Saturday, September 12, 2009

Home » » Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri


Salam W.B.T...

Sebelum blog ini melabuhkan tirainya buat sementara waktu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat seluruh umat Islam. Moga Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini memberi seribu pengertian dan kemajuan dalam setiap amalan kita.

Sesungguhnya Allah tidak putus-putus memberi rahmat dan nikmat buat kita. Selama sebulan kita perlu menahan segala nafsu, menjaga pandangan, mendidik jiwa, meningkatkan amalan..Lalu Allah hadirkan pula hari yang bermakna iaitu hari lebaran. Maka bertambah-tambahlah lagi nikmat Allah pada setiap hamba-hambanya.

Bagi aku, hari raya bukan terletak pada pakaian baru, aneka juadah dan kuih muih tapi hari raya adalah hari penghayatan dan kesyukuran setelah sebulan berpuasa.

Aku menyatakan sebegini sebab dalam kita dilimpahi kemurahan rezeki, masih ada lagi insan-insan di luar sana yang tidak senasib dengan kita. Aku doakan agar mereka dikurniakan kelapangan dan ketenangan kerana Allah sentiasa mendengar segala keluh kesah kita. Ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita.

Bagi kita yang bernasib baik ini, sentiasa bersyukurlah dengan kurniaan Allah yang memberi kemudahan dan kesenangan pada diri kita. Sama-samalah kita cuba untuk bersedekah semampu yang boleh pada insan-insan yang kurang bernasib baik.

Rahmat Allah sentiasa luas terbentang tanpa sempadan buat kita. Aamin.

Maaf Zahir Batin semua ye...:)

2 comments:

Anem Arnamee said...

akk syg, salam..

maaf juga taw jika adik akk ni ade tersilap kata dan laku. sygg akk fatin..eheh.
jaga dri owez taw di ari rye dan setrusnya:)

Unknown said...

maaf zahir batin juga anem...

selamat ari raya..lmbt ucap sbb dk umah..hehe