Tuesday, April 20, 2010

Home » , » Syukur PadaNya Dengan Kurniaan Ini

Syukur PadaNya Dengan Kurniaan Ini


Aku kepenatan. Capek. Itulah yang aku rasakan. Namun, balik saja dari kerja, aku buka laptop dengan perasaan berdebar-debar. Takut, cemas bercampur aduk. Apa tidaknya, rasa rimas kena cek result final semester aku.

Nak tunggu result loading pun dah satu hal. Terasa lebih lambat daripada biasa pula.

Tatkala result terpampang di ruang mata, aku kaku buat seketika. Airmataku hampir menitis.

Aku gembira. Syukur padaNya dengan kurniaan ini. Penat lelah, kepayahan serta dugaan dibalas dengan hasil yang mengembirakan. Tidak perlu ku nyatakan berapa pointer yang aku dapat, tapi..cukuplah aku katakan bahawa result ini amat menyukacitakan aku.

Barulah aku tahu bagaimana perasaan sahabat-sahabatku yang sudah grad setelah berhempas pulas belajar. Alhamdulillah ALLAH..=)

Kalau tidak ada aral apa-apa dan jika ada rezeki, tahun ni juga aku akan sambung belajar. Waktu yang masih ada ini, aku akan cuba yang terbaik berkhidmat bersama guru-guru di SRI AL-HAFEEZ.

Makin hari, hati aku makin sayangkan tempat aku bekerja sekarang. Di sini aku temui cabaran dan pengalaman baru. Walaupun pelajar-pelajar di sini aktif, becok dan nakal, kadangkala mereka menghiburkan hati. Begitulah kehidupan kanak-kanak zaman sekarang. Mereka tidak seperti kanak-kanak yang terdahulu, mudah dan taat pada guru.

Aku kagum dengan guru-guru di sini walaupun aku tidak menyandang jawatan sebagai guru. Bukan senang untuk melentur dan mendidik mereka. Berkat kesabaran para guru lah, mereka mendapat panduan dan ilmu yang mampu melembutkan hati-hati mereka.

Staf dan pekerja lain juga tidak kurang hebatnya. Semua memberi komitmen sebaik mungkin walaupun keletihan dengan kerenah para pelajar yang pelbagai. Syabas untuk kalian semua!

Setiap daripada kita pasti akan melalui berbagai-bagai fasa kehidupan. Dari alam kanak-kanak ke alam remaja, ke alam dewasa, ke alam pekerjaan dan seterusnya sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Semua peringkat hidup manusia pasti akan diuji Allah dengan dugaan yang berbeza sama ada ringan atau berat dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Marilah sama-sama kita bersyukur dan cuba lagi mempraktikkan rasa kesyukuran padaNya dengan nikmat dan rahmatNya yang kadang-kadang terselindung di sebalik kesusahan.

SYUKUR...^__^

4 comments:

♥Niesa' imana♥ said...

syukur Alhamdulillah..Mabruk alaik ye kak...

Jadi motivation pd ana terus berjuang utk jadi cemerlang jugak nih..^_^ sebab ana tau,segala dugaan yang akak hadapi adalah lebih sukar dari ape yg ana hadapi..wallahu'alam..

sama2 lah kita berjuang dalam jihad ilmu ye,kak...walaupun haluan kita dan laluan kita berbeza..tapi
Destinasi kita tetap sama.."because we are in the same journey searching of mardhatillah"
InsyaAllah..

btw,kak fatini..
good luck in your future undertakings..plus..may ALLAH bless ur life in the future n here after..=)
da further stdy nty, jgn lupe ana kat cni..hehe..
take care kak..syg akak fillah...

Unknown said...

niesa:

alhamdulillah hbs jgk blj...lega sgt rasa..

yani blj leklok ea..yani pasti cemerlang..all the best k!

sama2 kita terus berjuang..=)

secangkir madu merah said...

salam...

alhamdulillah..tahniah buatmu..teruskan usaha agar terus berjaya...

Unknown said...

secangkir madu merah:

wslm..tentiu tentiu..=)