Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Kesihatan | Fistula In Ano atau Anal Fistula | Kronologi Fistula In Ano


Saya percaya tidak ramai yang tahu tentang penyakit FISTULA IN ANO (FIA) serta tidak berapa didedahkan dengan penyakit ini. Dan ramai pembaca di luar sana sukar untuk menemui artikel tentang FIA dalam Bahasa Melayu. Rata-rata jika ditaip di google mesti akan keluar artikel FIA dalam Bahasa Inggeris. Bukan senang untuk memahami secara detail artikel dalam Bahasa Inggeris tentang sesuatu penyakit memandangkan istilah yang digunakan adalah istilah perubatan. Orang-orang biasa macam kita ini memerlukan penjelasan secara umum dan senang untuk difahami. Atas alasan begini lah saya mula menaip dan berkongsi sedikit sebanyak tentang FIA dalam Bahasa Melayu pada tahun 2010 berpandukan artikel yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, pengalaman saya dan juga penerangan daripada doktor sendiri. 

Entri pertama saya mengenai FIA boleh dibaca di SINI. Jika sudi, kalian boleh baca dahulu untuk mendapat gambaran sedikit mengenai FIA.

Susulan daripada entri tersebut saya menerima beberapa komen dan maklumbalas daripada beberapa orang pesakit FIA. Alamak, gaya macam doktor la pula saya ni!hahaha. 

Makluman, saya bukan lah seorang doktor tetapi saya juga merupakan pesakit FIA. Memang pada awalnya saya rasa malu untuk berkongsi tentang FIA ni tapi bila fikir balik ada yang senasib dengan saya di luar sana, ada baiknya saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan pengalaman saya sepanjang FIA menghantui hidup saya sebagai pelajar dahulu. 

Antara komen-komen yang saya dapat ialah:-


Sebelum saya disahkan menghidapi FIA, memang ada doktor yang tersalah diagnosis mengatakan ianya buasir atau hemorrhoids. Bahaya bila salah diagnosis ni, dapat ubat pun ubat yang salah. Masa belajar dulu, doktor di klinik UIA bagi saya ubat sapu untuk surutkan bengkak tapi ubat sapu tu menyebabkan bengkak tu meletup dan menggalakkan lagi pengeluaran nanah dari dalam saluran anal.

Di sini saya mahu berkongsi kronologi derita sakit FIA saya sebelum membuat pembedahan.

1- Tahun 2006-Bengkak kecil dan nanah.
Pada waktu tu, saya masih belajar di tahun kedua pengajian saya. Apakah simptom pertama pada mulanya? Setiap kali buang air besar, setiap kali itu la perianal akan membengkak. Beberapa minggu juga keadaan saya macam tu. Pedih memang tak tahu nak cakap la, sangat pedih! Di manakah perianal? Lihat pada rajah di bawah.
Treatment of Fistula-in-Ano
Sumber : google

Banyak kali saya terpaksa ponteng kelas. Klinik agak jauh dari mahallah, nak jalan pun tak terdaya sebab pedih sangat. Sekali sahaja saya ke klinik dan doktor cakap saya kena buasir kot. Sakit hati kan?Main kot2 je dia. Then doktor bagi saya ponstan dan ubat sapu untuk surut bengkak. Makanya selepas beberapa minggu menderita bengkak di perianal, akibat ubat sapu tersebut, bengkak tersebut pecah dan mengeluarkan nanah. Kesannya tersangat lah gatal dan tidak selesa. Bayangkan nanah keluar melalui dua jalan. Satu dari dalam anus dan satu lagi bahagian luarnya. Ia membentuk satu terowong dari dalam. Untuk lebih faham, sila baca dulu entri saya terdahulu mengenai FIA.

2) Awal tahun 2007-Checkup balik.
Kebetulan pada masa ini, tisu lutut saya terkoyak sedikit dan memerlukan rawatan fisioterapi di HKL. Sepanjang semester tersebut saya terpaksa berulang-alik buat rawatan seorang diri. Segan pun ada pada mulanya. Yelah, dekat klinik fisioterapi kan dipenuhi warga emas. hehehe. Ada seorang auntie Cina ni menegur saya, bertanya saya sakit apa. So cerita la sikit kat dia. And then, tahu apa dia balas? "Muda-muda sudah sakit lutut". Waaa!Tapi saya senyum je la...

Berbalik pada FIA. Ketika cuti akhir semester, saya balik kampung dan pergi ke klinik sakit puan untuk checkup balik dengan penyakit misteri itu. Doktor melakukan diagnosis dengan teliti. Saya hanya ke klinik ditemani adik bongsu yang masih kecil. Dan doktor sahkan saya ada FIA. Dia nasihatkan saya buat pembedahan kecil. Mendengarkan pembedahan sahaja sudah cukup buat hati saya seram dan takut. Saya balik rumah dan menangis semahunya. Sudah la lutut pun belum sembuh masa tu, ditambah lagi dengan FIA. Sengsara sungguh perasaan waktu tu!

3) Tahun 2009-Ubatan tradisional.
Ketika ini, pengajian saya sudah masuk tahun ketiga semester pertama. Antara tahun 2007 dan 2009, saya tidak melakukan pembedahan sebagaimana yang disarankan oleh doktor sakit puan tetapi saya mengambil jalan lain mencuba ubatan tradisional. Ibu membawa saya berjumpa tabib Cina Yunan Muslim di Kota Bharu. Dalam masa tersebut, tidak ada perubahan apa-apa dan tidak ada tanda-tanda pun FIA akan hilang selepas saya mencuba ubat tradisonal tersebut walaupun setiap hari saya pastikan 'tempat' sakit itu dikeringkan.

Saya banyak ambil MC, masih lagi terpaksa ponteng kelas akibat iritasi dan kegatalan yang terlampau. Lalu, ada sahabat yang mencadangkan saya ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN) menemui pakar sakit puan. Saya beritahu pakar tersebut yang saya ada FIA dan dia terus rujukkan saya ke pakar bedah disebabkan saya sudah mengalami chronic infection. Consultation dengan pakar sakit puan dan pakar bedah saja dah mencecah hampir RM300, belum lagi kos pembedahannya.

Lepas sahaja habis final exam, keesokan harinya saya terus dimasukkan ke wad Pusrawi pada waktu pagi dan pembedahan dilakukan pada pukul 3 petang. Pembedahan berlangsung selama setengah jam. Syukur, lepas pembedahan gatal dan pedih akibat nanah hilang sekelip mata setelah saya menahan sakit selama 2 tahun!

4) Tahun INI-Sakit berkurangan.
Luka pembedahan saya masih belum sembuh sepenuhnya. Adakalanya bleeding. Tapi syukur kesakitannya sudah berkurang berbanding keadaan saya sebelum ini.

InsyaAllah entri seterusnya saya akan cuba berkongsi penjagaan selepas pembedahan FIA dan juga rawatan susulan.

Sesiapa sahaja yang menghidapi FIA, boleh share info dengan saya di kotak komen atau hantar saja ke email saya.

Thursday, April 12, 2012

Rahsia Di Sebalik Solat Awal Waktu




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



Saturday, November 26, 2011

Atasi Kemurungan| Allah Sentiasa Memujuk Kita

Bismillahirrahmanirrahim

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?

 (Al-Ankabut : 2-3)

Apa khabar teman?

Jenguk atau belum?

Haha perasan lah saya ni! Kalau dah lama catatan di sini tidak ada, mungkin sudah ramai yang tidak bertandang atau langsung tidak ada. Yang tekan unfollow pun ada. Tak kisah la...huhu

Kadang-kadang kalau sempat, saya singgah juga blog rakan-rakan lain walaupun tidak meninggalkan sebarang komen. Itu pun curi-curi baca waktu kerja. Agak-agak dah rasa stress sangat kerja, saya cari bahan bacaan santai untuk kurangkan keletihan berfikir. Manusia ni bukan robot, takkan la 5,6 jam kerja tanpa henti kan?

Sekarang saya memang kurang sangat perasaan nak menulis. Agaknya kesembuhan tu dah banyak.

Dahulu tujuan saya menulis blog hanyalah untuk kurangkan kesedihan, keserabutan, kekacauan atau dalam erti kata lain kemurungan! Tiada siapa sedar, tiada siapa tahu malah saya sendiri tidak perasan dengan perubahan diri saya sehinggalah umur saya 25 tahun!

Kira-kira dalam bulan April 2010 saya menyedari semua tu setelah bertemu dengan seorang sahabat, kakak dan juga bekas majikan saya. Dia nasihat saya, dia bimbing saya, dia bantu saya, dia sedarkan saya bahawa saya perlu usaha untuk pulihkan hati saya yang lemah dan sakit.

Syukur...Allah hantar seorang hamba solehah buat menuntun saya ke arah yang lebih baik.

Pelbagai cara dan usaha untuk saya beri ubat pada hati saya. Terkadang ada juga saya tergelincir sedikit, namun saya cuba cepat-cepat bangun balik. Walaupun saya berada di sini dan menjalani hidup untuk lebih tabah biarpun berseorangan, saya tahu insan tersebut sentiasa menitipkan doa buat saya dari jauh nun di sana.

Kemurungan atau Depression merupakan efek kepada tekanan atau masalah. atau kemarahan yang terpendam yang membuak-buak dalam diri seseorang. Mungkin pada awalnya hanya stress biasa, tapi lama kelamaan jika ia dibiarkan terlalu lama bersarang dalam diri kita, masalah kecil boleh tumbuh menjadi lebih besar. Kemurungan akan mengakibatkan perubahan negatif terhadap diri seseorang melalui:-

1) Fizikal
- Badan sentiasa lenguh - lenguh dan cepat letih
- Selera makan mungkin berlebihan atau berkurangan
- Kadang-kadang badan mengalami kekejangan
- Sakit kepala yang berpanjangan atau lebih tepat migrain
- Sembelit

2) Mental
- Amat sensitif, merasa tiada siapa yang mampu memahami dirinya
- Mudah menangis
- Hipokrit pada diri dan individu lain. Terlebih bergelak ketawa seolah-olah dia gembira tanpa ada masalah
- Suka berkurung dalam bilik
- Sukar mempercayai orang lain
- Sentiasa memikirkan perkara yang sedih. Kadang-kadang memikirkan perkara yang tidak realistik.

Apakah cara yang boleh membantu untuk keluar daripada kemurungan?

1) Sentiasa berdoa untuk mendapat sahabat yang baik, sudi mendengar setiap luahan kita sama ada gembira atau sedih.

2) Luahkan lah kesedihan, jangan biarkan tekanan hidup menguasai diri kita.

3) Jika mahu menggunakan pendekatan psikologi, cuba baling bola (jangan baling bola sepak pula, karang habis pecah cermin. hehehe) pada dinding rumah atau mana-mana dinding yang dirasakan sesuai. Bayangkan wajah sesiapa yang kita marah atau benci atau apa-apa saja yang menimbulkan kemarahan dan lempar saja ke arah imaginasi kita. Buat berulang-ulang kali sampai kita rasa lega.

Atau

Lukis wajah yang dimarahi atau benci atas kertas, campakkan kemudian pijak-pijak kertas tersebut sampai kita rasa puas.

4) Waktu hati kita tengah marah atau sedih, baca Bismillah 50 kali dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk kerana waktu itu lah syaitan mudah sangat nak cucuk virus penghasut dia.

5) Keluar lah dari tempat yang buat kita rasa marah dan benci. Ramai yang menganggap cara seperti itu lari daripada masalah. Sebenarnya bukanlah lari daripada masalah, tapi berada berjauhan mungkin merupakan salah satu cara untuk ubatkan sakit sebegitu.

6) Lakukan aktiviti yang boleh mengecaskan balik neuron-neuron dalam otak seperti bersukan. Beriadah bersama kawan-kawan.

Setiap sakit ada penawarnya. Jika orang lain tidak boleh berubah, kita yang kena berubah. Jika kita sendiri tidak mahu usaha untuk mencari penawar, siapa lagi yang sanggup buat untuk kita. Hakikatnya, Allah sentiasa ada untuk kita, cuma kadang-kadang kita yang suka menutup hati kita dari mendekati dan yakin pada Dia dek terlalu mudah terpengaruh pada kata-kata yang tidak baik.

Bila kita sedih sebenarnya Allah lah yang selalu memujuk kita di balik helaian-helaian kitab suci Al Quran. Cuma kita saja yang degil tidak mahu mencari kalimah-kalimah pujukanNya. MasyaAllah.

Maka, ingatlah kita pada Allah setiap masa!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

(Ali Imraan : 139)

Friday, July 29, 2011

Jarum...Grrrrrr

Menunggu giliran
Hidup memang penuh dengan dugaan. Baru saja duduk dalam zon selesa, ada saja zon bahaya di depan atau zon hati-hati kemudiannya. Bak kata Adik Atiqah:-

"Kita ni banyak betul ujian kan? Tapi...itu tandanya Allah sayang kita..."

Sakit itu nikmat. Nikmat bila kita sabar dengan ujian kesakitan. Nikmat bila kita ingat pahala yang akan kita peroleh jika sabar dengan sakit. Selama lima hari demam, ditambah lagi dengan migrain memang betul-betul menguji kesabaran saya.
Meh ambik ubat meh!
Alhamdulillah hari ini Allah telah bagi saya kekuatan dan kesembuhan untuk datang bekerja. 2 hari lepas saya MC. MC sehari dari DEMC, Shah Alam dan sehari lagi dari Klinik Noridah kat Pusat Komersial Sek 7. Blood test dibuat 2 hari lepas di DEMC Shah Alam, namun syukur tidak ada apa-apa. Saya sebenarnya agak berat untuk buat blood test masa tu sebab urat pada lengan saya susah nampak, membuatkan doktor atau pembantu perubatan sukar mengambil darah saya, sekaligus rasa sakit terbayang-bayang di ruang minda.

Bayangan minda ternyata betul apabila pembantu perubatan cuba mengambil darah dari bahagian tengah lengan saya. Pada mulanya dia cuba ambil dari lengan kanan, tapi tidak berjaya. Tekan-tekan tak jumpa juga urat. Disuruhnya saya hulurkan lengan kiri pula. Saya ikut je sebab saya dah banyak kali buat blood test sebelum ini. Malangnya jarum yang telah dimasukkan ke dalam isi, dipusing-pusing banyak kali, keluar masuk banyak kali, tapi darahnya tidak dapat ditarik keluar ke dalam picagari. Sakit tahu? Lagi sakit (yang ni sakit  yang nak hangin tapi ditahan) bila dia tanya:-

"Sakit ke? Kalau sakit bagitahu"

Dah namanya jarum cucuk ke dalam isi, memang la sakit. Tak perlu ditanya, saya bukannya budak kecik. Dulu pernah juga kena macam ni, lagi teruk, banyak tempat dicuba jururawat untuk ambil darah. Nasib baik yang ini tak lama. Tapi memang tahan sakit la jawabnya. Sabar sabar.

Tunggu keputusan blood test dalam 15 minit, kemudian saya dipanggil doktor lagi. Syukur keputusannya melegakan hati. Doktor bimbang saya terkena denggi. hehehe. Bila sampai masa untuk bayar ubat-ubat dan lain-lain caj di farmasi, dapat pula gelaran 'puan' oleh staf kat kaunter. Adoiii, sadis betul!

"Puan Fatini ye? Bayaran semua sekali RM 83.90" (balas dengan senyuman tak ikhlas walaupun dalam hati panas. grrrr)
 Oh ubat ubatan!


Perggghh, melayang gitu je duit. Tak mengapa, boleh claim dengan Mediu. ngehehehe~

Apa pun, kesabaran di mana-mana sahaja boleh teruji tidak kira tempat atau masa. Yang penting kita mesti selalu ingat, sabar itu pasti membuahkan hasil yang tidak ternilai. Allah kan suka orang-orang yang sabar. Tak gitu? InsyaAllah kesabaran kita akan dihitung walaupun hanya sebesar zarah sekalipun.

إن الله مع الصابرين

********

Peringatan: Pembahagian juzuk untuk tadarus telah siap. InsyaAllah saya up kan entri selanjutnya untuk Ramadan Kareem: Mari Bertadarus. Saya juga akan emailkan pada setiap peserta juzuk masing-masing yang akan dibaca pada bulan Ramadan nanti.

Friday, January 14, 2011

Update Pantas: Masih Bertahan

Buat pertama kalinya rasa teramat penat. Aku tak pernah sambung kerja-kerja pejabat di rumah, Tapi kali ini terpaksa mengerah otak dan tenaga dalaman untuk menyelesaikan akaun sekolah. Orang yang tidak profesional buat akaun macam aku ni, memang rasa seksa dan derita dengan tambah tolak, darab bahagi segala nombor, debit kredit...aduhhhh....sungguh penat otak den!

Bila mau rehat? Tak mboh kerja boleh tak? lalalalala~~

Badan jadi makin lesu akibat pendarahan. Hari ni ok sikit. Hari-hari selepas ni tak tahu la..
Masih lagi bertahan.

[Update pendek pun jadi lah, asalkan aku dapat menulis sudah..huhuhu]

Saturday, September 25, 2010

Nenek..Aku Mahu Melihat Senyumanmu Lagi...

Nenek yang tak pernah duduk diam. The only grandmother we have until now.

Nenek bukanlah orang yang paling rapat dengan aku dan adik beradik. Tapi nenek tetap darah daging kami. Bonda kepada bonda kami.

Nenek yang paling rapat dengan kami adalah nenek belah abah. Arwah yang jaga kami semenjak kami masih bertatih dan mahu mengenal dunia. Pemergiannya memberi satu kesan yang hebat buat kami sekeluarga. Sampai ke hari ini, masih terasa kehadirannya. Kenangannya bersama kami tetap subur di ingatan.

Hikmah yang Allah beri, kami masih lagi punya seorang nenek belah ma walaupun dia tidak menatang kami bagai minyak yang penuh. Peluang yang Allah masih beri untuk kami bermanja dan merasa kasih sayang seorang nenek.

Tetapi sekarang nenek sedang sakit tenat. Minggu lepas lagi aku mendapat perkhabaran nenek jatuh sakit. Dia dimasukkan ke dalam wad. Sangka ma, nenek masuk wad disebabkan penyakit tibinya. Sebaliknya, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan nenek terlampau penat dan tidak bertenaga.


Ma tahu nenek sedang risau memikirkan masalah rumahtangga makcik aku. Terlalu stress sampai memakan diri sendiri. Kasih ibu sampai ke mati bukan? Ikatannya takkan putus sampai bila-bila walaupun anak-anak masing-masing sudah berumahtangga.


Minggu lepas aku tak dapat menziarahi nenek kerana terpaksa menjaga adik aku di rumah. Baru semalam dapat menatap wajah tua nenek. Lepas arwah nenek belah abah tidak ada, kami adik beradik mula rapat dengan nenek. Kami adik beradik agak gila-gila. Nenek kami pernah ajar bagaimana untuk mengucapkan i love you, bagaimana buat melakukan flying kiss. Semua tu diajar untuk diaplikasikan terhadap kami. Dengan cucu-cucu lain dia tak pernah buat sebegitu. Dengan kami sahaja.


Nenek orangnya agak kelakar, kalau bercerita penuh dengan gaya. Kaki tangan semua gerak. Bila dia datang rumah kami, dia takkan duduk diam walaupun dia demam. Dia akan mengemas, basuh pinggan mangkuk dan merumput walaupun dah berkali kami melarangnya daripada buat kerja itu ini. Dulu s
ekeliling rumah aku memang banyak rumput tapi sekarang dah tak ada lepas renovate rumah tahun lepas. Satu anugerah yang kami dapat daripada dia lepas nenek belah abah meninggal iaitu ciuman walaupun kami semua sudah dewasa. Dan kami juga belajar mengucup pipi serta memeluk diriya setiap kali bersalaman.

Namun sekarang, nenek sedang bertarung dengan kesakitan yang amat. Cerita, tutur bicara, senyuman dan telatahnya tidak dapat ku lihat lagi. Walaupun begitu, aku masih berharap dapat melihat semua itu lagi.

Belas hati ni memandang keadaan dirinya semalam. Dengan badannya yang lemah dan kurus, lagi membuatkan hati ni mengasihani dirinya. Sejak nenek sakit hari tu, tak putus aku panjatkan doa buatnya. Tiap-tiap hari aku doakan kesihatan dirinya. Ayat-ayat quran yang aku baca, aku niat untuk dihadiahkan buatnya. Makcik-makcik dan sepupu-sepupu aku juga jiran-jiran sudah mula membacakan Yasin untuknya.

Aku sayang nenek. Kami adik beradik panggil dia mok. Panggilan yang juga kami gunakan pada arwah nenek belah abah dulu. Walaupun berbeza sikap, dia tetap menzahirkan kasih sayangnya melalui caranya yang tersendiri terhadap kami adik beradik. Sahabat-sahabatku, tolong doakan nenek aku Jeriah bt Sa'amah agar dia kembali sihat. Aku ingin melihat senyumannya sekali lagi.

*******

Setitip rasa: Sesungguhnya sakit dan sihat itu datang daripada Allah sebagai ujian kasih sayang terhadap setiap hambaNya.


Monday, September 6, 2010

Air Madu Sebagai Rawatan Tradisional Untuk Pesakit Asma


Begitu pantas masa berlalu. 3 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Ramadhan kali ini terasa lain sekali. Ada yang aku tak mampu buat sebelum ini, alhamdulillah berjaya juga. Tidak kurang juga apa yang aku mampu buat bertukar jadi tak mampu. Ikut hati nampak. emm...

Sudah 2 hari aku kena asma balik. Memang semalam tidur tak lena, pukul 2 lebih aku terjaga. Sudah agak lama aku tidak diserang asma begini. Semalam kemas rumah sakan. Kena habuk dan debu. Tak sangka pula sampai kena asma. Padahal aku dah tutup hidung dan mulut. Nasib badan, cik asma terkedek-kedek juga melancarkan perang semput.

Aku memang mengidap asma sejak dari kecil lagi. Menurut cerita ma aku, pada mulanya(time baby) aku mengidap paru-paru berair. Bertitik tolak daripada situ lah aku kena asma. Dari baby ke sekolah rendah sampai ke sekolah menengah aku diserang asma yang teruk.

Ulang alik ke klinik dari dulu lagi memang sudah jadi kebiasaan. Ubat asma, batuk, cair kahak, inhaler. Sampai sekarang aku agak cuak tengok semua tu. Masa umur aku 15 tahun, antara ingat dan tidak, abah aku pergi cari air penawar untuk aku. Selepas aku amalkan meminum air penawar tersebut, asma aku seolah-olah sudah hilang. Tidak seteruk yang dulu. Semput-semput sedikit je. Semua dengan izinNya.

Akan tetapi, dengan kehendakNya juga asma kembali menjengah. Waktu aku terjaga pukul 2 lebih semalam, sesak nafas sangat. Batuk. Dulu arwah nenek jaga aku kalau dia tahu aku sakit. Rindu tiba-tiba pada arwah. Arwah adalah orang pertama yang akan tanya tentang kesihatan aku. huuu..

Al-Fatihah..

Sesiapa yang ada asma, boleh la cuba amalkan minum madu dengan air suam 3 gelas sehari. Sekali minum satu sudu besar atau lebih. Guna sudu plastik, jangan sudu besi. Kacau arah lawan jam. Kalau nak lebih berkesan, simpan air suam yang telah dicampur dengan madu itu semalaman, kemudian minum pada esok hari sebelum gosok gigi. Ok, bunyi macam menggelikan sebab tak gosok gigi. hehe. Tetapi kebaikannya ia berfungsi untuk mencairkan kahak. InsyaAllah sepanjang waktu pagi tu, kahak akan keluar sedikit sebanyak.

Sebelum minum air madu, selawat ke atas Nabi SAW dan niat agar sakit kita disembuhkan. Jangan biarkan semput berlarutan baru nak mula minum sebab kesan dia lambat sikit. Seeloknya pada awal-awal simptom asma sudah timbul.

Sebagaimana yang kita telah ketahui, lendir pekat dalam saluran pernafasan akan menyebabkan kesukaran bernafas. Dengan batuk, kita cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan daripada lendir. Mengikut kata doktor waktu aku remaja dulu, asma akan berkurangan bila umur kita meningkat. Ada benarnya juga. Dulu-dulu memang asma aku lagi teruk. Rasa macam nak mati. Sakit sangat dada.

Kenalpasti faktor-faktor apakah yang menyebabkan anda alah padanya. Sesetengah pesakit asma ada yang alah pada makanan sejuk atau angin kipas atau debu. Dulu waktu aku dalam lingkaran asma yang paling teruk, aku alah pada ikan bilis, rambutan dan bulu kucing. Baru refresh balik ni ingatan sementelah aku diserang asma ketika ini. Semput!

Bila ada keturunan asma ni, tak semestinya yang lain-lain akan mengidap dalam bentuk lelah ni. Kadang-kadang ada juga kena dalam bentuk alergik. Dan adik aku adalah salah seorang daripadanya. Kalau luka sikit, cepat bernanah jika dibiar. Budak-budak biasalah, kena ingatkan selalu tentang kebersihan. Ma aku beli produk Elken untuk dia. Pagi-pagi lagi dia akan makan Dr.Xeniji(campuran buah-buahan) dan Kington(air garam laut asli). Dr.Xeniji macam antibitiotik dan antibodi untuk adik aku. Luka dan nanah dia cepat kering kalau dia makan benda tu.

Apa-apa pun, hanya Dia yang menyembuhkan segala penyakit. Kita hendaklah berusaha untuk mencari penawar. Kalau tidak ada kesabaran, kita pasti berputus asa dengan kesakitan yang Allah beri. Walhal sakit itu merupakan salah satu ujian kasih sayangNya. Aku bukan saja mengidap penyakit asma, malah ada lagi penyakit-penyakit yang mengiringi. Semangat dan sokongan teman-teman lah yang buat aku terus memahat kesabaran. InsyaAllah...

******
Nak siapkan satu entri pun semput jugak!huhuhu....

Friday, August 20, 2010

Khalifah Allah Kena Kuat


Cuaca sekarang makin tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Maka, ia mengundang individu untuk sakit tekak, demam, sakit kepala, selsema dan sebagainya. Dugaan di bulan puasa. Kalau tak terdaya dan uzur syar'i, kita diharuskan berbuka puasa jika ia boleh memudaratkan kesihatan.

Hari ni, adik aku juga demam. Patut la masuk bilik aku, naik atas katil, kemudian menyelimutkan dirinya. Mula-mula aku tak rasa apa-apa, sementelah petang-petang ni hujan lebat. Aku tengok matanya asyik mengerdip, barulah aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada dia.

"Adik demam ke?"

Dia mengangguk lemah. Dia rapat sangat dengan aku daripada umur berapa bulan lagi, jadi aku cepat menghidu sesuatu yang tidak kena pada dirinya, hatta percakapannya pun sama ada tipu atau tidak.

Aku peluk dia, usap-usap kepalanya sambil aku berkata:

"Takpe, adik demam, adik puasa, adik sabar, adik dapat pahala banyak. Khalifah Allah kena kuat. Allah sayang orang sakit"

Kemudian, aku basahkan tuala kecil, letak atas dahi dia. Aku bacakan Al-Fatihah dan hembuskan ke arahnya sebagai ganti ubat. Tidur terus dia. Allahu yashfika akhil habib.

Setakat ni baru sehari adik aku tinggal puasa.Walaupun dia demam hari ni, dia tak tinggal puasa. Terharu aku tengok semangat dia.

Aku harap Allah berikan kehidupan dan kesihatan terbaik buat adik-adik aku. Janganlah mereka rasa apa yang telah aku rasa. Moga mereka sentiasa tersenyum dan gembira.
.

Wednesday, August 4, 2010

Omongan Patik

Gambar tidak ada kaitan dengan entri ini tapi aku suka sebab ia punya simbolik di sebaliknya. Terpulang pada persepsi masing-masing..=)

Libang libu sungguh perasaan sejak dari pagi sampai lah petang. Pagi-pagi lagi terdengar gema-gema yang tidak mengenakkan, menggetarkan hati. Aku cuba buat tak tahu. Jam 7.10 pagi aku iron baju, kemudian mengisi air tapis dalam botol besar bercorak batik coklat yang boleh memuatkan 1500 ml air. Cewah!Ada corak gitu!ahaks!

Aku kalau tak minum air lebih daripada 1 liter, memang haus dan kering tekak. Masa belajar dulu, tak serajin sekarang minum air masak. Tapi sejak aku sudah bekerja ni, duduk kejap je mesti nak minum air, nak nak kalau tengok botol cantik, nampak jernihnya air. Penting juga fizikal botol cantik dan berwarna-warni ni, secara psikologinya kita terasa nak minum lagi dan lagi..hehehe..

Kenapa air masak atau dalam erti kata lain air putih? Nak cantik, nak sihat, nak bertenaga, sila lah minum air putih sebanyak mungkin! Aku memang jarang minum ais sebab ia akan mengundang rasa letih dan kembung perut! Sementelah lagi aku ni kurang imun, mudah sakit. Kalau dah kena selsema tu, agak lama nak sembuh.

Uiks, melarat la pula aku cerita pasal air putih. hehe..Lagipun, setiap orang mesti tahu kebaikan minum air putih. Asalnya nak cerita tentang kegundahan hati. Ewah ewah, dah pandai guna perkataan gundah pula. haha..

Kasihan anak-anak murid hari ni, asyik kena marah je. Mana tak marah, dalam kelas main-main, mulut bergerak laju, tapi tangan kaku. Suruh cakap kat depan, semua membatu. Cikgu pun dah naik minyak, maka hujung belakang rambut budak-budak itu pun ditarik. Degil! Nasib baik 2, 3 orang je macam tu, kalau separuh kelas mahu kena darah tinggi aku! Beberapa daripada mereka ada yang tak hantar latihan. Risaunya budak-budak ni, dah la peperiksaan ada lagi bulan Ogos.

Masuk je pejabat, aku sambung lagi kerja-kerja perkeranian yang masih berbaki. Otak kata buat kerja buat kerja! Padahal hati aku serabut tak boleh nak kata. Sampai ke pukul 2.30 aku tahan, last-last keluar juga sikit airmata. Tapi aku masih lagi tak faham kenapa hati aku serabut sangat hari ni. Cuma bila dah balik kerja, sampai rumah, makan, tengok TV dalam 15 minit, kemudian aku mengadap blog. Tapi sekarang baru jari jemari menekan pantas papan kekunci untuk melepaskan sedikit beban dalam jiwa.

*******

Seronok juga petang tadi Sir belanja 'colek' buah (padahal aku yang mintak!ngee~). Lepas asar jalan jalan ke pasar malam. Kenyang!

Mata dah gatal-gatal balik. Kena tidur awal. ZzzzzZZzzzzzzzzz.....


Monday, August 2, 2010

Buah Goji Yang Berkualiti Dari Cina

Kebelakangan ini agak penat. Tidur pun rasa tak cukup. Tangan dan kaki bekerja tapi badan dan otak rasa letih sangat. Sebentar lagi patik pasti beradu. Aku nak kongsi juga penemuan baru aku hari ni. Lepas waktu zohor tadi, aku ke farmasi. Cari barang sikit. Lepas saja selesai membuat pembayaran di kaunter, aku terpandang satu botol ubat sederhana besar dekat kaunter. Rasa ingin tahu membuak-buak sebab aku tak pernah tengok jenis ubat tu.

Lalu, aku tanya cashier tersebut. Dia kata itu buah goji. Buah goji ni asalnya dari Cina. Sesuai untuk mengubati kerabunan, asma, tenaga dan lain-lain. Harga sebotol enam ringgit lebih kalau tak silap aku. Botol sederhana besar. Lepas aku balik dari farmasi, aku terus cari maklumat tentang buah goji ni dalam google. Jom kita baca dari mana asal usul buah goji ni dan apa khasiatnya!


Daerah Zhongning Negeri Ningxia di negara China, mengeluarkan Goji yang berkualiti terbaik ( juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini di kenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka juga percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Legenda Kerajaan Ningxia

Lebih kurang 3000 tahun dahulu, ketika Raja Negara Ningxia pergi berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda berasa hairan dan bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi?

Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!". Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab:

"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan Goji. Semenjak hari itu, mengamalkan Goji untuk hidup panjang usia telah menjadi sebagai satu tradisi penduduk di kawasan itu.

Ningxia mempunyai tanah beralkali yang luar biasa (pH 8.2 - 8.6) dan suhu melampau yang berjulat dari 102 F - 16 F ( 38 darjah C hingga -27 darjah C ). Ini mungkin merupakan keadaan yang tidak sesuai untuk anda tetapi ia bagaikan syurga bagi pokok goji, bagi memastikan mutu yang terbaik.

Berry goji Ningxia merupakan suatu kenikmatan. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, biji yang sedikit, rasa yang manis serta tekstur yang berair.

Masyarakat Ningxia begitu menggilai berry goji yang tumbuh secara liar di lereng-lereng bukit. Berry goji juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun.

Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia

Goji Ningxia mengandungi:

1) 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
2) 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
3) 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
4) Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot).
5) Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada.
6) Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
7) Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
8) Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
9) Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
10) Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
11) Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
12) Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
13) Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
14) Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
15) Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular.

Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!


******
note: Ciptaan Allah itu tidak ada satu pun yang sia-sia..Subhanallah..

Thursday, July 29, 2010

20 Secrets of Happiness


How do you describe happiness? We wish to be happy forever but it never happen right? It is life. The reality of life in this world. Our soul always search for happiness. We may try these 20 Secrets of Happiness if you feel you are not happy. If you choose to be happy, then work and run for it.

1) Return everything you borrow.

2) Stop blaming other people.

3) Live within your means and within your seams.

4) Be humble.

5) Listen more; talk less.

6) Every day, do something nice and try not to get caught.

7) Strive for excellence, not perfection.

8) Be on time.

9) Don't criticize anyone for 24 hours.

10) Be kind to other people.

11) Be even kinder to unkind people.

12) Take time to be alone.

13) Admit it when you make a mistake.

14) Understand and accept that life isn't always fair.

15) Let someone cut ahead of you in line.

16) Don't argue.

17) Know when to say something.

18) Know when to keep your mouth shut.

19) Don't make excuses.

20) Don't sweat the small stuff.


However..........

An eternal happiness is Allah. His Love. His Mercy. His Paradise.

Saturday, July 10, 2010

Semangat Pinjaman-TERIMA KASIH


Pretending to be cool. Always. Bila setiapkali bayangan mereka timbul. Bila elektrik dalam tubuh badan aku meletup. Baru tadi je meletup.

Macam-macam aku cuba buat untuk hilangkannya. Tak boleh hilang, kurang ke sikit. Kurang sikit sakit kepala ni. Apa yang telah aku buat tadi untuk kurangkan stress seperti berikut:

1) Baca Ma'thurat. Masih lagi sedang mencuba untuk istiqomah
2) Baca Al-Quran. Aku akan cuba baca juga tiap-tiap hari walaupun sedikit.
3) Melukis dan mewarna. Aktiviti baru yang aku sedang berjinak-jinak.
4) Lontar bola ping pong ke dinding. Aku bayangkan wajah-wajah yang suka sakitkan hati aku.
5) Menangis. Airmata pasti mengalir setiapkali hati aku disakiti.

Tetapi......

Hari ni kelima-lima cara tersebut langsung tidak mengurangkan sedikitpun kepedihan hati aku. Cuma aku tidak akan berputus asa mencari jalan untuk keluar dari semua ini. Aku perlukan semangat dan sokongan.

Seseorang telah meminjamkan sedikit semangatnya pada aku. Setidak-tidaknya neuron aku kembali berfungsi secara rasional. TERIMA KASIH. Walaupun kamu tidak tengok blog daku ini, aku ingin memberi penghargaan TERIMA KASIH di sini. Kerana betapa pentingnya semangat yang telah kamu pinjamkan sedikit pada aku. It makes me feel better than 4 hours ago.

Thursday, July 1, 2010

Why Inner Child?Why You Keep Haunting Me?


"I love you, I care about you and I accept you just the way you are"
"I am so proud of you and all that you are"
"I am so happy you are my child"
"You are so beautiful and attractive"
"You are so bright and talented"
"You are so artistic and creative"
"You are such a good worker"
"I am sorry I hurt you"
"I am sorry I neglected you"
"I am sorry I forgot you"
"I am sorry I ignored you"
"I am sorry I took you for granted"
"I am sorry I made you grow up so fast"
"I am sorry I had to rely on you so much"
"You can trust me to take care of you"
"You can trust me to be there for you"
"You can trust me to protect you from any hurt or pain"
"I will get help for myself and for the family"
"We will work at getting healthy together"
"We will have healthy fun and play together"

******

My "inner child" keeps telling me that i am really need those words. Why "inner child"? Why 'you' just occur right now? Why not before? Now, I have to fulfill all 'your' wishes "inner child". I have to struggle to heal 'you' before you hiding somewhere and getting worse day by day. It is hard for me "inner child" but I cannot lose my hope because of 'you'. I cannot let 'you' from conquering and haunting me to achieve all my dreams and ambitions.

I will be strong. Keep strong!