Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Create Your Wonderful Life!You Are Not Alone!

Hidup memang tidak akan pernah sempurna. Setiap manusia juga tidak sempurna. Perangai setiap orang juga tidak sempurna. Sesekali ada keinginan untuk puaskan hati semua pihak. Namun sebenarnya kita tidak akan dapat puaskan hati mereka dengan sempurna walaupun perkataan puas hati itu ada.

Persepsi setiap individu berbeza-beza. Tambahan lagi pengaruh persekitaran, rakan-rakan sekumpulan dan sekepala buat seseorang itu jadi begitu. Lalu pihak sebelah lagi terasa dipulau dan dipinggarkan. 

Keadaan begitu amat merimaskan tetapi kadangkala menyeronokkan bila minda kita menganggap hal itu bukanlah sesuatu yang menyakitkan jiwa.

Duhai sekeping hati berwarna merah, cuba lah terima itulah kehidupanmu sekarang. Tiada lagi bunyi riuh mesra suara Nurli, tiada lagi ucapan manja Faiqah, tiada lagi kehidupan bertiga seperti tiga bulan lalu. Tiada lagi gurauan sayang mereka berdua ketika ke Mydin, ketika ke Teluk Cempedak, ketika ke East Cost Mall. Itu kenangan indahmu. Kenangan bersama gerangan yang bernama sahabat.

Kau berada di petak bumi yang berbeza sekarang. Ciptalah cerita cantik dan menarik untuk kau simpan. Mungkin rakamannya boleh dicerita buat keturunan-keturunanmu pada masa akan datang?eheh.


Who Says? 
Of course you can do it!

Thursday, June 9, 2011

Beberapa Situasi Yang Membuatkan Senyuman Terukir


Dalam kesibukan bekerja, dalam keadaan minda mula terhuyung hayang dek pegawai-pegawai atasan yang sangat berkaliber memberi arahan tanpa memikirkan kesan-kesan yang bakal timbul, sebenarnya kita masih ada lagi masa untuk mengukir senyuman dan bergelak ketawa walaupun hanya kita seorang sahaja yang berbuat begitu.

Senyum itu kan satu sedekah. Setuju?

Ada TIGA sebab atau situasi yang membuatkan saya tersenyum walaupun hari ini synaps saya bergerak ke hulu ke hilir dengan pantas iaitu:

1) Officemate saya akan berangkat ke tanah suci Mekah esok untuk menunaikan umrah bersama kedua ibu bapanya. Saya tumpang gembira buat dia kerana ini kali kedua dia dipilih Allah menjejakkan kaki ke sana. Beruntungnya dia!Lagi saya gembira sebab saya ada mengirim senarai doa saya pada dia. Emm doa apa ya?hehehehe...Yang penting semuanya sangat penting!^____^

2) Yao Lin. Student staff yang berbangsa Cina. Nama islamnya Aisyah. Dia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu cuma bunyinya sangat pelat. Bila dia bercerita, saya selalu gelakkan dia. Jahat betul saya. hehehe...Bukan apa, itu yang merapatkan hubungan kami. Cara dia berceloteh hari ini membuatkan saya terlontarkan perkataan "loyar buruk". Dia terpinga-pinga. "Buruk" disangkanya "burung" sambil mengibas-ngibaskan kedua2 tangannya. Terpaksa la saya betulkan sebutan dia dan terangkan "loyar" tu. Memang kena sabar betul terangkan perkataan lain lagi untuk memahamkan dia seperti "kelakar","lucu" dan "menggelikan hati". At least dia belajar perkataan baru. Saya juga belajar bahasa mandarin daripada dia. Yao Lin ni memang selalu hilangkan stress saya. Sunyi kalau dia tidak ada. hehehehe...

3) Restoran Cili Merah. Kedai makan yang wajib saya singgah selepas saja habis waktu bekerja. Saya selalu duduk di meja yang berhadapan dengan tv. Kebetulan waktu tu, ada sepasang suami isteri yang sudah berumur duduk sebelah meja saya. Umur pakcik dan makcik tu mungkin dalam 60 an macam itu la. Ketika mata saya asyik tertancap pada kaca tv, tiba-tiba makcik tu bersuara dan bertanya pada saya, 

"Mu ore mano?"

Saya senyum dalam agak terkesima dan menjawab,

"Ore kelate!"

Kemudian, makcik itu ketawa seakan-akan anak kecil sambil menghabiskan laksa pinang dalam mangkuk. Pakcik itu turut tersenyum pada saya.

Tidak lama selepas itu, nasi ayam saya sampai. Baru sahaja saya ingin menyuap nasi ayam dalam mulut, pasangan emas itu bangun dari kerusi tanda mereka sudah selesai makan. Pakcik itu datang ke arah saya dan berkata,

"Dia ada penyakit lupa"

Baru saya tahu. Tapi saya senyum saja. Faham akan keadaan makcik tu. Tiba-tiba makcik tu datang lagi dan bertanyakan soalan yang sama pada saya dan saya juga menjawab dengan jawapan yang sama sambil melebarkan lagi senyuman saya pada makcik. Dia mengangkat tangan seolah-olah mahu menari gayanya dan terlompat-lompat kecil di situ.

Alangkah sabar dan mulia sungguh hati suaminya. Hati saya rasa sayu. Teringat pada arwah nenek.

Nah, sekarang saya mahu bertanya pada kau orang pula. Situasi apa hari ini yang buatkan kau orang tersenyum dalam kepenatan belajar atau bekerja?

Info buat kita semua tentang penyakit lupa:


Yang pelik pun ada..klik SINI...

Tuesday, June 7, 2011

Lain Orang Lain Bangsa Lain Budaya. Carilah Persamaan Dalam Perbezaan.


Mana best friend awak? 

Tak ajak best friend awak makan sekali?

Best friend awak tak datang lagi?

Ahah. Siapakah itu best friend? Teman-teman sepejabat lain semua gelarkan dia sebagai best friend saya. Bila difikirkan balik, dia boleh dikatakan agak rapat dengan saya. Eshraga, seorang staf perempuan yang berasal dari Sudan, wanita arab yang berkulit gelap, suka menghiasi jarinya dengan inai berwarna hitam, suka minum air kopi, makan biskut, tidak lokek berkongsi ilmu bahasa arab.

Unik kan kawan baik saya ini?

Eshraga merupakan teman baik pertama saya yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya. Dia sudah berkahwin, berumur 38 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Dari hari pertama kerja di sini lagi, kami berdua lekas mesra, malah boleh bergurau senda. Bila kawan-kawannya datang berjumpa dengannya, dia dengan bangganya kenalkan saya pada kawannya. Auw! Rasa dihargai tahu?

Kenapa saya rasa dihargai?

Mengikut katanya, saya orang Malaysia pertama yang boleh bergaul dengan dia. Dia sangat suka berkawan dengan saya. Dia kata saya tak macam orang Malaysia yang lain. Dia pun tak faham kenapa staf lain tidak menyenangi dirinya. 

Ada beberapa sebab kenapa orang Melayu tidak menyukai orang arab. Antaranya:

1) Badan mereka berbau. 
Tetapi...

Tidak semua begitu. Ada yang sedar tentang aroma badan mereka. Jadi apa yang mereka buat? Perfume la,apa lagi. hehehe...

2) Degil dan keras kepala.
Tetapi...

Ada yang ok. Contohnya Eshraga tu. Dia boleh terima kalau terangkan dengan elok.

3) Lambat pick up.
Errr yang ni agak betul juga. Eshraga sendiri cerita yang bangsa dia tidak didedahkan sangat dengan teknologi. Jadi, bab bab komputer ni dia lambat sikit. Lambat menaip dan sebagainya.

4) Berlagak.
Tetapi...

Eshraga tak macam tu!Dia baik!hehehe...Suka sangat dia terangkan pada saya kalimah-kalimah arab atau ayat-ayat yang saya kurang faham melalui email yang saya selalu dapat di pejabat.

5) Suka bermanis-manis ayat dan mereka-reka cerita.
Ada betulnya. Ini mengikut apa yang saya belajar dan apa yang saya nampak la. huhuhu...

Kesimpulannya, kita juga ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Apa kata kita masing-masing cuba terima kelemahan mereka dan akui kelemahan kita? Cuba boleh? Baru kaler- kaler hidup kita. Memandai pula saya ni...hehehehe...

Kadang-kadang kita ni suka saja mengkritik sikap dan perangai buruk orang. Tapi, ada tak kita cuba tengok sikap dan perangai buruk kita?huhuhu...Kadang-kadang sesuatu masalah datang daripada diri kita juga yang tidak boleh menerima budaya dan cara orang lain. Betul tak?

Pada mulanya saya pun bengang juga dengan kawan baik saya tu. Nak ajar dia buat sesuatu tugas memang perlu sabar banyak sebab kena tunjuk satu2. Sabar2. hehehe..Tetapi bila dia cakap kat saya tadi dia hebohkan pada kawan-kawan sebangsa dia yang saya adalah kawan Melayu dia yang bagus, saya terkedu dan terharu. She appreciates me!

Saya pun tak tahu kenapa dia suka kawan dengan saya. Agaknya sebab saya sabar melayan kerenah dia, bertukar-tukar makanan, ajar dia beberapa perkataan Melayu walaupun perkataan tu pendek-pendek saja seperti "Jom","lepas tu","kerepek","dato' dan datuk". hehehehe..Tapi memang seronok berborak dengan dia sebab saya boleh gelak kuat!hahahaha~~

Apa pun, carilah persamaan dalam perbezaan sesama kita. Mana tau sangkut. Tak pasal-pasal jadi macam magnet. hehehe..

Gelak kuat. Itulah persamaan kami berdua kot. ngehehehe~~