Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Cukai Pendapatan- Membebankan Atau Tidak?


Salam Tengahari. Kaifa Halukum?

Tinggal setengah hari lagi Mu'allimah menghabiskan cuti sekolah di rumah. Esok dah nak berangkat ke Kuantan. Masih banyak lagi kerja yang tertangguh sebenarnya. Kertas exam pelajar pun tak habis lagi marking. Mujurlah satu subjek saja lagi tinggal. Dari minggu kedua Ujian Penilaian 1 lagi pelajar-pelajar asyik tanya dah siap ke belum marking paper. Heh. Al maklum la Mu'allimah ni konon sibuk mengalahkan orang yang sudah berumahtangga. Mana nak siap awal-awal. Tapi memang betul sibuk. Pegang 5 kelas, kena buat kertas kerja untuk Kem Motivasi dan Jati Diri Remaja minggu depan, diamanahkan oleh sekolah jadi Ketua Panitia Pendidikan Islam, Fiqh dan Tajwid. Mana la tak senget kepala. uwaaaa!

Sibuk-sibuk ok juga, tak ada lah Mu'allimah akan ingat benda-benda sedih yang bisa buat Mu'allimah menangis lagi. huhu..

Tadi, baru sahaja siap isi borang cukai untuk ma Mu'allimah. Ma Mu'allimah juga seorang guru dan kakitangan kerajaan. Memang wajib bayar cukai pendapatan. Kira dah 3 kali Mu'allimah tolong buatkan untuk ma. LHDN sekarang kan dah maju. Pakai sistem e-Filing. Sesiapa yang pernah buat mesti tahu macam mana sistem ini beroperasi.

Kalau sesiapa yang suka beli buku tu, simpan resit baik2, mungkin boleh bantu parents tolak cukai. Setiap kali beli buku atau majalah, minta resit dan simpan elok2 untuk diberi pada parents. Yang tengah belajar kat IPTA@IPTS yang diiktiraf Malaysia tu pun boleh ditolak cukainya. Tak kira la diploma atau ijazah. Umur bawah 18 tahun pun yang masih belajar, pun boleh ditolak cukainya. Tolong parents kita apa salahnya kan? Tak ada lah banyak sangat kena bayar cukai pendapatan.

Selain itu, anak-anak yang mengalami sakit kronik atau kurang upaya juga boleh dimasukkan dalam pelepasan cukai. Jadi tak ada la beban sangat parents nak tanggung pembayaran cukai.