Wednesday, March 31, 2010

Home » , » Terkini: Penapis Rokok Mengandungi Darah Babi

Terkini: Penapis Rokok Mengandungi Darah Babi

Entri ini aku copy dari IDEAS.THINK.SHARE dan aku rasa amat penting untuk kita semua titikberatkan...

******

Berita baik kepada perokok muslim yang masih dalam usaha dan perancangan untuk berhenti merokok, walaupun perancangan tu dah bertahun-tahun tapi tak pernah berjaya. Mungkin penemuan terkini seorang Profesor dari Sydney mampu membuatkan seorang perokok tegar muslim terus berhenti merokok. Ini kerana Profesor Simon Chapman dari Sydney, Autralia dalam kajiannya baru-baru ini mendapati terdapat 185 kegunaan industri berbeza-beza yang menggunakan babi, termasuklah penggunaan hemoglobin babi dalam penapis rokok.

Petikan daripada News.Com.Au pada 30 Mac 2010:

CIGARETTES may contain traces of pigs’ blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence “very offensive”. University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig – including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork. “I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive,” Prof Chapman said today. “The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

Penyelidik tersebut telah menemukan hemoglobin babi – protein darah – yang digunakan untuk membuat penapis rokok yang didapati lebih berkesan untuk mencegah bahan kimia berbahaya sebelum bahan tersebut memasuki paru-paru seorang perokok.

Satu lagi alasan atau sebab kukuh kenapa seseorang tu wajib berhenti merokok, teringat pula cerita seorang rakan dulu yang biasanya sesetengah umat islam walau nakal atau jahat takat manapun tapi bila bab babi ni cukup sensitif, tak boleh makan, walhal boleh dikatakan banyak kejahatan lain yang selamba saja mereka lakukan. Mungkin ada benar juga pendapat rakan saya tu.

Cuma tak pasti sama ada kajian tersebut turut melibatkan rokok-rokok kat Malaysia ni, lagipun rokok mana ada sijil Halal JAKIM, memang patut dan wajib berhenti lah tu.

*****

Janganlah berhenti mencuba dan berlengah untuk melakukan sesuatu yang baik, apatah lagi untuk kesihatan diri sendiri. Jasad kita telah diamanahkan oleh Allah untuk kita menjaganya dengan baik, seterusnya mencapai maksud dan tujuan mengapakah kita diciptakanNya.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (ad-Dzariyat: 56).

"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." ( al-Asr :1-3)

Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala yang buruk datang daripada diri ini sendiri..wassalam..

No comments: