Tuesday, December 29, 2009

Home » » Jom Jadi Orang Kaya!

Jom Jadi Orang Kaya!


Adakah mereka ini cantik dan comel belaka??hohoho..


Kecomelan, kecantikan, kelawaan, kehenseman semuanya berbeza pada pandangan masing-masing. Kerana ianya subjektif. Kalau dia kata "lawanya cik adik tu!", tapi kau pula kata "takadalah, aku tengok biasa saja!". See? persepsi kita semuanya lain.Mungkin juga kita mempunyai pendapat yang sama tapi tidak kesemuanya.

Seseorang dan sesuatu yang cantik dan comel mendorong kita untuk suka.maksud aku suka tengok.sejuk je mata.kalau boleh hari-hari nak tatap wajah dia.Teddy bear comel tu kalau boleh tiap-tiap malam nak peluk.

Suka tak tengok wajah orang yang tak berapa comel dan cantik??Tidak, sebenarnya kita semua diciptakan Allah cantik. Comel-comel belaka.So, sesiapa yang rasa dirinya tak cantik, tak comel sebenarnya kamu ciptaan Allah yang comel.

Bagi aku, bila seseorang tu cantik akhlak dan budi pekertinya, automatik aku akan cakap dia comel atau hensem. Kalau perempuan cantik pada kelembutannya, sopan santun. tapi kalau lelaki yang sentiasa melangkahkan kakinya ke masjid, tidak merokok, pandai bergaul dengan orang tua,rajin ke dapur, suka berkebun, ha yang ni aku akan cakap hensem!hehehe..tak tahu la orang lain macam mana.Ini aku punya persepsi dan kriteria-kriteria yang aku suka untuk calon seorang suami.Ops!ahahaa..

Dan aku rasa ramai gadis-gadis di luar sana sukakan kaum adam yang mempunyai kriteria-kriteria tersebut. Perempuan biasanya sukakan lelaki yang boleh membimbing dia, boleh lead dia dalam sesuatu perhubungan atau lebih tepat lagi hubungan suami isteri.Kalau lelaki pula, suka perempuan pandai masak, pandai mengambil hatinya, manja dan sebagainya. Tak kuasa aku nak list semuanya.ahaha.Ini hanya pendapat aku.Tak tahu la orang lain macam mana.

Mana bagus? Kaya harta atau kaya hati dan budi pekerti? mestilah kaya hati dan budi pekerti kan kita akan pilih. Tapi kalau dua-dua kaya macam mana? Ini dah jadi satu pakej. Beruntung sesiapa yang dapat kedua-duanya.Tapi manusia ni tetap ada kelebihan dan kekurangannya. Ada orang rupanya cantik atau hensem tapi kurang pada tingkah lakunya, begitu juga ada tak berapa cantik dan hensem pada wajah tapi punya kelebihan pada akhlaknya.


Tapi, aku rasa yang paling penting untuk diri kita adalah akhlak sebagai perhiasan fizikal kita. Yang dah cantik atau hensem, akhlak murni akan mencantik dan menghensemkan lagi diri kita. Yang tak berapa cantik fizikalnya, sikap kamu yang dah elok itulah merupakan aksesori tambahan buat diri kamu. Barulah kaya!=) .Sama-sama kita cuba jadi yang terbaik kerana jasad kita ini bukan milik insan lain tapi milik Allah S.W.T dan kita diamanahkan untuk menjaganya dengan sebaiknya.

JOM KITA CUBA SAMA-SAMA JADI ORANG KAYA!=)

ليس الغنى غنى المال وأما العنى غنى النفس

Laisal ghina ghinal mal wa ammal ghina ghinannafs

"Kekayaan itu bukanlah pada kaya hartanya tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya hatinya dan dirinya.
"

13 comments:

niesz said...

betul2..bg niesz if kite nk jd pompuan yg solehah..semue nyer kene nmpk cntik..but yg pling penting cantik dr dalaman..biar luar sederhana pon xpe..sbb yg luar tu xkan kekal..

semue cintaanNYA ade keistimewaan n kekurgn masing2..

zhrhtoodem said...

betul jugak!
kadang2 harap je cantik
tapi,, urghhh!

lebih baek cantik akhlak budi pekerti..disayangi semua orang. huhuhu

Unknown said...

niesz:

ha'ah niesz, nak naik pangkat solehah 2 la yg susah..tapi kita boleh mencuba..huhu

zara:

itulah pasal..cantik akhlak pemangkin utk cantik fizikal..=)

Unknown said...

lagi susah kalau org,dah lah tak cantik,hati busuk..uishh..nauzubillah min zalik..
bagus lahh entry ni..saya suka..

Unknown said...

Sendra:

ye tak ye kan..kalau dua2 busuk parah..huhu

Mr_aMAd said...

amad like this!

Unknown said...

Amad:

mekacih..=)

ARIF ZARIPIN said...

klu kaya sgt pn x boleh...hehehehe

Unknown said...

Muhammad Arif:

depend pada setiap orang lah macam mana..hohohoho

cik epal:

yes, that's right!=)

Pena Daie said...

"kalau lelaki yang sentiasa melangkahkan kakinya ke masjid, tidak merokok, pandai bergaul dengan orang tua,rajin ke dapur, suka berkebun, ha yang ni aku akan cakap hensem!"..
ya betul..inilah yg sepatutnya menjadi nilaian..

Unknown said...

Zul:

ye,itulah ciri-ciri yg sy suka..hehe

Unknown said...

mybiz:

thanx..senang2 dtg la lg..=)

mamawana said...

Den suko ayat samo2 jadi kayo tu... den kayoooo.....