Friday, April 30, 2010

Home » , » Cerita Tentang Bintang Antara Bintang-Bintang

Cerita Tentang Bintang Antara Bintang-Bintang


Apa yang aku harapkan, cerita itu berakhir di sini. Tapi seolah-olah cerita itu tidak mahu bernoktah. Masih lagi ada koma, tanda seru, kurungan dan sebagainya.

Kadang-kadang, kita yang mengolah cerita jadi suka dan duka. Yang menciptanya adalah DIA. Yang mengizinkan cerita itu berakhir juga adalah DIA. Namun usaha tetap usaha. Jika kita rasa cerita itu merimaskan kita, kita patut usaha untuk meletaknya jauh-jauh. Tak pun, tanam dalam-dalam ke dalam perut bumi. Ataupun, cubalah lontar ke Lautan Pasifik. Mampu ke?hahahaha.

Apa pun, diri aku sendiri yang tidak mahu menamatkan cerita itu lagi. Mengharapkan cerita itu berulang kembali. Tidak mahu menerima hakikat agaknya. Adehh.

Rasa terkurung juga setiap kali cerita itu dimainkan di layar kehidupanku. Setiap kali itulah juga, aku cuba mencari bintang selatan, ingin merenung dan menikmati cahayanya yang berkilau di atas lantaian langit hitam. Kenapa ya aku asyik mencari bintang selatan? Kenapa tidak bintang utara atau bintang timur atau bintang barat?

Mungkin setahun dua lagi bintang selatan akan hilang, sedikit demi sedikit cahayanya menyuram. Aku akan tunggu bintang-bintang lain bertaburan di ruang angkasa yang luas terbentang, mencipta cerita baru bersama bintang baru yang lebih memancar cahayanya.

Yang pastinya, bukan cerita Adamaya dalam TV tu dan juga bukan Bintang Kecil...hihihihihi

******

Selamat Hari Pekerja buat seluruh pekerja di Malaysia. Sebutir beras itu ibarat setitik peluh petani. Hargailah pekerja yang setia berkhidmat untuk masyarakat!Ada kaitan ke peribahasa tu ea?apa-apa saja lah!weeee!^__^

4 comments:

Mrs. Q! said...

bintang cantek! hati yg susah bleh jd tenang bile tgk mlm2 ari.

Unknown said...

Kie-yu:

bintang mmg cantek..cuma klu cahayanya suram,krg cntk dh la..hehehe

Anonymous said...

aku harap masih ade sinar bintang untukku fatin

doakan aku ye

>>___<<

kau juga...mg Tuhan berkatimu

Unknown said...

jane:

pasti ada bintang untukmu jane..

aku doakan kau dpt bintang itu..=)