Saturday, November 14, 2009

Home » » Dah Sampai Seru Pasti Jadi!

Dah Sampai Seru Pasti Jadi!

Hari ni rasa seronok sikit. Terserempak kawan lama.Kawan time sekolah dulu. Agak terkejut jumpa dia kat sini. Rupanya dia sambung master kt UIA ni. Waa mantap la. Aku pun tak habis lagi degree, sahabat-sahabat seangkatan dah ramai sambung master.(+_+)

Sebelum ni, kawan aku tu ambik degree kat USIM selama 3 tahun. Berbeza kat UIA ni, 4 tahun degree. Ada yang habiskan dalam 3 tahun tapi memang kena struggle n pandai organize subjek apa yang nak ambik setiap semester.

Situasi USIM dan UIA berbeza. Jalan lain,kolej lain,study plan lain dan pelbagai lagi yang lain.huahuahuahua. Kawan aku mungkin belum lagi terbiasa dengan international students kat sini. Shortcut mesti tahu nak jalan pergi kelas. Jenuh jalan jauh-jauh walaupun hakikatnya ia sangat bagus untuk kesihatan!hehe. Tapi aku kasi semangat kat dia lama-lama mesti boleh adapt. Itu satu cabaran baru buatmu sahabat.Cayok Anis!

Macam-macam borak dengan Anis. Dari bab pelajaran sampailah bab nikah kahwin. Kami berdua ni masih lagi berstatus single (macam promote nih!hahaha). Masing-masing kena habiskan dulu apa yang belum selesai lagi. I have a semester more to accomplish my degree!.Priority aku adalah kerja lepas ni. Sambung master? Tunggu dulu. Kalau ada rezeki sambung. InsyaAllah.


Sahabat-sahabat kami dah ramai mendirikan rumahtangga. Yang dah kerja, yang dah ada anak dan sebagainya. Yang dah ada cucu kot belum ada!wakakaka..

Tapi itu semua tidak menjadi masalah. Dah sampai seru nanti, pasti aku dan Anis mengikut jejak mereka dengan cara kami yang tersendiri.=)


~waktu itu pasti akan tiba~

*Sekarang kena habiskan final paper dulu!Bittaufiq!=)

2 comments:

Mengembalikan Jati Diri Bangsa said...

nice article..thank's

Unknown said...

thanx 2 u back jati diri bangsa..:)