Kali kedua join segmen Abg Ben. Sementelah berehat je kat rumah sewa ni seorang diri, saya mengambil masa sedikit menaip entri kedua untuk hari ini. ;)
Ok, saya mula...
LELAKI pilihan anda ?
Solat tak pernah tinggal,tidak merokok,pandai ambil hati orang tua dan tidak mudah berputus asa.
Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Err perlu jugak kot. Dia seksi kalau pandai kemas rumah dan kemaskan diri sendiri. Dengan kata lain seorang pembersih. hehe.
LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Tak pernah lagi jumpa seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk saya kecuali abah. Terima kasih abah!isk3..
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Tidak. Kerana tidak pernah saya nampak ada keadilan pada diri suami terhadap madu2nya walaupun di mata kasar kita nampak adil. Keadilan terhadap madu sangat susah dilakukan. Tak percaya? Cuba baca tafsir surah An-Nisa' ayat 129 ini: "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian...”
Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Break. Saya cari orang lain atau terima orang yang suka saya. Sebenarnya penat juga jadi perigi cari timba ni. heh. Mungkin Allah sediakan untuk saya yang lagi baik. Saya hanya mencari yang betul-betul serius ke arah rumahtangga. Senang cerita kalau suka, sila jumpa parents saya. ;)
LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Pada saya dua-dua. Tapi bagi saya tidak ada istilah curang bahkan sebenarnya tidak berjodoh atau jodoh tidak kekal lama.
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Dua-dua. Bergantung pada keadaan dan ketentuan Ilahi.
Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Ya saya mudah cemburu tapi cuba menyembunyikan rasa cemburu seboleh mungkin.
Nak join? sila ke
http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-perempuan.html atau klik je pada banner di atas.
setitip rasa: err adakah mu'allimah serius bila berbicara soal hati? emmm....