Tengahari tadi Ma telefon. Dah dua minggu aku rasa tak sihat. Asalnya tak mahu cerita kat Ma. Tapi entah la, kadang-kadang rasa tak tertanggung. Perlu someone untuk share.
Sejak datang sini lepas raya, banyak perkara yang berlaku. Basically yang buruk la. Ingat nak manja-manja sikit dengannya tapi tak dapat juga. Sikit-sikit je cerita masalah kesihatan aku. Bila dengar masalah daripada mulut Ma, aku tak jadi nak cerita lebih-lebih pasal diri aku.
Rasa nak menangis pun ada. Dah menangis pun. Sekarang. Sebab aku akan rasa belas bila dengar keluh kesah dari bibir ibu. Dan aku tak dapat luah apa yang aku rasa pada dia. Tapi aku tahu aku tak boleh pentingkan diri. Sejak dulu aku cuba menjadi pendengar setia dia. Sampai lah sekarang walaupun dalam telefon.
Allah uji aku, uji dia, uji keluarga. Aku hanya mampu mendengar dari sini dan berdoa untuk mereka. Tabahkan hati ye semua dan juga diri ni.
~keindahan taman tidak akan ditemui tanpa liku yang berduri~

2 comments:
sabar ye..
:D
Mekasih...
tp xpe, alhamdulillah semua tu dh lepas..
:D
Post a Comment