Saturday, January 2, 2010

Home » » Berhenti Merindu

Berhenti Merindu


Tika rindu singgah pada sudut itu
cuba mengetuk sisi jendela tak menentu
titis-titis jernih tuntas mengalir
mencengkam tangkai fuaad
berubah menjadi tuba yang menyiksakan
Diari mayaku menyaksi
menyisih karangan melankoli
menempuh halangan walau berduri
nafsi sedar ia pergi dan takkan kembali
hanya rangka reputnya jadi memori
Sudahlah gadis..
mengenang kekosongan jalinan palsu
Sudahlah gadis..
kau punya Ilahi untuk didambakan
kau lihatlah kebesaranNya untuk direnungkan
kau punya kasihNya untuk dikejarkan
DIA yang kekal,DIA yang abadi

9 comments:

Zuwairi said...

fuyoooh;) berpuisi;)

Unknown said...

Zuewairy:

hehe..saja je..terasa nak berpuisi..=)

pak long said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Syok jugak sekali sekala baca puisi ni . Tapi kena bukak kamus jugak nih :)

Unknown said...

tifa:

hehe..nak bukak kamus apa??hihi..

Yuyun said...

wah b'madah puisi ea... puitis tul . hehee. pe pun i loikeet ^.^

Unknown said...

yuyun:

hehe..bese la,dh dtg timing dia utk bermadah..ngee!=)

mamawana said...

Rindu acapkali bertandang
di kolam hati
mengosong kamar gadis yg sepi
sesepi ujan dini hari
Bila rindu
ku buka bungkus2 tasbih yg terputus
mengirai mengira mengusai
rindu firdausi
dan butir2 ujan yg berguguran
adalah airmata rindu semalam
hingga sebak dan becak danau hati
Pergilah rindu
Aku pasti mampu teguh tanpamu
Kerana aku telah
hidup dlm rahmat Illahi

Unknown said...

mamawana:

wah!best2 mama..thumbs up!=)