Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Wallahua'lam


Agak lama juga saya tak update entri bayu. Memang masa mencemburui saya. heh.

Petang ni baru rasa relaks sikit walaupun ada lagi kerja yang masih belum selesai. Saja mahu ringan-ringankan otak yang makin tepu ni.

Masih lagi di pejabat waktu ini. Tapi saya ambil masa sedikit untuk update entri ni. Pada mulanya macam malas nak update tapi ada benda yang saya tidak sengaja buat tadi. Saja la tangan gatal-gatal nak taip url blog 'WALLAHUALAM'. Rupanya dah wujud! 

Sebenarnya perkataan tu ada kaitan dengan gathering hari tu. Masa ice breaking waktu tu, kami diwajibkan menyebut url blog masing-masing. Sampai lah pada giliran seorang adik comey kita ni. Saya pun dah lupa nama dia. Dia kata blog dia wallahualam.blogspot.com. Sebab dia tak ada blog lagi!hehehe...Wallahualam (والله أعلم) tu perkataan bahasa arab, maksudnya Allah Yang Maha Mengetahui.

Saya dah jadi follower pertama dia!hehehe...

Cuma....Masih belum pasti betul atau tidak kepunyaan adik tu...hehehehe...Yok kita terjah yok!

Sunday, January 2, 2011

1 Januari 2011: Hilangnya Seorang Seniman Muda, Faizal Yusof

Masih terasa baru lagi dia muncul di kaca TV

Actor Faizal Yusof dies
BERNAMA
Saturday, January 1st, 2011 18:40:00

KUALA LUMPUR: Actor Faizal Yusof died at 1.45pm today at Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak here due to heart failure.

His elder brother Shaiful Yusof, 34, when met at at the hospital, said Faizal, 32, was reported to have fainted at his home in Anjung Villa, Bandar Baru Sentul around 9am before being rushed to the hospital.

The actor had featured in the popular televison series Tiramisu and Manjalara. He leaves behind wife Rosmunira Rashid, 27, who is five months pregnant.

Previously he had been married to popular singer Siti Nordiana and were blessed with a son Mohd Rayyan Nakhaie, three.


******

Terkejut semalam bila terbaca pasal ni. Macam tak percaya. Baru je tengok dia dalam drama Tiramisu. Memang tak sangka. Aku minat jugak lakonan arwah. Tau2 je semalam dia meninggal..huhu

Takziah kepada keluarga arwah. Innalillahiwainnailaihiraji'un...Al-Fatihah...

Sesungguhnya, kita tidak mampu menahan lagi bila maut datang menjemput. Sama-sama lah kita mengingati mati..

کل نفس ذائقة الموت

Setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui kematian

Thursday, September 9, 2010

Menu & Ucapan Hari Raya


Salam Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini. Sedih. Sudah beberapa tahun perasaan aku tidak berbunga bila tiba musim raya. Ada sesuatu di sebalik semua ini. Ya, ada sebabnya.

Tetapi insyaAllah aku akan cuba tidak bergundah.

Bila tiba detik-detik raya macam ni, ramai di antara kita tengah memerah otak untuk menyediakan menu apa untuk hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Paling memeningkan kalau nak buat rumah terbuka. Tapi sekarang semuanya senang, cepat dan simple. Nak mudah, order saja dengan catering. Cuma bajet kena lebih la sikit. hehehe..

Antara menu-menu yang pernah ma aku masak untuk hari raya adalah:-

1) Nasi Ayam
Menu ni memang ma aku sangat berbakat menyediakannya. Memang tak sama lah dengan nasi ayam kat kedai. Alah, mana-mana orang pun mesti puji masakan mak dia kan? Betul tak? hehe..Air tangan ibu tu penting untuk eratkan kasih sayang keluarga. Memang secara puratanya, boleh dikatakan tiap-tiap tahun nasi ayam sudah jadi menu utama keluarga aku untuk raya pertama. Tapi tahun ini, raya pertama menu lain. hehe

2) Lontong
Ha, inilah menu untuk hari raya pertama kami sekeluarga. Resepi yang ma aku pakai adalah resepi orang Johor. Kebetulan adik ipar ma aku asal Johor. Cuma ma aku kreatifkan sikit, tambah apa-apa yang patut.

3) Gulai Ayam
Ok, semalam baru berbuka dengan gulai ayam. Sedap. Tambah lagi, makan dengan sambal buah binjai. Pernah dengar tak buah binjai? Binjai atau binjal gitu lah aku dengar daripada ma aku. Buahnya lagi masam dari durian. Tapi letak sambal, memang ummpph!

4) Nasi Bukhori
Emm, bila ya menu ni? Sudah agak lama tak ada menu ni. Mungkin sebab sambutan tidak begitu hangat, jadi ma aku tidak berapa semangat nak naikkan kembali menu ni.

5) Mee Kari
Menu ni biasanya tak buat hari raya pertama. Mungkin raya kedua atau ketiga kalau tak silap ma aku buat dulu. Ah, memang ingatan lalu kebanyakannya sudah banyak tertimbus. hehe..

Ini sahaja antara menu-menu yang masih aku ingat. Menu nombor 3 hingga 5 tu memang sudah agak kabur ingatan aku. Tersumbat. Termakan ajinomoto banyak sangat kot. huhuhu...Korang pulak buat menu apa tahun ni?

Esok dah nak raya kan? Di kesempatan yang masih ada ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN. Jemput-jemputlah datang beraya ye di alamat W3/470 PT 681, JALAN MERANTI, 17000 PASIR MAS, KELANTAN. Siap bagi alamat lagi tu..hehe...Sesiapa yang dekat tu, boleh la bertandang ke teratak buruk patik..Itu pun kalau sudi lah..Yang jauh pun boleh kalau sanggup..hehe...Aku cuti 2 minggu nih..Kalau rasa nak datang, mungkin raya ketiga atau keempat kot free. Raya pertama dan kedua biasalah balik kampung..


Ucapan Hari Raya Tulus Ikhlas Dari Kami Sekeluarga

Pada sesiapa yang nak datang, boleh email aku untuk mintak no fon okey?

Ok lah, kena p dapur, isi biskut..hohohoho..

Till we meet again..=)

Friday, December 11, 2009

Reunion Ex-Maahadian Batch SPM 2003


Terasa nak buat reunion dengan ex-Maahadian(MMP) batch SPM 2003. Rindu korang semua. Dah lama kita tak bersua muka. huhu.

Aku tengah fikir lagi macam mana nak kumpul korang. Siapa-siapa ex-Maahadian untuk batch yang aku sebutkan tadi yang terbaca atau tersinggah kat blog aku ni sila melaporkan diri ye. Batch lain pun boleh turut sama melaporkan diri. dengan menghantarkan email korang pada aku (email di sebelah kanan blog). Sertakan sekali maklumat ini okis?

1) Nama
2) Alamat rumah (yang ni penting, mana la tau kan sampai kad jemputan
rumah
korang. hahaha!)
3) No telefon (rumah atau handset)
4)Alamat email atau blog atau apa-apa la yang boleh sentiasa memekarkan ukhuwwah kita

Sama-sama kita eratkan ukhuwwah yang dah lama kendur ni. By the way, nanti aku setkan tarikhnya, tempatnya dan waktunya. Aku macam nak buat makan-makan la sikit. Tapi still dalam perancangan lagi.

Readers or bloggers kat luar sana merangkap kawan-kawanku, korang ada cadangan tak nak buat reunion kat mana?? Macam mana nak kumpul diorang ye?? Yelah, al-maklum la semua belajar dan kerja di pelbagai daerah dan negeri. How?How?How?. Any ideas and suggestions??

Thursday, October 15, 2009

Buat followers yang mengikuti e-cerpen 'Kantoi'

Salam W.B.T..

Kepada followers ku yang sebelum ni dah baca e-cerpen bertajuk Kantoi, kesinambungannya ada kat bawah sikit lepas entri 'Madu'. Patik publish lambat sebab taip sikit-sikit. Idea tak boleh nak datang sekaligus. Lagipun kekangan waktu membuatkan cerpen tu terbantut sambungannya. hehe. Hamba ni tak tahu la ia sejenis cerpen ke, cerita pendek ke, hikayat ke. Korang sendiri yang menilainya.

Moga mendapat manfaat dari cerpen tersebut! InsyaAllah.

Saturday, September 12, 2009

Salam Aidilfitri


Salam W.B.T...

Sebelum blog ini melabuhkan tirainya buat sementara waktu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat seluruh umat Islam. Moga Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini memberi seribu pengertian dan kemajuan dalam setiap amalan kita.

Sesungguhnya Allah tidak putus-putus memberi rahmat dan nikmat buat kita. Selama sebulan kita perlu menahan segala nafsu, menjaga pandangan, mendidik jiwa, meningkatkan amalan..Lalu Allah hadirkan pula hari yang bermakna iaitu hari lebaran. Maka bertambah-tambahlah lagi nikmat Allah pada setiap hamba-hambanya.

Bagi aku, hari raya bukan terletak pada pakaian baru, aneka juadah dan kuih muih tapi hari raya adalah hari penghayatan dan kesyukuran setelah sebulan berpuasa.

Aku menyatakan sebegini sebab dalam kita dilimpahi kemurahan rezeki, masih ada lagi insan-insan di luar sana yang tidak senasib dengan kita. Aku doakan agar mereka dikurniakan kelapangan dan ketenangan kerana Allah sentiasa mendengar segala keluh kesah kita. Ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita.

Bagi kita yang bernasib baik ini, sentiasa bersyukurlah dengan kurniaan Allah yang memberi kemudahan dan kesenangan pada diri kita. Sama-samalah kita cuba untuk bersedekah semampu yang boleh pada insan-insan yang kurang bernasib baik.

Rahmat Allah sentiasa luas terbentang tanpa sempadan buat kita. Aamin.

Maaf Zahir Batin semua ye...:)

Holiday dan Selamat Hari Raya


Hari ni hari terakhir aku kat sini. Ecey, gaya cam dh nak grad ghopenye.hehe.Sebenarnya cuti midsem n hari raya.Malam ni dah nak balik.Cuti 2 minggu.Begitu juga lappy aku ni,berehat dari ditaip-taip kibodnye.hehe.Oh,i will miss my blog!huhu.

Lappy n blog dh jadi sahabat baik aku.Sayang sungguh.huhu.

Kepada sahabat-sahabatku, di kesempatan ini sepuluh jari aku mohon ampun dan maaf dari kalian jikalau ada terkasar bahasa dan tersakitkan hati kalian. Mungkin aku tak sengaja melakukan sedemikian.

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair....:)

Sunday, July 19, 2009

IMPORTANT!PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM


Peringatan kepada muslimin muslimat kt luar sana...aku br tau psl ni...rupanya pengasas salah satu laman web sosial ialah Yahudi...masyAallah kte sume asyk sgt smpi latar belakang laman web sosial ni pun xtau....nk tau lebih lanjut [klik sini]

So, muslimin muslimat di luar sana...terpulang kepada anda sume samada tuk terus melayari laman web ni...HATI-HATI DGN KUIZ2 ONLINE YG TERDAPAT DLM SUME LAMAN WEB SOSIAL..

Fikir-fikirkan....