Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Doa Buat Sahabatku

Sedih. Semalam dapat perkhabaran kurang baik. Ibu sahabatku Adibah Ali meninggal dunia. Al-Fatihah buat arwah. Macam mana la agaknya keadaan Diba? Dengan keadaan dia baru lepas accident, tiba-tiba dikejutkan dengan berita buruk macam ni.

Hati aku ni rasa nak sangat ziarah dia tapi itu lah jauh. Kat Johor. Aku sendiri pun belum betul-betul sihat tapi tak seteruk sahabatku itu. Diba, kuatkan semangatmu sahabat. Walaupun Diba tak baca blog K.Tini ni tapi harap sahabat-sahabat yang baca atau terbaca entri ni, tolong sampaikan pesanku ini pada Diba.

Ini semua ujian sahabat. K.Tini tahu Diba kuat. Diba mampu harungi, mampu hadapi semua ini. Kami semua di sini mendambakan senyuman Diba, tawa Diba. Kami takkan putus mendoakan kesihatan Diba. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Pasti ada nikmat buat Diba dari hikmah di sebalik semua ini.

Kepada semua blogger sama ada yang aku kenal atau tidak, yang setia membaca atau silent readers, tolong doakan sahabat aku ini. Dia accident teruk juga. Patah kaki kanan, lutut kiri koyak, pinggul pun patah, pendarahan otak. Mengikut cerita kawan aku yang pergi ziarah dia, dia kadang-kadang tak kenal orang. Seolah-olah tak tahu apa yang dia buat. Hibanya hati ni bila dengar keadaan dia sampai macam tu sekali.

Ya Allah, Kau tabahkanlah hati Adibah Ali. Kau kuatkanlah semangatnya. Kau permudahkanlah dia mengharungi ranjau berduri dalam hidupnya. Kurniakanlah padanya kesembuhan dan kesihatan agar dia dapat terus beribadat padaMu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosanya. Kau kurniakanlah kasih sayang yang tak berbelah bagi dari insan-insan di sekelilingnya serta rahmat dan kasih sayangMu ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Aamin Ya Rabbal 'Aalamin..

Saturday, October 24, 2009

Doaku Buat Mereka

Tengahari tadi Ma telefon. Dah dua minggu aku rasa tak sihat. Asalnya tak mahu cerita kat Ma. Tapi entah la, kadang-kadang rasa tak tertanggung. Perlu someone untuk share. 


Sejak datang sini lepas raya, banyak perkara yang berlaku. Basically yang buruk la. Ingat nak manja-manja sikit dengannya tapi tak dapat juga. Sikit-sikit je cerita masalah kesihatan aku. Bila dengar masalah daripada mulut Ma, aku tak jadi nak cerita lebih-lebih pasal diri aku.


Rasa nak menangis pun ada. Dah menangis pun. Sekarang. Sebab aku akan rasa belas bila dengar keluh kesah dari bibir ibu. Dan aku tak dapat luah apa yang aku rasa pada dia. Tapi aku tahu aku tak boleh pentingkan diri. Sejak dulu aku cuba menjadi pendengar setia dia. Sampai lah sekarang walaupun dalam telefon.



Allah uji aku, uji dia, uji keluarga. Aku hanya mampu mendengar dari sini dan berdoa untuk mereka. Tabahkan hati ye semua dan juga diri ni.


~keindahan taman tidak akan ditemui tanpa liku yang berduri~

Wednesday, September 30, 2009

Doa

Kekecewaan sedikit terhimpun di dasar hati
tapi aku harus pasrah.

Silapnya juga terletak pada diri aku
tapi kondisi kesihatan juga tak mengizinkan
internal and external factor.

Tak mahu lagi menghutankan fikiran
apa yang perlu mendamaikan diri
doa tu mesti ditanam
usaha mesti berganda.

Insyaallah.
moga ada sedikit sinar buatku.