Salam W.B.T...
Mungkin ada orang lain yang tidak senang dengan puisi-puisi dalam blog aku ini. Pertama sekali aku nak sampaikan dan tekankan semua puisi-puisi dalam blog aku ni adalah untuk diri aku. Diulang sekali lagi, untuk diri aku. Untuk menasihati diri aku. Untuk mengingatkan diri aku. Jika ada orang lain yang mahu mengambil ibrah daripadanya, terpulang. Jika tidak mahu tak mengapa.
Aku masih ada akal dan masih tahu, masih sedar yang aku ini bukan hamba yang sempurna. Untuk sampai ke tahap mukminah yang sejati pun belum lagi sampai ke tahap itu. Salah ke kalau cuba untuk jadi yang terbaik? Salah ke kalau menasihati diri sendiri?
Aku sedar hati aku masih lagi tidak bersih. Aku sedar semua tu. Dan sekarang aku masih lagi mencuba dan berusaha untuk menyucikan hati. Kenapa mudah menghakimi orang tanpa usul periksa?
Maaf kalau kamu dan orang lain terasa dengan entri "Saatnya Untuk Kita Bermuhasabah". Aku terima dengan hati terbuka dengan kata-kata kamu. Jujurnya entri itu adalah untuk diri aku sendiri. Telah aku utarakan tadi kalau sesiapa mahu mengambil ibrah dan manfaat darinya, silakan. Kalau tak mahu tak mengapa, aku tidak memaksa. Kerana lain orang lain sikapnya, lain orang lain penerimaannya.
Apa yang aku gambarkan jiwa-jiwa dalam tu adalah hati aku. Walau hakikatnya hati adalah satu sahaja. Jiwa aku yang banyak menjerumus ke arah itu. Jiwa aku yang sepi, jiwa yang sakit, jiwa yang kosong. Itu yang aku gambarkan dengan perkataan jiwa-jiwa. Ya, aku tahu kamu pakar puisi berbanding aku ni yang hanya ingin belajar mengarang puisi untuk menterjemahkan rasa hati.
Aku masih juga sedar diri aku siapa. Masih lagi cuba meraih cinta Allah. Apa yang aku ingin tegur sikap kamu jangan mudah menghakimi orang tanpa bertanya apa-apa pada empunya diri. Maaf sekali lagi jika kamu rasa aku ini tak sedar diri. Aku hanya insan biasa yang masih lagi cuba mengenal diri dan mengejar cinta Allah.

4 comments:
emm..bagus nyer ayat2 ni kan..niesz kene slalu ingtkan diri niesz..niesz xnk sampai lupe diri..bile kite lupe diri..ati kite psti jauh dariNYA kan..
erm tula niesz..sy ni ingatkan diri sndiri..tak tau pulak ada orang cakap sy ni seolah2 bajet bagus..sedeynye ati..tp takpelah dia tak kenal sy..:(
salam fatin...
maaf lama tk dtg sini..ni bru smpt...
take a gud care...
pedulikan kata org lain yg pntng kite jd dr sndri dear...its more than enough....
nobody is perfect in dis world...
mana yg baik tu kita jdknpnduan, yg buruk kite jdkan ia sbg muhasabah dr kite..
slm syg dr jane ok...
hows result????
i hope u'r doing well....
;)
wslm jane..
takpe..fatin tau jane bz..
terima kasih utk nasihat kamu..
result alhamdulillah walaupun agak lintang pukang last sem..
insyaallah ni final sem..doakan fatin ea..=)
Post a Comment