Sunday, January 31, 2010

Home » » Bas D Sudah Jadi 2 X 5 Dengan Bas T

Bas D Sudah Jadi 2 X 5 Dengan Bas T


Sungguh jiwa aku tengah meracau-racau sekarang.kosong.berlompong.semua benda tidak jadi hendak dibuat.Makin banyak difikir, makin kusut jadinya.Berborak dengan sahabat sebentar tadi buat aku lupa seketika gangguan emosi yang sedang melanda.

Mungkin juga aku kepenatan.Tidur tidak cukup.Malam tadi aku tidak dapat tidur dalam bas.Kebiasaannya aku memang mudah tidur bila bas sudah mula bergerak.Tidur nyenyak lagi.Tapi malam tadi serius terganggu lena aku.Disebabkan dua faktor:

1) Aku sudah lama tidak menaiki bas pada waktu malam.
2) Driver bas drive ala-ala kapal terbang.



Faktor kedua tu memang betul-betul buat aku kecut perut.Takut.Baru saja aku mahu lelap, bergegar badan sasa bas.Tambah lagi aku duduk seat depan sekali.Subhanallah,berapa kali aku mengucap pun aku pun tak tahu.Tengok gaya driver tu bawa pun sudah cukup menakutkan hati aku.

Sambil aku menutup muka aku dengan tuala kecil disebabkan tak tahan suhu aircond yang melampau sejuk, aku berteriak kecil setiap kali driver tu pusing stereng.Aku syak driver tu tak berapa clear ketajaman mata dia.Aku tengok dia pun resah masa tengah drive.

Nak saja aku tegur pakcik driver tu tapi memang susah.Nanti dia kata aku pandai-pandai nak ajar dia. Kenapa la masih ada lagi driver bas yang tak sedar-sedar lagi keselamatan penumpang??Accident sana sini dah banyak disebabkan driver bas.Bukan membawa satu nyawa tapi lebih lagi dari tu.

Pengajaran buat pakcik tu malam tadi, tidak semena-mena tayar bas pecah sebaik saja tiba dekat perhentian tol Lebuhraya Karak.Dalam hati, syukur tidak ada kemalangan mana-mana jiwa.Yang siksa hanya badan sasa encik bas.Kalau tidak, habis kami semua.

Dulu, bas T aku kecam driver bawa laju. Sekarang, bas yang aku betul-betul suka dah jadi dua kali lima dengan bas T.Kecewa kerana aku sudah kurang keyakinan nak naik bas D.

Macam mana ye nak komen etika pemanduan driver bas yang tidak memikirkan keselamatan penumpang??

2 comments:

Anonymous said...

hahaha
aku pon lama gile tak naik bus mlm tp last 2 weeks aku balik kmpong naik juak la sbb trpksa..serius cuak sbb malam kan..

huhuhu

pepun..hope kau ok2 saja n happy;)

Unknown said...

jane:

mmg cuak gle skrg naik bas..hehe

nway, thnx..=)