Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Rahsia Di Sebalik Solat Awal Waktu




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



Tuesday, May 3, 2011

Tazkirah: MUST READ: She does not know who I am ... But I know well who she is.


 لا تعرف من أنا ... ولكنني أعرف جيدا من هي

ذات صباح مشحون بالعمل في غرفة الطوارئ بالمستشفى وفي حوالي الساعة الثامنة والنصف ،دخل عليَّ رجلاً يناهز الخامسه والستين من العمر لإزالة بعض الغرز من يده، 
.وذكرأنه في عجلة من أمره لأن لديه موعد في التاسعة.
 
طلبت منه أن يجلس على الكرسي المخصص لإجراء الغيار على الجروح ًوتحدثت قليلا 
وأنا أزيل الغرز وأهتم بجرحه  
سألته عن طبيعة موعده ولما هو في عجلة من أمره ، 
أجاب : كل صباح أذهب لدار الرعاية لتناول الإفطار مع أمي . 
فسألته هل أمه ماتزال حية وما هو سبب دخول والدته لدار الرعاية ؟ 
        فأجابني نعم عمرها خمس وثمانون عاماً وبأنها هناك منذ فترة لأنها مصابة بمرض
الزهايمر( ضعف الذاكرة( 
وبينما كنا نتحدث انتهيت من التغيير على جرحه 

وسألته : وهل ستقلق أمك لو تأخرت عن الميعاد قليلا ؟!! 
  
فأجاب : إنها لم تعد تعرف من أنا ، إنها لا تستطيع التعرّف علي منذ خمس سنوات مضت. 
  
 قلت مندهشاً : ولا زلت تذهب لتناول الإفطار معها كل صباح على الرغم من أنها لا تعرف من أنت ؟ 
:ابتسم الرجل وهو يضغط على يدي وقال  
يا بني هي لا تعرف من أنا ، ولكني أنا أعرف من هي ..  
:اضطررت لإخفاء دموعي حتى رحيله وقلت لنفسي  
' هذا هو نوع الحب الطاهرلوالدينا وأهلنا الذي نريده فى حياتنا ' 
  
نريد أن يحبنا من حولنا هكذا.. والدينا ، إخواننا ، أصدقاؤنا و أهلنا و أبناؤنا 
نعم. 


She does not know who I am ... But I know well who she is.
  
I was charged to work one morning in the emergency room at the hospital at about eight o'clock and a half when there is a man of about sixty years of age to remove some stitches from his hand, and invoking in a hurry because he has an appointment at nine o’clock.

I asked him to sit on the chair to change parts on his wound and I talked a little bit while removing the stitches and care his wound.

I asked him about the nature of his appointment that makes him in a hurry.

He replied: “Every morning I go to the hospital for breakfast with my mother.”

I asked him whether his mother is still alive and what is the reason his mother was hospitalized?

He answered his mother is still alive. Her age is eighty five years old and has been there for a period of time because she suffered from the Alzheimer's (dementia) disease.

While we were talking I finished changing on the wound, I asked him: "Did your mother would be worried if the promised will be delayed a bit?"
  
He replied: She does no longer know who I am and could not identify me since five years ago. 

I was surprised: “Do you still go for breakfast with her every morning, although she does not
know who you are?”

The man smiled as he presses on my hands and said:

"My son, she does not know who I am, but I know who she is.."

I had to hide my tears until he left and I said to myself:

'This is the kind of pure love and our families that we want in our lives'  

If we want to be loved by people around us, love our parents, brothers, friends and families and children first. They are grace for us.
*******

Moga mendapat manfaat daripada kisah ini!Cerita asal adalah dalam Bahasa Arab tetapi saya cuba terjemahkannya ke Bahasa Inggeris. Ia merupakan tazkirah yang saya dapat dari email kat pejabat saya.

Friday, April 29, 2011

Sejenak Di Pagi Jumaat


Hujan masih lagi renyai- renyai ketika saya dalam perjalanan ke pejabat tadi. Ketika jari jemari menaip entri baru ini, saya sudah berada di pejabat. hehe..

Dari hari pertama kerja sampai ke hari ini, saya breakfast di Pelita Kandar, restoran mamak bawah Plaza Masalam ni. Anneeee....Cuma, semenjak dua menjak ni, saya asyik terpandangkan gerai kecil di seberang jalan sana. Ramai betul pelanggan makcik tu. Biasanya kalau ramai pelanggan ni, mesti menu nya sedap belaka.

Saya berseorangan makan roti bakar bersama teh o panas di Pelita Kandar tadi sambil mata asyik memandang ke arah gerai makcik tu. Dah beberapa hari saya pandang je gerai tu, jadi pemerhati. Hari ni saya mesti lunaskan juga hasrat hati saya untuk ke gerai itu. Lepas saja saya habiskan menu pagi, saya berlari-lari kecil, melintas jalan dengan berhati-hati sementelah hujan masih lagi menitis, dan tiba dengan selamat di gerai itu.

Wahhhh....Memang banyak sangat kuih muih kat situ. Lepas ni boleh la saya tukar selera saya. Tapi hari ni saya tak beli kuih, saya beli nasi lemak. Nak juga rasa nasi buatan makcik ni. Bukan melayu tetapi orang indon!

Apa pun, saya ingatkan makcik tu tidak menjalankan perniagaannya hari ni sebab ada kereta besar menghalang pemandangan saya tadi. Bila tengok makcik tu menjual ketika cuaca hujan, sayu hati saya. Cekal hati dia pagi-pagi lagi sudah buka gerai untuk mencari sesuap rezeki di saat sesetengah daripada kita masih lagi enak dibuai mimpi. Bukannya restoran tapi gerai di tepi jalan!Kalau ribut datang, gerai tu berkemungkinan besar terbang sekali. Rezeki perlu diusahakan. Dan Allah suka orang-orang yang suka berusaha. Rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Bukannya dengan hanya meminta-minta tanpa berusaha, mengerah keringat. Betul tak?

"اليد العليا خير من اليد السفلى"

"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta"

Thursday, January 6, 2011

Bangun

Sakit balik badan yang selalu lenguh-lenguh ni. Jatuh di tangga. Tergelongsor 4 anak tangga. Nasib lah. Jari jemari pun hampir kejang dibuatnya. Urat-urat jadi berselirat agaknya. Bengkak pun sama lah.

Dosa makin bertimbun agaknya. Musibah yang melanda mencetuskan sedar betapa diri lalai dan alpa. Membiarkan diri terus dalam lembah kemarahan. Syaitan tidak putus-putus mengejek, menghasut dan mencurah minyak lagi ke dalam api kemarahan.

Akhir-akhir ini, aku jadi pemarah terselindung. Marah pada diri, marah pada sesiapa yang menyakiti diri. Kadang-kadang, marah diluah pada yang tidak tahu apa-apa, kerana aku jadi buta seketika bahawa ada yang sentiasa setia mendengar dan menerima segala beban kepayahan dan kedukaan.

Kecelakaan yang menimpa hari ini, membuatkan diri bangun dari lena yang panjang, beristighfar padaNya, mengaku bahawa iman makin dimamah si tanduk sengketa, kalah pada usaha-usaha ia. Astaghfirullahal'azim...

Terima kasih Allah...

Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?