Sunday, September 6, 2009

Home » » Puasa Tanpa Solat

Puasa Tanpa Solat

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih ramai yang tidak melaksanakan rukun Islam ke-2 iaitu solat 5 waktu tetapi mereka berpuasa. Erm, camne tu? Boleh ke? Sah ke puasa tanpa menunaikan solat?

Solat itu tiang agama. Kalau runtuh tiang yang satu ni, mesti yang lain-lain pincang. Kalau cuba menasihati, pasti ada yang menjawab: "Kubur masing-masing, pehal ko nak sibuk-sibuk?".

Astaghfirullahal'azim. Ye betul kubur masing-masing tapi tugas kita 'amal ma'ruf nahi munkar. Jangan cuba menuduh orang yang menasihati cuba berlagak baik. Setidak-tidaknya mereka cuba menjadi yang terbaik.

Takutlah kita akan azab Allah. Allah melihat apa yang kita lakukan. Jangan melengahkan diri dari bertaubat kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Mungkin ajal menjemput sebelum kita sempat bertaubat. Nauzubillah.

Ok, berbalik pada persoalan sah atau tidak puasa tanpa solat. Setiap persoalan mesti ada jawapannya. Aku ada terbaca 1 buku kecik ni, terbitan karangkraf. Kecik tapi padat dengan ilmiah. Ini jawapannya:-

Tiada amalan baik diterima daripada seseorang yang tidak melakukan solat, tidak membayar zakat, tidak berpuasa, tidak mengerjakan haji dan sebagainya.

Buraidah R.A berkata, sabda Rasulullah S.A.W.:

"Sesiapa yang meninggalkan solat asar, maka amalan baiknya tertolak"
Riwayat al-Bukhari:520

Amalan baiknya tertolak bermaksud, semua amalannya dianggap batal dan tidak memberikan sebarang faedah kepadanya. Hadis ini menunjukkan bahawa Allah tidak akan menerima sebarang amalan soleh daripada seseorang yang tidak menunaikan solat. Amalan-amalan tersebut tidak akan dihitung oleh Allah S.W.T di hari kiamat. Allahua'lam.

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat 2 golongan yang tidak menunaikan solat:

1) Mereka yang langsung tidak menunaikan solat. Golongan ini akan kehilangan semua amalan baik yang dilakukan.
2) Mereka yang tidak menunaikan solat pada hari atau waktu tertentu. Dalam hal ini, semua amalan yang dilakukan pada hari tersebut akan tertolak.

Jadi, orang yang langsung tidak menunaikan solat, akan dihapuskan semua amalannya dan orang yang hanya meninggalkan solat sekali-sekala, amalannya pada hari itu sahaja tertolak.(tapi jangan la pulak kita sengaja tinggalkan solat sekali-sekala, tetap juga ada azab drp Allah).

Syeikh Ibn 'Uthaimin R.H telah ditanya mengenai puasa seseorang yang tidak mendirikan solat. Beliau menjawab:

"Puasa orang yang tidak mendirikan solat tidak sah dan tidak diterima kerana orang yang tidak mengerjakan solat dengan sengaja hukumnya kafir dan murtad"

Firman Allah S.W.T:

"Oleh itu, jika mereka bertaubat(daripada kekufuran) dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu seagama"
Surah al-Taubah: 11

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat"
Riwayat Muslim: 82

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

"Perkara yang memisahkan kita dengan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia adalah kafir"
Riwayat al-Tarmizi: 2621

Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Tarmizi.

Inilah pandangan kebanyakan sahabat R.A. Tetapi ia bukanlah secara sebulat suara. Abdullah bin Syaqiq R.H, salah seorang tabiin terkenal berkata:

"Para sahabat Rasulullah S.A.W berpendapat, meninggalkan sesuatu ibadat tidak menjadikan seseorang itu kafir, melainkan solat. Berdasarkan ini, jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat, puasanya tertolak dan segala amalannya tidak memberikan apa-apa ganjaran pada hari kiamat nanti.

Kami menasihati kamu agar mendirikan solat dan berpuasa. Pahala puasa akan tertolak jika kamu meninggalkan solat kerana sebarang bentuk amal ibadat tidak akan diterima daripada seseorang yang kafir"
Fatwa al-Siyam, ms:87

******

*Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala yang buruk itu datang drp diri aku sendiri..Wallahua'alam.

6 comments:

yoro okino said...

nice n3
good for me..hehe..
kadang2 ader termiss ma..huhu

Unknown said...

jgn termiss dgn sengaja ye dik...klu tak disengajakan xpe..contoh klu xsedar subuh, tetap kne bgn solat subuh wlpn ms 2 dh abes waktu subuh atau dh terbit fajar..

Selamat beramal!:)

Anem Arnamee said...

akk..

ramaiii..
anem kenal gitu.

anem pun pernah wat entri gni.
jawapan mereka yg demikian,gini,
"solat curi mase, puase tak".

nauzubillahiminzalik..
tatot

Unknown said...

yeke anem..

mmg ramai sgt tak solat kan...

anem kne jwb cmni..bkn solat curi masa, diorg yg curi masa solat...

sedangkan org yg solat tanpa tomakninah(solat cam ayam patuk padi)pn dianggap mencuri lam solat..

Nauzubillah...

AAB said...

Assalamualaikum sister,

I would like to ask for your permission politely. I hope I could copy your article for good deeds. Insya'allah. I hope you let me :)

Unknown said...

internal slave:

yes,you may copy this article..ramadhan mubarak..=)