Aku rindu pada seseorang.rindu ini hadir kembali bila aku terbaca entri Cik Merah Jamboo semalam.sampai bila-bila aku tidak akan lupa dia.doa padanya sentiasa aku titipkan setiap kali lepas solat.
Dia. dialah arwah nenek aku.arwah Minah.itu nama arwah.simple sangat.
Kalau dulu-dulu, aku memang suka dengar macam-macam cerita dari bibirnya.cerita Jepun mendarat.asal-usul sesuatu kejadian.bila arwah kahwin dengan arwah atuk.itu antara ceritanya yang aku masih ingat sampai sekarang.
Arwah sangat rajin baca Quran dan solat sunat.dia banyak ajar aku.dia ajar aku berbagai-bagai solat sunat.satu perkara yang aku tak dapat tunaikan buat arwah sebelum dia meninggal iaitu tolong bacakan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran.maafkan cucumu ini.
Kami adik beradik panggil arwah 'mok'.itu panggilan orang kelantan.entah, kami lebih selesa memanggilnya 'mok' dari nek atau nenek.tapi sekarang jarang sangat dah dengar cucu-cucu kat sana panggil sebegitu.sekarang kan zaman moden.aku dulu sempat juga la merasai pengalaman zaman yang tidak berapa moden.buktinya gambar kenangan dalam album warnanya suram dan lama.alah, bukan aku saja sebenarnya, ramai juga kat luar sana ada gambar sebegitu.betul tak??
Arwah meninggal masa aku tahun pertama kat matrikulasi UIA.sekarang dikenali dengan Centre of Foundation Studies.seingat aku, baru saja aku dua bulan kat sana masa tu.waktu aku dapat mesej dari Kak Long, aku dalam kelas.hati aku tergerak nak tengok handset.bila aku tekan open, dapat mesej yang membuatkan hati sangat takut dan berdebar-debar.
"mok nazak, jatuh dale bilik air.doktor kato mungki tak dok harapan doh"
saat tu juga airmata aku gugur.tangan aku sejuk.hati berdebar tak tentu arah.muka aku dah pucat semacam.aku minta kebenaran pensyarah untuk keluar awal.aku keluar dalam keadaan hati yang berkecamuk.memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku, aku sangat takut.
sampai saja kat bilik, aku kemas cepat-cepat pakaian untuk balik malam tu juga.tiba-tiba saja Kak Long aku call.
"Tiniiiii...mok tak doh doh!"
suara tangisan Kak Long aku dapat aku dengar dengan jelas.
aku tidak dapat lagi menahan perasaan gundah aku waktu itu.aku menangis dan terus menangis.mujur lah roomate aku Ajah ada ketika aku tengah down.dialah yang tenangkan hati aku.terhinjut-hinjut aku menangis sampaikan aku diserang asma.tapi nasib baik tidak melarat asma aku.
malam tu, kawan aku hantarkan aku ke stesen bas Putra.dia sanggup skip kelas malam tu sebab nak hantar aku.terima kasih Sah.aku tidak akan lupa jasa kau kawan.
sebaik saja jumpa Kak Long aku, kami berpelukan.menangis lagi.tak hirau dah orang lain sekeliling.
kami sempat tengok jenazah arwah.sampai jenazahnya diusung ke kubur, kami adik beradik tak henti menangis.aku tak ikut sekali ke kubur.takut perasaan tak boleh kawal.mana la tahu tiba-tiba meraung.tak elok meraung di tanah perkuburan, sakit arwah nanti.
Kehilangannya beri impak besar pada keluarga aku.Bila tiba raya selepas tu, kadang-kadang terasa suara bising arwah berlegar-legar dalam rumah.orang yang paling banyak menangis dan masih terasa kehilangannya sampai sekarang adalah abah aku.

Dan sampai sekarang aku hadiahkan doa dan ayat suci Al-Quran buatnya.damailah "mok" di sana.
AL-FATIHAH.

6 comments:
kalo sebut ttg nenek ..sy pun rindu....nenek sy pun suka bercerita kisah dulu2..kisah cintan cintun mak abah la...dan mcm2 lagi...seronok dgr dia cerita...
asha:
sama2 kita hadiahkan doa buat mereka..=)
sedihnyer kak.
mok! erm, anem pun dlu ade 'awe' tapi hajat anem sbelum dier pergi nk bgi dia rse masakan anem, tapi tak sgka nasi goreng hangit adalah menunya ~ huhu.
rindu*
sme2 kite doakan mereka ea,kak;)
rindu..akak sentiasa rindu arwah anem..huhu
doa dan ayat2 suci al-quran itulah hadiah buat mereka..=)
Al Fatihah~
lavender:
thanx..=)
Post a Comment