Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Kerenah Pelajar Berumur (Ayat Sopan)

Bismillahirrahmanirrahim

Kerenah manusia ni pelbagai. Dari kanak-kanak sampai lah kepada yang berumur. 

Buat masa sekarang aku masih lagi meneruskan tugas berbaki melayan kerenah-kerenah pelajar yang amat merimaskan bila ada exam. Jenuh. Pelajar Melayu ok lagi, bila bab pelajar Arab2 nih, huiiiii sangat penat. Tak semua yang mengkacau bilaukan otak aku, yang ok tu, ok juga. Yang tak perlu tanya pun dia tanya. Yang perlu ditanya, tidak pula ditanyai.

Hari ini aku kena lagi menjawab soalan-soalan pelajar berumur yang tak juga faham-faham macam mana nak guna ALIM (Advance Learning i-Management System) bila tiba exam. Adoiii. Soalan yang tidak berkait pula yang dia dok keluarkan.

كبار السن : ما اسمك؟
أنا : فاطيني.
كبار السن : اوهههه..اسمي أسامىء.

كبار السن : أنت ماليزي؟
أنا : نعم ماليزية أصلية.
كبار السن : ما شاء الله.

بعد تم الامتحان......

كبار السن : شكرا جزيلا ولكن الامتحان صعب.
أنا : لماذا، لا تقرأ؟
(كبار السن : اررر (يبتسم

كبار السن : رقم هاتف؟
أنا : لماذا؟
كبار السن : للاتصال.أنا : لا يحتاج.




?Pelajar berumur: Siapa nama awak
Aku: Fatini
Pelajar berumur: Ohh..saya Osama
 Aku (dalam hati): “Tak tanya pun” sebab memang dah sedia maklum kat atas kertas

?Pelajar berumur: Awak orang Malaysia
Aku: Ya, Orang Malaysia asli
Pelajar berumur: MasyaAllah

...Selepas exam selesai

Pelajar berumur: Terima kasih banyak2 tetapi exam susah
Aku: Kenapa, awak tak membaca
Pelajar berumur: Errr…(senyum kambing)

Pelajar berumur: Ada nombor telefon
?Aku: Kenapa
Pelajar berumur: Untuk menghubungi
Aku: Tak perlu


 . Sungguh dingin jawapan aku. Malas nak layan kerenah Pak Long

Sunday, January 23, 2011

Damba Hati


Bilamana kehendak hati dan niat baik tidak diredhai
Hilang pelangi tiada seri
Simpulan harapan makin terlerai
Terbakar pedih dimamah api
Kujaja hati pada yang sudi
Melepas resah mengadu nestapa
Tiada hentinya deraian duka
Walau bibir mengukir senyum ceria

Wednesday, October 13, 2010

It's Time

"Kak tini.pekaba akak skrg?sume cmne?Harap sume okey..Akak kna kuat lg ea..Doa kami iringi akak sentiasa.insyaallah"

Saat ku buka kotak mesej telefon bimbitku, hampir tumpah airmata. Ada juga yang masih lagi mengambil berat tentang keadaan diri ini. Bila kita susah, ada kawan turut merasai susah kita. Bila kita senang, ada kawan yang turut senyum dan bergelak tawa bersama kita. Ya, itulah namanya sahabat. Aku tidak akan pernah berhenti agar dikurniakan sahabat-sahabat yang baik kerana disebabkan semangat mereka aku masih lagi bangun berdiri walaupun sudah berkali aku jatuh.
Mungkin tidak senang untuk capai sesuatu demi kebaikan diri sendiri, maka ranjau-ranjau yang bakal datang harusku telan, tempuh dan terus sabar.

Keputusan yang sudah aku buat demi kesejahteraan diri sendiri tidak akan ku ubah lagi. Sudah tiba masanya aku fikirkan untuk kebaikan diri sendiri walaupun beberapa pengorbanan terpaksa dilakukan, walaupun ada mulut-mulut yang menyakiti dan hati-hati lain yang tidak pernah memahami.

Moh layan lagu ni. Tak puas aku dengar. Lagu tema drama Syurgamu Ramadan. Azfar-Akan Ku Jumpa. Lirik pun ada sekali, sila lah mengikutinya. ahaks!=)



Monday, August 16, 2010

6 Ramadhan..Hari-Hari Yang Dilalui Begitu Mencabar..

6 Ramadhan 1431 Hijrah. Maknanya sudah 6 hari kita berpuasa. Melalui hari-hari Ramadhan dengan keletihan tetapi ianya berbaloi dengan kesabaran.

Dari semalam aku pening. Hari ni pergi kerja pun masih lagi pening. Melayang-layang rasa. Namun aku gagahkan diri juga demi memberi semangat dan dorongan untuk adik aku, Farid memandangkan ini hari pertama dia menduduki ujian bulanan ketiga.

Yang kelakarnya, adik aku menangis semalam sebab dia tersalah sangka aku tinggalkan dia di sekolah. Jam waktu tu pukul 3.30. Aku turun dari pejabat dalam pukul 2.30, pergi bank untuk membuat pembayaran KWSP dan SOCSO serta ke TNB bayar bil elektrik.

Tapi bila fikirkan balik, risau pun ada dengan adik bongsu aku nih. Kalau lah aku kahwin lepas ni, dibuatnya dia menangis lagi, macam mana lah aku nak buat nanti. Aku terlalu manjakan dia atau terlalu mengambil berat?

Pertama kali dalam hidup kena jaga budak-budak ni menjawab kertas soalan ujian bulanan ketiga bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Untuk tahun 2, kertas Bahasa Malaysia kedua juga ada iaitu penulisan. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengawasi tahun 1 Bukhori Ba dan 2 Muslim. Tahun 2 untuk kertas penulisan bermula pada pukul 12.30.

Kertas ujian kali ini semuanya agak susah dan mencabar untuk budak-budak yang lemah. Adik aku tidak ketinggalan tergolong dalam kategori pelajar yang lemah. Tetapi alhamdulillah dia sudah mampu membaca dalam bahasa Melayu, cuma agak perlahan. Jadi, jawab kertas soalan pun perlahan. Semalam pun dia ada buat latihan sikit-sikit. Kalau ada rezeki, insyaAllah meningkat sedikit peratusnya daripada sebelum ini.

Aku pula masih lagi dengan kepala yang kepusingan serta kepenatan. Hati walang apabila teringatkan kisah yang menyakitkan itu...Huuu...

Masa untuk berbuka dah hampir..Selamat Berbuka!

Doa waktu ni mustajab kan?

Saturday, August 14, 2010

Mesti Baca:"Sesejuk Maaf di Kalbu"


Apa khabar saudara saudari, Muslimin dan Muslimat di luar sana? Bagaimana dengan bulan Ramadhan kali ini? Lebih mencabar? Banyak dugaan?

Apa pun jawapannya, aku doakan kalian tabah menempuh segalanya.

Emm, aku baru saja khatamkan novel sederhana tebal bertajuk "Sesejuk Maaf di Kalbu", karya Nor Atiqah Ghazali. Dulu, penulis ini menggunakan nama pena Wawa Zakitam ketika tulisannya pernah mendapat tempat di radio dan TV1 berbentuk manuskrip dan drama kanak-kanak. Walau apa pun, inilah julung-julung kalinya aku membaca penulisannya.

Kadang-kadang aku akan beli buku mengikut mood dan emosi aku. Jika waktu hati aku tengah bercelaru dan kebetulan berada di tengah-tengah bandar, tempat pertama yang akan aku tuju adalah kedai buku. Kalau pun aku tak beli buku, aku mesti pusing satu kedai buku sambil baca sinopsis dari pelbagai buku. Cuma minat aku lebih tertumpu kepada novel dan buku-buku cerita yang lain.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" memang sinonim dengan hati aku yang tengah bercelaru waktu tu. Sedih dan walang di hati hanya Allah saja yang tahu walaupun aku turut sekali mengheret adik aku, Farid masuk ke kedai buku. Aku tak menangis depan dia. Sebolehnya aku tidak akan menangis di hadapan kanak-kanak sekecil dia.

Aku mencari sesuatu untuk menyejukkan hati aku waktu tu, cuba untuk tidak berfikir bukan-bukan, mencari sedikit kekuatan, motivasi dan penguat semangat.

"Sesejuk Maaf di Kalbu" mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang punya dugaan hidup masing-masing. Bersahabat dari tadika sampailah dewasa. Cuma kemelut hidup masing-masing yang buat mereka terpisah seketika di saat diri mereka meniti alam remaja. Pelbagai sikap negatif yang telah mereka lakukan. Berpunca daripada satu sebab yang sama. Ibu bapa. Mereka inginkan perhatian dan bimbingan.

Sebagai anak tunggal, Fazli masih mempunyai ibu bapa tapi lantaran mengejar kesibukan duniawi yang tidak kekal, anak mereka terabai. Memberontak dan mengisi kekosongan jiwa remajanya bersama Amirul. Pelajaran kedua-duanya juga tidak dipedulikan lagi.

Amirul juga mempunyai ibu bapa tapi kedua-duanya sudah bercerai. Ayahnya langsung tidak pedulikan mereka adik beradik, ibunya pula gila disebabkan stress dengan hidup, didera ayahnya, sepak terajang sudah biasa. Demi meneruskan hidup, kakaknya Noraini memilih jalan yang salah untuk mencari sesuap rezeki buat adiknya Amirul dan Norlaili dengan melacurkan diri.

Shukri seorang pelajar yang bijak. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, lantas mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Kejadian buli yang menjadi-jadi memaksa dirinya mencuri demi memenuhi kehendak si pembuli, lantaran ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak. Hidup tanpa seorang ayah yang tidak diketahui di manakah dia menghilang, membuatkan Shukri pernah jatuh ditimpa kemurungan dan kerinduan terhadap ayahnya diselang-seli dengan perasaan dendam.

Fazli bangun kembali untuk berubah apabila kedua ibu bapanya mula menyedari kesilapan mereka. Shukri juga bangkit kerana terbelai dengan kasih dan ketabahan ibunya.

Namun Amirul terkapai-kapai mencari panduan hidup setelah Fazli dan Shukri menjauhi dirinya demi satu perubahan yang positif. Dalam kekeliruan memilih halatuju hidupnya, Amirul akhirnya juga memilih jalan yang haram, menyertai Geng 7 melakukan pelbagai jenayah. Ditangkap oleh polis kali pertama dan dihantar ke sekolah Juvana. Lepas dibebaskan, dia mengulangi lagi kesilapan yang sama dan akhirnya dia ke tali gantung.

Tetapi, Amirul mengisi masa-masa terakhirnya dengan bertaubat dan menangisi dosa-dosanya yang lalu melalui bimbingan dan nasihat daripada sahabatnya Fazli dan Shukri. Mereka bertemu kembali di saat masing-masing melalui alam pertengahan dewasa.

Fazli belajar erti kemaafan daripada ibu bapanya yang tidak ego mengaku kesilapan masing-masing. Shukri menanam benih kemaafan dalam dirinya berkat sifat pemaaf yang ada dalam diri ibunya. Dan Amirul belajar memaafi orang lain daripada Fazli dan Shukri.

Beli lah buku ni, tak rugi sikit pun..Harganya pun hanya RM17 sahaja...Saja promote, berkongsi intipati bermanfaat daripada buku ni..=)

***************

Memaafi orang lain tidak mudah. Perkara pertama yang kita perlu buat adalah memaafkan diri sendiri dahulu kerana kita juga tidak sempurna. InsyaAllah kita mampu memaafkan orang lain. InsyaAllah i will. Allahummah dini fi man hadait...

Semoga Ramadhan ini memberi seribu erti buat diri kita...aameen...

Thursday, July 8, 2010

Laila Sayang Zamilatun


Derap langkahnya tetap maju ke depan
walaupun perlahan
Melunaskan hajat yang belum terlaksana
Hati-hati menuju ke destinasi yang diingini
Jangan kau pandang dirinya enteng
Biarpun dirinya tidak dipeduli
Tiada satu soalan pun dilontarkan terhadapnya
Hanya ekor mata dirimu melihat dan menjeling
Diam seribu bahasa tentang keadaan dirinya
Lantang mencecer tentang kesilapannya
walhal terang lagi bersuluh dirimu khilaf
Mencari kesalahan diri Laila

Namun Laila masih mampu tersenyum
Ketawa penghias dukanya
Berkongsi satu nasi bungkus bersama Zamilatun
Seolah berkongsi satu rasa
Satu rasa yang tidak dapat ditafsirkan oleh orang lain
Satu rasa yang hanya diketahuiNya
Yang mengatur cerita antara mereka

Ketahuilah
Laila sayang Zamilatun
Terima kasih Allah
temukan Laila dengan Zamilatun

Sunday, May 23, 2010

Award Gerak-Gerak Daripada Cik Faezah..Thanks!


Hampir-hampir terlupa untuk menerima award dari Cik Faezah Comey kita. Maaf sangat-sangat ye Pai. Bukanlah sombong atau angkuh, tetapi minda ni asyik berputar ligat untuk membuat satu entry berbunga-bunga terhadap award yang telah dianugerahkan oleh Pai. Malangnya, entry berbunga-bunga masih lagi tidak dapat dilaksanakan..hehehehe....

Blog aku ni tidak ada apa-apa pun. Seriously!Penulisan yang masih tidak maju. Tetapi mungkin pada masa hadapan, siapa tahu? Emm semalam aku terbelek satu buku tentang tips untuk menjadi penulis yang berjaya. Sambil-sambil tunggu kawan aku datang, aku menghabiskan masa sekejap di kedai buku. Kebetulan aku memang berhajat nak beli buku untuk adik bongsu aku. Adik aku ni masih lagi tidak lancar membaca, jadi aku pusing-pusing dalam kedai buku tu, mencari buku yang sesuai untuk adik aku.

Ketika pusing depan belakang tu la aku ternampak buku tu. Aku tidak ingat keseluruhan ayat-ayat penulisnya dalam buku tu, tapi apa yang boleh aku beritahu secara kasar, penulis tersebut berkata begini : "menulislah..kerana dengan menulis ia boleh mematangkan kita..menulis secara berperingkat, perbaikilah setiap masa penulisan kita..lama kelamaan penulisan kita dengan sendirinya akan menjadi satu penulisan yang berkualiti"..

Dari sini, aku telah mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus menulis!Ya, teruskan menulis walaupun tidak ramai yang berkunjung ke sini!Tidak mengapa, itu tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus menulis dan berkongsi apa yang aku tahu!Namun, terima kasih aku ucapkan kepada pembaca-pembaca di luar sana yang setia berkunjung ke sini atau yang terkunjung atau jarang-jarang berkunjung. Terima kasih!

Terima kasih Pai untuk award yang telah diberikan. Pai dah naikkan lagi semangat Kak Tini!Senyum senyum senyum!weeee~~~

Maka dengan ini saya menganugerahkan award ini lagi kepada insan-insan yang tertera di bawah ini:


Kelima-lima blogger ini punya keistimewaan masing-masing. Punya acuan sendiri dalam penulisan mereka. Semuanya mempunyai intipati yang bermanfaat untuk pembaca-pembaca di luar sana. Korang tak percaya? Lihatlah dan nilailah dari mata hati anda!Selamat menziarah ke blog-blog mereka!^__^

Pada blogger yang telah menerima anugerah award ini daripada saya, boleh la mengambil award ini dari blog Eddy. Copy and paste code dari sana..Anda sememangnya layak untuk menerima award ini! Semuanya terpulang kepada anda untuk memberi anugerah award ini juga kepada orang lain. Saya buat syarat sendiri je ni..ehehehe...

All the best to all of you!=)

****

Tetibe je kan guna ganti diri 'saya'...hohohoho..=p