Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Friday, October 22, 2010

The Lion Story~Pop Genre

Sila klik pada gambar untuk melihat kecomelan mereka dengan lebih jelas.hehe.

Mula-mula aku jumpa video clip The Lion Story ni dari youtube, aku ingatkan lagu tema cerita kartun ke apa. Comel je. haha. 

Sebenarnya The Lion Story ni merupakan salah satu band Melayu yang sedang meningkat naik di Singapura. Sebaik saja mereka dipilih oleh Don Rachmond yang merupakan music producer untuk The Apprenticeship Programme, diadakan oleh NOISE Singapore pada tahun 2008, Hafiz (Guitar), Khair (Drums) dan Amin (Bass and Vocals) bersepakat untuk menubuhkan The Lion Story.

Pertama kali membuat persembahan di The Esplanade Outdoor Theatre, band ini memperkenalkan 'The Lion Story EP" (aku tak faham EP tu apa, haha) dan mendapat penerimaan yang positif dari pemuzik-pemuzik profesional seperti Kevin Mathews (Power of Pop) dan Christopher Toh (TODAY). Antara lagu-lagu terawal yang telah dihasilkan oleh The Lion Story ni ialah 'Something's Going On (Feat. Don Richmond)', 'Fill You In', 'Segala Yang Kau Impikan' dan 'Kucing Kemari'.

Album terbaru mereka adalah Quadro Qollabo yang menampilkan lagu-lagu inggeris dan Melayu seperti:-



1)The Lion Story feat Eddie Sim - Cellofornia City

2)The Lion Story feat Mark Bonafide - The Proposal Song

3)The Lion Story feat The Sallys - Sally The Lion

4)The Lion Story feat Zahidah - Lagu Teman


Lagu Melayu mereka yang aku suka dengar sekarang ni adalah Lagu Teman. Menyentuh jiwa dan sesuai sangat untuk sesiapa yang rasa nak tuju lagu ni buat sahabat. huhu.

Ok,jom cuba-cuba dengar lagu ni..Dijamin best!Mana la tahu korang suka kan?hehehe..^____^

Kucing Kemari - http://www.youtube.com/watch?v=ags0c9NzABE

Lagu Teman - http://www.youtube.com/watch?v=EhsYw-wH6d8

Kalau nak download lagu Kucing Kemari, klik [SINI] 

Untuk album baru mereka di [SINI]


Fan Page The Lion Story di [SINI]


********
setitip rasa: kenapa hari cuti je perut meragam?arghhhh!


Monday, April 5, 2010

Promosi Majalah Pa & Ma..^__^


"Kau minat baca majalah macam ni?kau kan tak kahwin lagi.."

"Pelik la kau ni, macam mana la kau boleh baca majalah macam ni..hahaaha.."

Itulah antara kata-kata kawan-kawan aku dulu masa aku sekolah menengah lagi sampailah aku melangkah kaki ke sini. Sindir pun ada, puji pun ada. Tapi kebanyakannya hanyalah sindiran dan ejekan.

Salah ke kalau aku kata aku suka baca majalah PA&MA? Pelik ke? Hmmm...

Majalah ni aku baca secara konsisten sewaktu aku berada di tingkatan enam lagi. Mula mengenali majalah ni selepas adik bongsu aku lahir tahun 2002 kalau aku tidak silap la. Pada asalnya, sebab pertama yang buat aku tertarik pada majalah ni ialah gambar-gambar baby yang sangat comel! Ye, semuanya sebab aku terlalu sukakan kanak-kanak, sukakan bayi. Siapa yang tidak sukakan bayi yang suci dan naif kan?=)

Waktu tu, tiap-tiap bulan mesti aku tidak akan ketinggalan membeli majalah tersebut. Cuma sekarang dah slow down sikit sebab ongkosnya tidak berapa kukuh.hehe.

Majalah ni sangat berguna dan penuh dengan panduan serta ilmu keibubapaan yang lengkap. Bahagian yang paling aku suka dalam majalah ni ialah bayi penghias kulit, S & J Pakar Pediatrik, S & J Pemakanan dan S & J Psikologi Kanak-Kanak. Kebetulan aku punya adik bongsu yang masih kecil, sekarang berumur 8 tahun. Jadi aku rasa tidak ada salahnya aku cuba praktikkan panduan-panduan dari majalah ini pada dia. Terutamanya dari segi komunikasi antara kanak-kanak.

Bagi sesiapa yang baru berkahwin atau yang baru mengandung atau baru sahaja bersalin, aku syorkan pada anda atau kakak-kakak atau abang-abang beli majalah ni. Harganya pun berpatutan, RM 6 sahaja.

Dulu, aku pernah juga pinjamkan koleksi majalah PA & MA pada kawan aku yang baru berkahwin. Sekarang dia sudah memiliki seorang anak! Dia beritahu aku yang majalah ni banyak membantu dia sampailah sekarang! Mungkin sekarang dia pun sudah mula memiliki sendiri majalah ini..=)

Baru-baru ni pun aku ada sarankan pada kawan aku yang baru sahaja mengandung beli majalah ni. Itu terpulang pada dialah nak beli atau tidak. Aku hanya memberi saranan sahaja.

Erm, tak salahkan aku baca majalah ni sebelum aku berkahwin? Dan tak salahkan aku syorkan pada orang lain yang baru berkahwin beli majalah ni?hehehe..