Cuti semester dah bermula esok. Masing-masing sibuk bertanya bila nak balik, tiket dah beli atau tidak. Min hanya mendengar sahaja perbualan sahabat-sahabatnya. Otaknya ligat berputar memikirkan adiknya Aiman. Lagipun, rumahnya dekat sahaja dengan kampus.
Alunan sayu bacaan Al-Quran serta doa ibunya dalam sedu sedan waktu dinihari tadi, membuatkan hati Min tidak tenteram. Kasih ibu kudus dan berpanjangan. Doa ibu tak pernah putus buat sekalian permata hatinya, hatta hatinya sendiri terluka.
Lamunan Min terputus bila tiba-tiba telefon bimbit dia melagukan ringtone Hijjaz, Debu-Debu Dosa. Tidak mahu mengganggu konsentrasi orang lain dalam library, dia terus sahaja menekan punat hijau telefon bimbitnya.
"Ish, lupa pula nak silentkan handphone", Min merungut sendirian.
"Hello, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Min kat mana tu? Ayong nak minta tolong Min ni"
"Min sekarang kat library Yong. Kenapa Yong? Nak minta tolong apa ni?"
"Ayong nak balik rumah petang ni, kereta pula buat hal la Min. Boleh Min datang ambik Ayong petang ni? Dalam pukul 5.30, ok tak?"
"Insyaallah Min pergi sana ambik Ayong. Nasib baik Min dah habis kelas, tengah cari bahan-bahan untuk assignment je la sekarang ni."
"Ok, jangan lupa tau pukul 5.30! Saaaayang Min!hehehe..."
"Yelah yelah makcik tua!", Min menyakat kakaknya.
"Hey, watch out your mouth ok! Ayong maintain lagi pe. Masih muda dan jelita.hahaha!"
"Ok dah dah, jangan nak buat self promotion kat sini. Apa-apa tunggu Min mesej Ayong dulu ok?"
"Ok my dear sister! Assalamualaikum. Take care!"
"Waalaikumussalam"
Min menyambung tugasan dia yang tertangguh tadi seketika dek termenungkan sikap Aiman terhadap ibu. Dia merangka dahulu sebelum ditaip ke dalam komputer ribanya. Min amat teliti bila menyiapkan sesuatu tugasan. Salah satu sikap yang disenangi rakan-rakan dan pensyarahnya. Tidak hairan la Min selalu mendapat keputusan yang cemerlang setiap semester.
Usai merangka isi-isi yang diperlukannya, Min bergegas ke cafe di kuliyah Ekonomi kerana perutnya menyanyi minta dipenuhi. Disebabkan asyik menyiapkan tugasan tadi, Min baru sedar makan tengaharinya belum terlaksana.
Jarum jam sudah bergerak ke nombor 3. Kebiasaannya waktu begini lauk pauk pasti tinggal sedikit. Min bukanlah seorang yang cerewet. Dia hanya mengambil ikan keli goreng, sayur kangkung goreng belacan dengan kuah ayam masak kurma lalu membayarnya di kaunter.
Telefon bimbitnya berdering lagi.
"Oh, Ayong rupanya!"
"Ayong ni tak sabar la. Kejap lagi aku sampai la."
Tiap kali anginnya naik, pasti kata ganti diri 'aku' yang dia bahasakan.
"Min ni, belum apa-apa dah marah. I need to tell you something important and completely urgent. Min datang cepat sikit ye. Nanti Ayong cerita dalam kereta ok?"
Suara Ayong kedengaran cemas dan risau. Tiba-tiba rasa bersalah menguliti dirinya.
"Hal penting apa Ayong? Cakap la. Min minta maaf ye terkasar tadi. Kenapa nak cerita dalam kereta? Tak boleh ke beritahu sekarang? Ayong ni, jangan la buat Min takut!"
Tubir matanya hampir bergenang.
"Aiman dalam lokap. Kita bincang selebihnya dalam kereta. Tolong jangan inform pada ibu lagi. Ayong takut tekanan darah ibu naik lagi."
Kali ni, airmatanya betul-betul keluar dari tubirnya. Seleranya terbantut. Tekaknya rasa kering kehausan umpama julung kali berada di padang pasir yang tandus.
"Astaghfirullah! Ayong! aaaaa Aiman?!"
"Min, sama-sama kita cuba bertenang. Dan Ayong harap Min buat solat sunat dua rakaat sebelum datang ambik Ayong. Minta Allah permudahkan segala urusan kita nanti."
"Ayong pun dah buat solat hajat tadi. Ayong harap Min pun laksanakannya juga. Ini ujian buat kita Min dan Allah jua yang membuka jalan penyelesaiannya."
To be continued.....

No comments:
Post a Comment