

Bila tiba detik-detik raya macam ni, ramai di antara kita tengah memerah otak untuk menyediakan menu apa untuk hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Paling memeningkan kalau nak buat rumah terbuka. Tapi sekarang semuanya senang, cepat dan simple. Nak mudah, order saja dengan catering. Cuma bajet kena lebih la sikit. hehehe..

Antara menu-menu yang pernah ma aku masak untuk hari raya adalah:-

1) Nasi Ayam
Menu ni memang ma aku sangat berbakat menyediakannya. Memang tak sama lah dengan nasi ayam kat kedai. Alah, mana-mana orang pun mesti puji masakan mak dia kan? Betul tak? hehe..Air tangan ibu tu penting untuk eratkan kasih sayang keluarga. Memang secara puratanya, boleh dikatakan tiap-tiap tahun nasi ayam sudah jadi menu utama keluarga aku untuk raya pertama. Tapi tahun ini, raya pertama menu lain. hehe

2) Lontong
Ha, inilah menu untuk hari raya pertama kami sekeluarga. Resepi yang ma aku pakai adalah resepi orang Johor. Kebetulan adik ipar ma aku asal Johor. Cuma ma aku kreatifkan sikit, tambah apa-apa yang patut.

3) Gulai Ayam
Ok, semalam baru berbuka dengan gulai ayam. Sedap. Tambah lagi, makan dengan sambal buah binjai. Pernah dengar tak buah binjai? Binjai atau binjal gitu lah aku dengar daripada ma aku. Buahnya lagi masam dari durian. Tapi letak sambal, memang ummpph!

4) Nasi Bukhori
Emm, bila ya menu ni? Sudah agak lama tak ada menu ni. Mungkin sebab sambutan tidak begitu hangat, jadi ma aku tidak berapa semangat nak naikkan kembali menu ni.

5) Mee Kari
Menu ni biasanya tak buat hari raya pertama. Mungkin raya kedua atau ketiga kalau tak silap ma aku buat dulu. Ah, memang ingatan lalu kebanyakannya sudah banyak tertimbus. hehe..

Ini sahaja antara menu-menu yang masih aku ingat. Menu nombor 3 hingga 5 tu memang sudah agak kabur ingatan aku. Tersumbat. Termakan ajinomoto banyak sangat kot. huhuhu...Korang pulak buat menu apa tahun ni?

Esok dah nak raya kan? Di kesempatan yang masih ada ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN. Jemput-jemputlah datang beraya ye di alamat W3/470 PT 681, JALAN MERANTI, 17000 PASIR MAS, KELANTAN. Siap bagi alamat lagi tu..hehe...Sesiapa yang dekat tu, boleh la bertandang ke teratak buruk patik..Itu pun kalau sudi lah..Yang jauh pun boleh kalau sanggup..hehe...Aku cuti 2 minggu nih..Kalau rasa nak datang, mungkin raya ketiga atau keempat kot free. Raya pertama dan kedua biasalah balik kampung..


Ucapan Hari Raya Tulus Ikhlas Dari Kami Sekeluarga

Pada sesiapa yang nak datang, boleh email aku untuk mintak no fon okey?

Ok lah, kena p dapur, isi biskut..hohohoho..

Till we meet again..=)