
My mom said:
"Jangan harap pada manusia, harap pada Allah"
Kata-kata yang aku pegang dan masih mencuba sampai sekarang. Adakah susah nak yakin pada Allah?
Keyakinan pada Allah sangat susah bagi kita yang punya iman di tahap yang masih rendah. Aku juga begitu.Tapi para Nabi, Rasul, Sahabi dan Sahabiah, mereka punya iman yang kukuh untuk yakin pada Allah sepenuh hati.
Mengharap pada sesama insan boleh melahirkan rasa kecewa. Sebagai contoh kalau meminta bantuan. Kita pasti mengharap pertolongan seseorang tu di saat kita betul-betul perlukan bantuan. Tapi kalau dia tak boleh tolong kita, mungkin kita akan rasa kecewa, marah, kecil hati, sedih dan sebagainya.
"tak apalah tak sudi tolong aku" (ni ayat frust.heh.)
"mentang-mentanglah dia dah kaya, berlagak la tu sekarang"
"tak kenang budi langsung, dulu masa dia susah aku jugak yang tolong. sekarang bila aku susah, kau lari"
"kau ingat kau tu hebat sangat?"
tak kurang juga yang berkata begini:
"oh, tak apalah awak kalau tak dapat tolong, nak buat macam mana"
"dah tak ada rezeki saya, tak apa"
"awak busy, saya faham"
Manusia ini berbeza-beza sikap dan pandangan. Apa yang aku faham, doa kita yang membuatkan pertolongan dari insan lain datang. Yakni, hakikatnya itu pertolongan dari Allah tapi Allah menyalurkan pertolongan dia melalui insan. Ini yang zahir dan kita nampak. Tapi tak mustahil kalau ia datang secara direct pada kita kerana Allah itu Maha Besar dan mampu melakukan apa sahaja di luar bidang pemikiran kita.
Satu yang kita perlu sedar, setiap orang ada reason masing-masing dalam setiap tindak tanduknya sama ada nak tolong atau tidak.
Walaupun bukan 100% nak faham, tapi aku masih lagi cuba belajar dan memahami reason dari sikap dan kelakuan orang lain terutamanya bila masuk bab tolong menolong ni. Ayat-ayat tak enak dan enak di atas tu, aku rasa ramai mesti kita pernah guna kan? Sama la juga aku.haha.
Seriously, aku masih lagi cuba faham kenapa orang buat itu, kenapa orang buat kita macam ni. Mungkin takkan sampai pun 100% tapi sikit pun jadi la. Ampun maaf pada sesiapa yang aku pernah terguna ayat-ayat tak enak di atas. Inilah kelemahannya bila kita dalam keadaan marah. Peratusan untuk keluar ayat yang tak enak pasti ada. Astaghfirullahal'azim.
Minta maaf sekali lagi jika ada sesiapa yang pernah terasa dengan aku, rasa aku ni annoying ke, ntah apa-apa. nak minta tolong tapi aku tak boleh tolong ke.ASIFI.
9 comments:
banyak orang banyak ragam!!!
well...berharap kat Allah la.manusia tuh penghubung je
kena banyak berdoa jugak
Sue:
a'ah betul 2..=)
aidi safuan:
moga sentiasa harap pd Allah..insyaAllah..=)
Ain:
yup, doa aset yg plg penting..=)
emm...mmg susah nk fhm ati sorg manusia ni..lg kite cube fhm..lagi bingung otak kite..doa la sebaik2 senjata kan..ALLAH sentiase ade ngn kite..
niesz:
betul 2 niesz..suami isteri pn x boleh nk fhm 100%, ini kan lg kita yg masih bujang ni..hehe
yg tahu semuanya hanya Allah..=)
betul tu
nak harap pada manusia boleh tapi jgn terlalu mengharap
kang kecewa
Hans:
itulah..mmg kecewa terlalu mengharap pd manusia tapi harap pada Allah pasti takkan kecewa..=)
Post a Comment