Wednesday, April 7, 2010

Home » , , » Suka Dan Duka Sepanjang Musim Pemerahan Otak

Suka Dan Duka Sepanjang Musim Pemerahan Otak


Akhirnya final exam tamat sudah pada hari ini. Alhamdulillah. Moga natijahnya juga memuaskan.

Kadang-kadang rasa tak sangka semester ini berlalu begitu sahaja. Kebetulan ini adalah semester terakhir aku. Semester ni juga la semester yang paling kelam kabut. Tapi semuanya sudah berlalu..Aku pasti merindui tanah UIA. Rindu dengan teman-teman di sini. Rindu dengan pensyarah-pensyarah yang tidak lekang memberi ilmu yang berguna buat kami. Rindu dengan cafe Hafsa, Aminah, Asma' dan Maryam. Tak merasa dah lepas ni air tangan tukang masak-tukang masak kat sini. Rindu makcik-makcik dan kakak-kakak yang tidak jemu membersihkan tandas dan halaman mahallah kami.

Sepanjang minggu exam ni juga ada beberapa peristiwa suka dan duka. Suka mungkin sebab ringan dah sikit kepala ni. Duka sebab mendapat perkhabaran yang tidak mengembirakan.

Yang paling mendukacitakan bila aku mendapat tahu kawan aku sewaktu sekolah rendah dulu, terlantar di atas katil wad menanggung kesakitan yang amat. Spinal injury katanya. Sekarang tengah menunggu untuk dibedah kali kedua. Doktor membuat jangkaan 50/50 untuk berjaya. Namun siapa tahu ketentuan Allah. Manusia hanya mampu mengagak, menelah, merancang dan membuat kesimpulan awal tentang sesuatu. Yang nyata, hanya DIA yang Maha Mengetahui segala-galanya yang terbaik buat setiap hambanya..

"Buat sahabatku..tabahkan hatimu..mintalah padaNya..mengadulah padaNya..Kita sakit, Allah sayang..aku tahu kau kuat..aku tahu kau mampu bertahan..Teruskan bersabar..Aku di sini hanya mampu berdoa buatmu sahabat.."

Aku di sini tidak menjangka perkara macam ni akan berlaku..Niat aku untuk kumpulkan rakan-rakan sekelas kita dulu, buat reunion setelah 13 tahun kita masing-masing tidak bertemu..Tak sangka pula aku jumpa kau dalam facebook dalam keadaan macam ni..Syafakallah sahabatku..


Ah, mengenangkan sahabat yang sakit teruk, tiba-tiba saja rasa gembira berkurangan walaupun dapat melepaskan kelegaan setelah 2 minggu berhempas-pulas dengan exam..:(

Oh ye, mengenai tag dan award yang telah Acit bagi pada Kak Tini tu, thank ye..Untuk tag tu, Acit boleh la refer kat SINI ok? Memandangkan Kak Tini telah mendapat tag yang sama sebelum ini..hehehe..seperti biasalah, tag akan dikunci..jangan marah ye Acit..hehehe..

6 comments:

messyremo said...

moga sahabat tu selamat mnjalani operation tu dengan selamat..
ameen~

Unknown said...

messyremo:

insyaallah..=)

shuko said...

dah tahun akhir ye kak..tahniah la kak..dan kwn kakak tu. smoga die cepat sembuh ye..

Unknown said...

shuko:

alhamdulillah dh habis shuko..hmm akk risau sbnrnye..mcm mn la agaknya keadaan dia..huhuhu

Munsyi said...

Semoga Allah sembuhkn kwn akak tu. Eh, dh abes dah? All the best and thanks for everything. :)

Unknown said...

munsyi:

aamin..alhamdulillah syukur dh abes..all the best 2 u 2 and you are welcome..=)