Wednesday, March 24, 2010

Home » » Tidak Mahu Dipijak Lagi

Tidak Mahu Dipijak Lagi

Minggu exam yang buat aku kekurangan mood dan semangat untuk mentelaah, mengadap buku-buku pelajaran. kenapa ye? bila lah mahu berubah ni? hmmm..

First paper dah berlalu. Gap selama 5 hari untuk sampai kepada paper seterusnya. Sepatutnya aku sudah mula mengemas barang-barang ke dalam beg dan kotak-kotak tapi satu apa pun aku tak buat lagi. Tiba-tiba je rasa sayu nak tinggalkan bumi UIA ni. Terlalu banyak pengalaman aku belajar di sini. Di sinilah aku belajar jadi lebih kuat dan kental. Di sinilah juga aku belajar sesuatu yang baru. Dan di sini juga aku belajar menulis dalam blog tahun lepas. Itu pun selepas wireless available kat bilik. Apa lagi, hari-hari mengadap laptop. agagagaga!(^_^)

Harap semuanya berakhir dengan pengakhiran yang baik. Aamin..

Tengah final ni, ragam orang pelbagai juga. Dulu ada orang pinjam nota aku masa final exam. Katanya nak fotostat, kemudian hantar terus pada aku hari tu juga. Tunggu punya tunggu, dia hantar hari last yang masih ada untuk study. Itu pun hantar waktu petang. Aku macam orang gila tunggu. Kata nak hantar pagi, tapi petang nak dekat maghrib dia hantar. Apa yang aku boleh buat hanyalah menangis sebab terlampau marah dan aku tak boleh marah dia. Saat-saat macam tu pun aku masih lagi nak jaga hati orang. huhuhu..

Pagi tadi, ada lagi orang nak pinjam buku teks dengan aku. Aku dah agak dia nak fotostat juga. Aku nekad tak mahu bagi pinjam dah time macam ni. Aku terpaksa tipu aku tengah study guna buku tu. Maaf la, aku dah serik dengan kejadian yang dulu. Terlampau baik boleh buat orang pijak kepala. Dan memang aku dah banyak kali dipijak-dipijak.

Ini adalah semester terakhir aku. Aku mesti lakukan yang terbaik buat diri dan keluarga aku. Tak mahu lagi dipijak-pijak. Ayuh kita berusaha!=)

Aku pernah ditegur oleh classmate sebab guna perkataan 'aku' terhadapnya. Katanya tak sesuai dengan empunya diri dan agak kasar. Aku tak kisah apa persepsi dia terhadap aku tapi apa yang aku jawab pada dia:

"Kadang-kadang kita perlu jadi kasar. Terlalu berlembut boleh buat kita dipijak orang"..

Ye, pengalaman yang lalu buat aku jadi agak kasar dalam bertutur. Tapi tengok pada keadaan juga lah. Bila orang lain tak hiraukan group assignment, aku akan jadi agak kasar. Marah. Tapi boleh lagi dikawal. Kalau tak, assignment pun tak boleh nak siapkan, kerja tak jalan.

Dulu, aku terlampau berlembut, terlampau baik dengan orang sampaikan orang mudah mengambil kesempatan. Aku lebih suka berdiam diri walaupun mereka yang salah. Padahal dalam hati membara aura kemarahan. Tapi sekarang, sikap tu aku dah buang sikit-sikit. Pijak la kalau berani, kena lah nanti. Macam lah orang takut kan? hahahahaha..=p

First impression aku dapat daripada orang yang baru mengenali aku adalah seorang yang serius, fokus, dan mengambil berat. Ada betulnya. Muka aku yang nampak serius sebenarnya dan ada kisah di sebalik itu. Hanya teman-teman rapat yang mengetahuinya. Hakikatnya, aku seorang yang peramah. hehehe..

Korang ada pengalaman dipijak orang tak atau orang naik kepala? Kongsi sikit boleh? Bagaimanakah korang menanganinya?

No comments: