Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Ceritera | Keinginan dan Impian Perlu Seiring dengan Usaha


Nota Besar : Entri terbaru ini hanya lah sekadar entri suka duka. Ia merupakan kesinambungan entri saya INI.

Ujian Itu Beri Hikmah Atau Beri Lemah?

Hampir patah hati saya mencari teman untuk ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk pasrah ke sana sendiri pada waktu malam saya sungguh tidak berani walaupun memandu kereta Proton Saga FL caffe latte saya. 

Sebenarnya saya memang tidak pernah sekali pun ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Hanya pernah menggunakan pengangkutan awam seperti bas, LRT, komuter, monorail dan STAR jika menjejakkan kaki ke sana.

Jujur saya akui, saya memang tidak suka bandaraya Kuala Lumpur kerana kebanjiran manusia dan kepadatan bangunan dari dulu hingga lah sekarang. Itu faktor pertama. Faktor kedua disebabkan trauma zaman kanak-kanak saya terhadap orang India yang tidak boleh saya kongsikan di sini.

Berbalik kepada pencarian teman untuk menemani saya ke sana kembali. Rata-rata teman sepejabat tidak dapat menemani saya berikutan status 'TIDAK PASTI'. Maka saya anggap mereka tidak dapat menolong saya di atas sebab-sebab tertentu.

Allah uji saya awal-awal lagi.

Saya hiba. Dusta jika saya kata saya tidak menangis.

Saya pujuk hati saya dan terus berdoa. Akhirnya Allah hantar dua orang sahabat untuk menemani saya ke sana iaitu Zila dan Rosli. Mereka berdua ini lah yang bersusah payah ke sana sini dengan saya sepanjang perjalanan.

Pertama kali menyusur jalan ke Kuala Lumpur, ditemani adik-adik yang sangat baik buat saya berani dan yakin. Sebagaimana yang telah dijangka, jalan raya penuh dengan kenderaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam daripada Taman Melati walaupun destinasi bukan jauh sangat sepertimana masa yang telah diperuntuk.

Selepas dua kali kami berlegar-legar mencari parkir di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad, akhirnya saya membuat keputusan untuk parkir seketika di hadapan Dataran Merdeka. Saya lihat ada beberapa orang pelancong bergambar kenang-kenangan sesama mereka di tempat tersebut.

Kemudian, kami bersama-sama menuju ke Panggung Bandaraya dengan berjalan kaki. Di hadapan pintu utama tertera banner 'Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Esei Jawi 1Malaysia'. Pada mulanya saya mahu meluru masuk ke dalam panggung tetapi saya pusing kembali ke arah kaunter.

"Assalamualaikum. Raptai masih ada?", saya bertanya pada seorang wanita di kaunter.

"Raptai sudah habis dik. Siapa nama adik?", balas wanita itu sambil tersenyum.

"Fatini Fauzi", saya memberitahunya.

"Oh Fatini. Maaf ye adik, raptai tadi sekejap saja, tak lama. Adik boleh daftar dulu tapi malam ni pastikan adik datang balik sebelum jam lapan malam", dia menerangkan kembali.

"Ye ke. Saya baru sampai. Jalan jam sangat tadi.. Oh ya, dekat sini ada surau tak?", saya menghulurkan pertanyaan lagi.

"Maaf adik, kat sini memang tidak disediakan surau", dia memohon maaf sekali lagi.

Kami bertiga memandang satu sama lain. Seolah memahami perasaan dan persoalan dalam diri masing-masing.

Hari tersebut bukan saya saja diuji, kami bertiga. Kami keluar dari situ dengan kecewa. Kenapa tidak disediakan surau sedangkan tandas boleh? Kenapa?

Walaubagaimanapun kami masih bersyukur kerana pihak urusetia menghulur makanan petang untuk kami bertiga. Kami makan dengan agak laju kerana masih belum menunaikan solat asar.

Selepas makan, kami menuju ke kereta kembali. Saya mencari parkir yang agak selamat dan paling dekat dengan destinasi. Kami ke PB semula untuk mengambil beg sandang saya yang telah tertinggal. Nasib saya baik kerana beg itu masih berada atas kerusi. Alhamdulillah.

Kemudian kami berjalan kaki lagi menuju ke Masjid Jamek. Ujian lagi bila Masjid Jamek ditutup atas sebab kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan.

Kami meneruskan langkah kaki ke Masjid India pula. Itu lah pilihan kami terakhir. Sepanjang langkah saya berdoa :-

"Ya Allah mudahkan urusan kami. Mudah kan kami untuk menunaikan kewajipan kami yang satu ini"

sambil diiringi dengan zikir. 

Dengan kehendak Allah jua kami dapat juga melunaskan kewajipan menunaikan solat. Kami melepaskan lelah seketika selepas solat Asar sambil menunggu juga masuknya waktu maghrib.

Selesai saja solat maghrib, kami bergegas kembali ke PB. Kira-kira dalam sepuluh minit kami tiba. Saya meminta saja Rosli menunggu di pintu masuk PB, manakala saya dengan Zila menuju ke kereta kembali untuk membuat transformasi pada diri saya. Keadaan begitu sukar tapi syukur dengan bantuan Allah, saya dapat selesaikan dalam masa 20 minit.

Sekitar gambar sebelum majlis berlangsung dan selepasnya.
Selesai majlis penyampaian, ada persembahan teater bangsawan bertajuk:
 'Dendam Tantari'
Terima kasih Allah. 
Terima kasih adik-adikku Zila dan Rosli. Mereka pengganti keluarga saya berkongsi kegembiraan.

Tidak lupa juga kepada Nyssa yang sudi meminjamkan kamus jawi terbitan DBP kepada saya serta teman-teman lain yang mendorong saya dan berdoa untuk saya.

Usaha, Doa, Tawakkal dan Syukur.


Saya sedar Allah tidak mahu saya melakukan sesuatu tanpa usaha dan doa. Untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, tidak semudah itu kita akan dapat. Jalan-jalannya pasti ada liku dan cabaran. 

Bila saja saya mendapat perkhabaran saya mendapat tempat saguhati dalam pertandingan tersebut, ianya juga tidak mudah untuk saya menghadiri majlis penyampaian hadiah. Juga Allah hadirkan ujian dan dugaan buat saya.

Maka, ini lah hasilnya. Rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Rezeki untuk saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana pada awal tahun depan (ini hikmah yang saya nampak). Bilamana kita memasang niat yang baik, mesti Allah kurniakan yang baik-baik.

Apa yang paling penting USAHA >DOA >TAWAKKAL > SYUKUR.

Apa pun, bukan saya sahaja yang mendapat saguhati. Seramai tujuh orang dalam setiap kategori mendapat hadiah berupa wang tunai, komputer riba, sijil dan juga buku dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pelajaran Malaysia, Utusan Melayu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu Kategori A, B dan C. 

Mungkin selepas ini rezeki anda pula di luar sana?

InsyaAllah sama-sama kita usaha.

Friday, March 18, 2011

RANDOM GIVEAWAY PART 2 by Nisa Menaip

Kali kedua update entri untuk hari yang sama. hahaha...Rajinnya Mu'allimah. Macam Nisa Menaip juga. hehehe...


Rupanya Nisa ni adik kepada tuan blog Ikan Patin Tempoyak. Eh betul ke Mu'allimah sebut ni? hihi..Bagusnya adik beradik buat blog. Ada penyokong kuat. Best2.

Comey sungguh Cik Nisa kita ni. Kiut miut. Tapi kiut Mu'allimah lagi. hahaha..gurau2 je Nisa. Nisa lagi comel lah. Mu'allimah ni dah tua, mana la comel lagi. isk3.

Nisa, kalau buat kenduri lepas ni, jangan lupa ajak Mu'allimah ye? Dengar2 dan lihat2, Nisa dah ada taman astakona dalam hati. Bau nasi minyak nih. hihihihi...

Salam kenal Nisa....=)

Segmen : Ady Budika cakap aku takde entri?

Kalau sampai rumah sini je, mesti jari jemari Mu'allimah tak berapa rajin nak update blog. Kalau Mu'allimah buka laptop je, mesti adik kecik Mu'allimah kutuk "kak tini ni, berehi la ko komputer (dia panggil laptop sebagai komputer. Budak-budak la katakan. hehe). Lepah tidur, make. Lepah make, ngadap komputer lagi". Begitulah kutukannya yang sangat membina. haha.

Nak ceriakan diri juga sebenarnya join segmen Ady Budika ni. Mencuba ceriakan diri sendiri. Nak senyum jap..=)

Ok2, merepek entah apa2 la Mu'allimah ni. hihi..Sebagai mematuhi syarat pertama, Mu'allimah letak header tuan   punya segmen dulu..:-


Then, gambar yang Mu'allimah suka nak letak dari mana-mana entri beliau adalah ini:-


Kenapa?

Gambar ini seolah-olah gambar Mu'allimah sendiri. Mu'allimah banyak luka dalam hati. Psychologically nya memang begitu. Luka yang amat dalam. Entah bila mahu sembuh. Tapi Mu'allimah yakin Allah sentiasa mendengar. Tapi kan, gambar tu patut auratnya ditutup. Sempat lagi kutuk gambar. haha.

Mu'allimah sangat sayang seorang Kakak ni. Dia banyak didik, beri nasihat, bimbing Mu'allimah. Selalu ingatkan Mu'allimah supaya ingatkan Allah. Hadapkan segala beban di hati pada Allah. Dia selalu jenguk blog Mu'allimah rasanya. Sebelum Mu'allimah bertukar kerja di Kuantan, dia pernah cakap "kalau akak nak dengar khabar Tini, akak akan baca blog Tini". Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia. Rindu dia. InsyaAllah hari ahad ni sebelum berangkat ke Kuantan, Mu'allimah nak jumpa dia. Dialah orang pertama yang peluk Mu'allimah dengan erat dan menyapu airmata di pipi Mu'allimah dengan kain tudung labuh dia. 

That's all..

Bukan entri sedih tapi entri semangat. hehe..

Klik untuk menyertai Segmen : Ady Budika cakap aku takde entri?

*****

setitip rasa: SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 15 UNTUK ADIK MU'ALLIMAH, FARHANIM!Lupa hari ni hari lahir dia. Tapi, ma Mu'allimah buat ayam KFC sendiri untuk raikan hari lahir dia. Kakaknya pun boleh tumpang makan jugak! hehehe...Hadiah lain kali. Niat nak beli buku untuk dia. :)

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Yeayyy...rajinnya Mu'allimah join segmen Abg Ben lagi ye. Kali ketiga ni. hihi..Mai la pakat join ramai2! Boleh la saling kenal mengenali lagi lepas ni..;)


Sila ceritakan latar belakang anda ..

Saya ni ore klate. Ore Pasir Mas. Eh,maah la terkecek klate. Pehe ko? Takpo dih?haha. Namo betul Fatini. Tapi saing-saing panggil Tini jah. Umur mudo lagi. Baru 26 tahun. Kan saya oyak doh mudo lagi? keh3. Nikoh pong dok lagi nih. Nok wak gano, takdok sapo nok ko kito....isk3...

Profesion anda sekarang ?

Saya kijo biaso-biaso jah. Mace ore lain jugok. Kijo sebagai Mu'allimah jah. Klu bahasa Melayu gak,ore kato cikgu, bahasa ore putih teacher. Betul ko nih? Betul doh sero. ngehehe. Saya ngaja di Sekolah Menengah Islam Al Irsyad, Kuantan. Mu'allimah ngaja Bahasa Arab, Tajwid, Pendidikan Islam, Fiqh dan Hafazan untuk Form 1,2 & 3. Baru dok tatih tatih kijo. Alhamdulillah ado la jugok rezeki kijo walaupun gaji tak besar mace ore lain. Yang penting pengalaman tuh. Betul dok?

Blog favourite anda .. kenapa ?

Hok ni hok payoh nok jawab nih. Pasal saya ni suko banyok blog. Suko nusuk2 jah klu minat blog seseorang tuh. Mano buleh oyak, nati sumo ore tahu..hihihihi..

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

Hok ni lagi payoh nok oyak. Pasal takut ore lain kecik ati. Tokse la baloh-baloh pulok dih? hehehe..

Impian anda terhadap blog anda ..

Impian dih? Erm, tak tau la nok oyak gano. Benar benarnyo nok tinggal blog ni untuk keluarga jah kot. Mano la tau klu saya takdok doh lepah ni, buleh saing saing blogger ni tulung tulung oyak ko keluarga bahawasanya blog ni lah saing baik saya selama ni walaupun dok tumah mace ngadap laptop sapa bekok2 mato. Pahtu ado bukti saya ramai saing-saing blog hok rajin baco dan kongsi2 cerita, pengalaman, ilmu nga saya. Ado la jugok isi2 berguna untuk demo2 tuh klu misal kato saya takdok doh lepah ni. tiba2 sedih...wuwuwu...

setitip rasa: first time ni guna loghat klate. korang faham ke?hihihihi...


Monday, March 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA

Kali kedua join segmen Abg Ben. Sementelah berehat je kat rumah sewa ni seorang diri, saya mengambil masa sedikit menaip entri kedua untuk hari ini. ;)


Ok, saya mula...

LELAKI pilihan anda ?
Solat tak pernah tinggal,tidak merokok,pandai ambil hati orang tua dan tidak mudah berputus asa.

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Err perlu jugak kot. Dia seksi kalau pandai kemas rumah dan kemaskan diri sendiri. Dengan kata lain seorang pembersih. hehe.

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Tak pernah lagi jumpa seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk saya kecuali abah. Terima kasih abah!isk3..

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Tidak. Kerana tidak pernah saya nampak ada keadilan pada diri suami terhadap madu2nya walaupun di mata kasar kita nampak adil. Keadilan terhadap madu sangat susah dilakukan. Tak percaya? Cuba baca tafsir surah An-Nisa' ayat 129 ini: "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian...”

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Break. Saya cari orang lain atau terima orang yang suka saya. Sebenarnya penat juga jadi perigi cari timba ni. heh. Mungkin Allah sediakan untuk saya yang lagi baik. Saya hanya mencari yang betul-betul serius ke arah rumahtangga. Senang cerita kalau suka, sila jumpa parents saya. ;)

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Pada saya dua-dua. Tapi bagi saya tidak ada istilah curang bahkan sebenarnya tidak berjodoh atau jodoh tidak kekal lama.

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Dua-dua. Bergantung pada keadaan dan ketentuan Ilahi.

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Ya saya mudah cemburu tapi cuba menyembunyikan rasa cemburu seboleh mungkin.

Nak join? sila ke http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-perempuan.html atau klik je pada banner di atas.

setitip rasa: err adakah mu'allimah serius bila berbicara soal hati? emmm....

Saturday, January 22, 2011

Contest: Projek Budak Tabika

Pada musim cuti sekolah yang lepas, sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu, saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama itu. Tiba-tiba saya terjatuh dengan penuh gaya macam dalam movie hindustan Don, lakonan Shah Rukh Khan. 

Yang peliknya, sikit pun saya tak rasa sakit, lagi bertenaga!Nun di balik pokok-pokok renek, sayup-sayup kedengaran suara orang menyanyi. Merdu sungguh!Siapakah gerangan yang melagukan kata-kata itu dengan penuh merdu? Lebih kurang macam ni la empunya suara tu menyanyi, lunak sungguh!

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Begitulah nyanyiannya yang begitu memikat hati. Saya berlari mencari tuan empunya suara. Hati bukan main terkejut bila terpandangkan Anna Raffali sedang memetik gitar sambil menyanyi! Sungguh saya tak sangka saya berada di AJL ke 25. Sedang saya asyik melompat, memekik-memekik nama si gadis, ada seekor harimau dari kejauhan memandang saya dengan penuh kelaparan dan kehausan. Serta merta saya berhenti memekik-mekik nama Anna Raffali sebaliknya saya menyebut "hariiiiiiiiiimaaauuuuuuuuuuuuuuuuuu!".

Apalagi saya tunggu, buka langkah seribu tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa nak jadi, jadi la, yang penting saya kena selamatkan diri saya!

Lari punya lari, saya terjumpa sebuah banglo putih berkilat-kilat macam kilatan belakang kuali. Elegan sungguh nampak!Terpaku saya seketika. Tapi macam mana saya nak masuk ye?

Sedang saya asyik memikirkan jalan untuk masuk ke dalam banglo itu, saya melihat ada anak kunci yang tersangkut di celah-celah pagar banglo. Saya girang memikirkan saya boleh selamatkan diri daripada harimau gersang itu. 

"Eh, pagar tak berkunci rupanya!Mujurlah"

Lalu saya masuk cepat-cepat dan menuju ke pintu banglo. Saya pulas tombolnya lalu tersergam indah isi banglo di hadapan saya. Tapi saya pelik kenapa tuan punya banglo ni tidak mengunci pagar serta pintunya? Pelik-pelik. Tak pelik la, sebab boleh la saya masuk!"hahahahaha", saya tergelak sendirian hinggakan suara saya bergema di dalam banglo tersebut.

Di suatu sudut ruang tamu banglo tersebut, saya lihat ada satu peti besi yang bertatahkan emas dan berlian. Saya ingin tahu apa yang ada dalam peti besi tersebut, lalu saya cuba membukanya dengan menggunakan anak kunci tadi.

"Kringgggg!!kringgg!!kringgg!!"

Aik, sekali bunyi macam telefon daaa sebaik saja saya berjaya membukanya. Ada sehelai kertas dalam peti besi itu. Punya la peti besi cantik, ada sehelai kertas je? Ingatkan dapat la saya jadi orang kaya tadi. Kecewa.

Tak mengapa, bukan rezeki saya la tu. Kemudian, saya membuka kertas yang berlipat dua itu. Ah, surat wasiat rupanya!Begini tulisannya:

"Kepada sesiapa yang menjumpai wasiat ini, aku serahkan pada kamu banglo ini dengan senang hati. Aku sebenarnya mendapat firasat yang aku akan mati dikejar gajah liar! Kesian aku, dah la mak bapak tidak ada, mati dikejar gajah pulak tu. Mungkin dah nasib aku sebab suka berangan dalam kelas, tak siap kerja sekolah, suka tidur. Tapi yang best aku bijak walaupun malas sikit-sikit. hehehehe...saja nak masuk bakul, boleh kan?. hahahaha"...

Kenapa saya baca macam nak dekat sama dengan kisah saya ye? Musykil, musykil...hmmm

Tatkala saya ingin menyambung pembacaan saya yang seterusnya, saya terdengar suara garau memanggil-memanggil nama saya..

"Fatini!Oi Fatini!Hoi!, kau tidur dalam kelas lagi!"

Oh, rupanya saya tertidur dalam kelas lagi. 

Saya bangun berdiri tidak semena-mena, lalu saya melutut dan memegang kaki cikgu.

"Ampun cikgu, ampun!Saya tak buat lagi, saya janji takkan buat lagi, nanti saya akan mati dikejar gajah!"

Cikgu : @#$!^%&!@#$34*

*******

Ok2, sekali baca memang cerita rekaan pun. hahaha...entah apa-apa la aku karang. Memuaskan hati sendiri. kui3..Sebenarnay aku join contest Encik Bulat yang dinamakan Projek Budak Tabika. Buat karangan sahaja, tak kira panjang atau pendek. Lihat syarat-syaratnya di blog beliau okey? Jom ramai-ramai sokong contest beliau!


Oleh itu, aku nak tag 3 orang sahabat aku untuk join contest ini!


Yok, buat entri dan tag kawan2 anda!;)


Salam ceria pagi...weee!!