Sunday, January 17, 2010

Home » » Petua Lama Yang Masih Menjadi Amalan Lelaki

Petua Lama Yang Masih Menjadi Amalan Lelaki


Bila sebut sahaja mengenai awet muda, pasti kita akan merujuk kepada wanita. Tidak dinafikan ramai wanita yang masih mengamalkan amalan petua orang tua terutamanya untuk mendapat wajah awet muda dan tubuh badan yang sihat dan cantik. Wanita yang sentiasa mengamalkan petua lama orang tua pasti memiliki wajah yang menarik dan berseri biarpun usia sudah memasuki separuh abad.

Namun, tahukah anda terdapat juga segelintir lelaki yang juga punya petua tertentu untuk kekal tampil muda dan cergas tidak kira di umah ataupun ketika bekerja?? Berikut adalah antara petua-petua yang masih lagi diamalkan oleh kaum adam mementingkan kesihatan bukan sahaja luaran malah dalamannya sekali:-

1) Ulam-ulaman dan bersenam.

Ulam-ulaman sangat bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C, vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.

2) Mengamalkan doa untuk awet muda.

Ada di antara kaum adam ini yang mengamalkan doa untuk awet muda. apakah doanya aku juga tidak pasti.mungkin ada di antara anda di luar sana tahu dan boleh berkongsi??=)

3) Berfikir secara logik dan sentiasa cool.

Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, selalunya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Arwah datuk aku juga seorang yang cool dan seorang yang pandai berbincang serta mengawal sesuatu keadaan.

4) Meminum air herba atau akar kayu dan air suam.

Kalau orang dulu-dulu, ramai yang mengambil herba atau akar kayu dan meminum air suam memandangkan mereka banyak bekerja di ladang-ladang dan hutan, jadi memerlukan tenaga yang kuat. Tidak hairanlah, walaupun mereka sudah memasuki separuh abad tetapi tenaga masih kuat dan boleh bekerja.

5) Air embun.

Percaya atau tidak, masih ada di antara mereka yang mengamalkan petua dengan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar.

Kesimpulannya, petua orang tua dulu-dulu memang baik untuk diamalkan tetapi kita juga perlu melihat sejauh mana kebaikannya, yang mana benar dan yang mana mitosnya. Ada yang terlalu taksub dengan sesuatu petua sehingga sanggup melakukan perkara yang pelik-pelik. Seeloknya mintalah pandangan atau nasihat daripada orang yang terlebih dahulu makan garam daripada kita.

ps:sesiapa yang ada petua lagi untuk berkongsi, silakan ye.=)

No comments: