Showing posts with label Mari Belajar. Show all posts
Showing posts with label Mari Belajar. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Kira-Kira..Mudah Apabila Ada Cara Mudah Untuk Memahaminya


Kira-kira.Campur, tambah, tolak. Duit masuk dan duit keluar. Adehh. Pagi-pagi lagi kena cas aktifkan otak kiri.

Oh, hari ni aku kena siapkan akaun bulan Mac dan April. Tapi bukan akaun macam gaya akauntan yang buat tu. Akaun simple sahaja dan mudah untuk aku faham. Draft nya sudah ada sebagaimana yang telah ditulis oleh Mem. Jangan marah Mem ye...ihihihihi..Reportnya ngak siap lagi, besok hari saya cuba siapkan ya Mem..ahaks!

Bila sebut pasal kira-kira ni, teringat pula masa aku belajar subjek Psychological Statistics dulu. Punya la perah otak kiri untuk ingat formula, step untuk kira, untuk faham konsep nya bagaimana. Kalau tidak ada latihan yang cukup untuk orang macam aku ni, sah-sah la tersadai. Memang pernah tersadai pun. hahaha..Tapi, tersadai sekali tidak bermakna tersadai selama-lamanya. Aku bangun kembali, belajar daripada kesilapan lalu.

Untungnya aku bila sekelas dengan sifu yang punya kegeligaan tinggi dalam kira-kira. Aku banyak dapat tunjuk ajar daripada dia. Bertanya dan mengaku tentang kesadaian aku terdahulu sudah tidak malu. Semuanya aku tolak ke tepi demi mendapatkan ilmu daripadanya. Walaupun aku pula jadi sifu dia sekarang, jasa dia jadi sifu aku lebih bermakna daripada aku jadi sifu dia. Thanks a lot Kak Nisa!Nanti saya kasi pulut kuning!ngeee~

Matematik akan jadi mudah bila kita dah jumpa cara yang amat mudah untuk kita faham..kan? Sesiapa ahli Matematik di luar sana, sila betulkan jika apa yang aku sampaikan ni menyimpang dari landasannya..Maklum la aku ni lemah sikit bab mengira ni...Itu hanya pendapat peribadi aku je..ahaks!=)

Tuesday, November 17, 2009

Makna Nama AKMAN-Entri Khusus Buat Adik Kemang!

Entri ni macam pelik sikit.hehe.Tapi demi membantu adik Kemang kita mencari makna namanya, akak dah jumpa maknanya setelah merujuk المعجم العربي الأساسي dan قاموس الخليل السياقي الشامل, alhamdulillah inilah hasilnya:-

Baca betul-betul ye wahai adik Kemang.hehe.

Nama Akman kalau disebut dalam Bahasa Arab adalah أقمَن bukan أكْمَن

أَقْمَن berasal dari perkataan قَمَنَ (qomana) atau قَمُنَ (qomuna) iaitu dari jenis fe'el madhi (فعل ماض) yang bermaksud bagus@baik@layak.

Jadi, أقْمَن ialah ismu tafdhil (اسم تفضيل) yang bermaksud amat bagus@amat baik@amat layak.

So, nama Akman maksudnya yang amat bagus@yang amat baik@yang amat layak.

Sedikit nasihat buat sesiapa di luar sana. Nama-nama kita semua haruslah dirujuk maknanya mengikut ejaan arab. Kadang-kadang nama kita bila sebut dalam Bahasa Melayu tak ada stress dia. Stress kat sini bukan maksud stress tension tu. Tapi tekanan yang diberi ketika menyebut satu-satu perkataan. Atau dalam Bahasa Arab disebut an-nabr ( النبر ).

Lagi satu, perkataan Arab ni ada berbagai-bagai maksud. Salah sebut jadi maksud lain. Sama la baca Quran, salah sebut nanti kang tak pasal-pasal jadi dosa. Sama-sama kita tahsinkan (perelokkan) lagi bacaan Al-Quran kita.

Harap entri ni sedikit sebanyak dapat menyelesaikan teka teki yang berlegar dalam minda Kemang sebelum ni.hehe. Mana yang kurang tu, akak minta maaf ye.


Saturday, August 15, 2009

Kata Ganda Berirama Bahasa Klate

MANIH LETING = manis sangat-sangat
MASE PURIK = masam sangat-sangat
PAHIK LEPE = pahit sangat-sangat
PUTIH SEPO = putih sangat-sangat
HITE LEGE = amat hitam
LICING METE = betul-betul licin (contoh:muka tak ada jerawat)
KUBE LANA = sepah cam tongkang pecah
GEMUK DEPONG = gemuk yg melampau
KUGHUH CEKEDING = kurus kering
BUSUK BANGA = busuk yang tak tertahan
PENDEK KETOK = pendek betul
PANJE JELO = panjang seolah-seolah tak putus
BEKOK COBONG = bengkak sampai tak sama dengan rupa asal
MEROH MEGHE = merah sangat-sangat
KUNING LEHENG = kuning sangat-sangat
BIRU KETO = biru sangat-sangat
DEBU KATU = berdebu yang teramat dan sangat kotor