Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Tutorial : Cara Untuk Enable Task Manager

Assalamualaikum...Salam ceria dan senyum-senyum selalu...;)

Pertama kali buat tutorial ni..hehehe..Aku bukannya pakar IT. Cuma sekadar berkongsi masalah yang telah aku alami  bulan lepas. Notebook jam, jadi slow, keluar notification yang pelik-pelik. Mulanya, aku ignore, tapi bila dah lama sangat, masalah jiwang notebook ni merimaskan aku. Nak hantar kat kedai, banyak duit kena pakai. Untuk jimat, aku terpaksa cari solution sendiri. Google google google. Cari dalam internet. hihihi..

Simptom tidak sihat pada notebook aku adalah "Task Manager has been disabled by your administrator". Dulu pernah juga jadi macam ni tapi entah macam mana aku buat, dia jadi ok balik. Cuma kali ni macam makin susah nak selesaikan. Susah la bagi orang macam aku tapi bagi pakar-pakar di luar sana, ini masalah kacang sahaja. Kunyah-kunyah kacang, lepas tu telan..hehehehe...

Cari punya cari dan beberapa kali mencuba, akhirnya aku terjumpa satu website ni. Dia bagi 4 cara untuk selesaikan masalah Task Manager yang tidak dapat dibuka. Website nye dalam English tapi aku cuba juga terjemahkan dalam bahasa yang aku faham dengan cara aku sendiri dan korang pun boleh faham. hihihihi..

Cara untuk enable dan re-open Task Manager

Cara Pertama:

Klik Start > Run, kemudian copy registry kat bawah ni dan paste kan pada kotak Run tu.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f

Cara kedua:

Download dan guna REG ni, kemudian buat double-click (yang ni aku tak tak faham..hahaha...)

Cara ketiga:

Klik Start > Run, kemudian taip Regedit.exe

Lepas tu, cari key ni HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System

Bila dah jumpa, tengok ke tetingkap sebelah kanan, kemudian delete Disabled Task Manager.

Tutup Regedit.exe

Cara keempat: Menggunakan Group Policy Editor- Untuk Windows XP Professional.

Klik Start > Run, kemudian taip gpedit.msc dan klik OK.

Cari folder ni User Configuration / Administrative Templates / System / Ctrl+Alt+Delete Options / Remove Task Manager.

Double-Click pada Remove Task Manager.

Set polisi tersebut sebagai Not Configured.

*********

Cuba la salah satu cara tersebut. Aku guna cara pertama, alhamdulillah boleh buka balik Task Manager bila tekan Ctrl+Alt+Del. Aku cuba jugak guna cara ketiga tapi sampai sekarang tak boleh. Memang tetingkapnya tak boleh buka. Keluar notification lain pulak. "Registry editing has been disabled by your administrator". Tak paham betul lah aku. 

Kemungkinan virus ada lagi atau ada pape yang aku terdelete. Aku dah scan virus pakai DrWebCureIt, tak ada virus dikesan. Nak guna HijackThis pun bukannya pakar. Setakat scan tu boleh la..kuang kuang kuang..Cuma sekarang notebook dah lancar sikit lepas aku uninstall Avira, then aku install Avast. So far, masih bertahan dan prestasinya lagi baik daripada sebelum ni. hihihihi..

Mungkin lepas ni aku nak kongsi lak pasal DrWebCureIt. Tengok lah macam mana. Best gak perisian ni, yang paling penting sebab ianya percuma!hehehehe.....

Ada sesiapa lagi tahu cara lain tak untuk kesan kegiatan virus dalam notebook selain format?? Format-format aku tak gemar. hehehe....Dan juga masalah cara ketiga tu, korang tahu?

Kongsi-kongsi lah sikit...huhuhu...

Saturday, May 8, 2010

KELAB BLOGGER: Cara Mudah Tingkatkan Traffik Melalui Facebook!

Traffik traffik traffik. Untuk meningkatkan traffik, macam-macam cara boleh dilakukan. Terpulang pada diri sendiri untuk lakukannya atau tidak. Aku tabik sungguh-sungguh abg Ben Ashaari yang tidak putus-putus berusaha untuk menaikkan traffik dan mutu serta kualiti blog. Bukan dilakukan untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja, bahkan untuk blogger-blogger lain juga!

Sekarang cara paling mudah untuk kita naikkan traffik blog di facebook adalah KELAB BLOGGER. Log in facebook korang, search for KELAB BLOGGER, kemudian join je la. Tak pun, klik je link yang aku dah letak tu. Kat sana, korang boleh attach link entri-entri korang. Promote la sehabis promote, abg Ben tak marah pun. Lagi suka ada la meramaikan dan mengembangkan KELAB BLOGGER itu. ahaks!

Aku quote sikit kata-kata abg Ben untuk bagi semangat kat korang:
"Kalau korang update blog dan kemudiannya update di KELAB BLOGGER , sapa yang untung ? Ini adalah alternatif selain di GENGBLOGGER ...kena ingat , yang masuk GB majoriti adalah blogger sendiri ..

Jika di KELAB BLOGGER , mereka akan jadi silent reader untuk para blogger ... Jadi skarang , terpulang pada korang nak bersatu atau tidak ... bukan susah pun ... invite je diorng ..

KELAB PEMINAT NOVEL dah mencecah 20 ribu , takkan KELAB BLOGGER khas buat blogger hanya ribu jer ?

Nganga lagi ???? Jangan kata aku tak kongsi idea .. dah kongsi dan sekarang terpulang pada korang sendiri .. INVITE KELAB BLOGGER ..."
Jadi, apa korang tunggu lagi? Aku dah pun join KELAB BLOGGER tu. Kepada sesiapa yang belum laksanakannya lagi, marilah sama-sama kita memajukan KELAB BLOGGER tersebut! Invite kawan-kawan korang yang beratus-ratus atau ribuan tu untuk memekarkannya lagi. Ayuh blogger semua!