“Aiman, sini kejap ibu nak cakap sikit.”
Aiman terkocoh-kocoh cemas mendapatkan ibunya. Tambahan lagi ‘barangnya’ ghaib dari poket seluar jeans dia. Niat hatinya nak keluar bersama kawannya.
Ibu baru sahaja selesai menunaikan solat mahgrib sambil berbual ringan dengan Min. Amzar dan Amna juga berada dalam bilik ibu. Mohd Amzar, adiknya yang keempat, baru sahaja balik dari surau. Amzar memang kaki masjid. Dia selalu ke masjid atau surau kalau tidak ada apa-apa aral atau keuzuran. Sikap abi yang diwarisi oleh Amzar.
Amna masih lagi kecil, 3 tahun. Asyik berkepit dengan ibu je kerja dia. Kalau tidak dengan ibu, pasti dengan Min. Amna memang manja, maklum la bongsu. Bongsu ni sinonim dengan sikap manja selalunya. Mungkin tak semua punya sikap sebegitu tapi kebanyakannya begitu lah.
“Ada apa ibu?” tanya Aiman.
“Ni apa Aiman?” ibu membuka genggaman buku limanya,
Kelihatan sesuatu yang berbentuk bulat dua biji berwarna merah jambu serta straw kecil dalam plastik kecil lutsinar yang jelas menampakkan isi kandungannya. Min dan Amzar sudah sedia maklum tentang perkara ini. Amzar lah yang menjumpai ‘barang’ berharga milik abangnya itu.
“Tu kawan Aiman punya la ibu, Aiman tolong pegangkan je. Bak sini balik la ibu!”
“Benda haram macam ni Aiman tolong pegang? Aiman ingat ibu tak tahu ini apa? Pil ecstacy kan?”
“Ibu tak sangka sampai macam ni sekali anak ibu. Kenapa Aiman nak rosakkan diri sendiri? Ibu tak pernah ajar anak ibu jadi camni”
Sebak hati Min melihat ibunya mengalirkan airmata. Ikutkan hati Min, nak je lempang muka adiknya. Hati batu, keras.
“Aiman tak ambik la ibu, Aiman tolong jual je!”
“Ni semua kau punya pasal la Am! Kalau bab selongkar barang-barang ni, memang kerja kau la!”
Nyaris Amzar dihadiahi tumbukan Aiman tapi sempat dipegang ibu. Tak semena-mena, ibu tampar Aiman.
“Pang!” tepat tamparan ibu terkena pipi kanan Aiman.
“Jangan nak salahkan adik Aiman. Kalau bukan kerana Am, sampai hari ni ibu tak tahu Aiman berubah sebegini!”
“Taubat la Aiman, jangan biarkan diri Aiman terjebak dengan najis dadah lagi. Kalau betul lah Aiman tak ambik pil tu, hukumnya tetap haram Aiman jual. Berdosa Aiman. Ibu tak nak hidup anak-anak ibu hancur disebabkan dadah.”
Mutiara jernih ibu tak berhenti menitis. Min meluru memeluk ibunya yang masih lagi teresak-esak menahan sebak di dada.
“Aiman ni jahat! Ibu jaga la adik-adik lain, jangan ambik tahu pasal Aiman lagi!”
Serentak itu juga Aiman melangkah keluar dari kamar ibu dengan perasaan marah. Pintu kamar ibu dihempas sekuat hati tanda protes. Tidak lama kemudian,kedengaran deruman enjin motor Aiman mengaum meninggalkan halaman rumah.
Apalah daya ibu menahan anak dari pergi. Aiman memang cepat naik angin, panas baran macam arwah abi. Min dan adik-adiknya hanya mampu melihat kelakuan Aiman. Kalau mereka campur tangan, mungkin keadaan akan jadi lebih buruk.
6 comments:
ada sambungan cerita ke?ni cerita buat sendiri kan?ke..(masih berfikir.)
masih berfikir nak sambung atau tak..dah lama sbnrnya buat cerita ni.hehe..
yup, ini karya sy sendiri..hehe..
hmm,bagus2..teruskan menulis..
mungkin sahabat2 len dapat mengambil ibrah dari cerita nih..insyaALLAH..
jangan lupa sambung,ye..hee..ana tunggu..=)
insyaAllah niesa sy akan cbe menyambungnya...dlm proses...hehehe
oo.da agak macam cerita sendiri.bubuh ibrah cerita depan mata,nanti yang lainnya dari perenggan mula+penutup akan terpandu.keke.ku tunggu sambungan.
saje cuba2 mengarang cerita..hehe..moga kita sama2 dapt manfaat darinya..
Post a Comment