
Gadis itu bersiram airmata
Duka menghambat dirinya
Bulan semalam suram cahayanya
Menghitamkan lagi lantai langit
Seolah mengerti melankoli si gadis
Gadis itu terhiris jiwanya
Perit di atas seuntai bicara
Melontar tanpa ditanya sebabnya
Menyebut tanpa rasional fikirnya
Pernah kau lihat pada matanya?
Pernah kau selongkar kotak hatinya?
Pernah kau cari ke mana separuh hatinya?
Pernah kau intai derita batinnya?
Gadis itu hanya mampu mengesat tubir mata
Menghela nafas mengumpul rasa
Mencari semangat membuang sisa
Mengganti racun dengan penawarnya
Walau gulana berlegar meresahkan
Malamnya ditemani bintang-bintang kecil
Walau tidak mengecap ria di sisi pelakon dalam pentas dunianya
Watak-watak itu terlakar pada kanvas rindunya
tetap tersimpan pada helaian nota kasihnya
Jika kau mahu menelah si gadis begitu dan begini
teruskanlah...
Si gadis pasti terus bangun
Kerana pengorbanannya tidak sia-sia
Kerana kemanisan itu ada pada DIA.
Ya DIA.
Si gadis ada DIA.
Duka menghambat dirinya
Bulan semalam suram cahayanya
Menghitamkan lagi lantai langit
Seolah mengerti melankoli si gadis
Gadis itu terhiris jiwanya
Perit di atas seuntai bicara
Melontar tanpa ditanya sebabnya
Menyebut tanpa rasional fikirnya
Pernah kau lihat pada matanya?
Pernah kau selongkar kotak hatinya?
Pernah kau cari ke mana separuh hatinya?
Pernah kau intai derita batinnya?
Gadis itu hanya mampu mengesat tubir mata
Menghela nafas mengumpul rasa
Mencari semangat membuang sisa
Mengganti racun dengan penawarnya
Walau gulana berlegar meresahkan
Malamnya ditemani bintang-bintang kecil
Walau tidak mengecap ria di sisi pelakon dalam pentas dunianya
Watak-watak itu terlakar pada kanvas rindunya
tetap tersimpan pada helaian nota kasihnya
Jika kau mahu menelah si gadis begitu dan begini
teruskanlah...
Si gadis pasti terus bangun
Kerana pengorbanannya tidak sia-sia
Kerana kemanisan itu ada pada DIA.
Ya DIA.
Si gadis ada DIA.
2 comments:
salam..
such a beautiful poem..
i like.. :)
deena:
thanx...=)
Post a Comment