Thursday, May 6, 2010

Home » , , » Kamu Semua Mewarna-warnikan Hidupku

Kamu Semua Mewarna-warnikan Hidupku

With Azam in my office..Leader of 1 Bukhori

Akhir-akhir ni entri aku banyak berkisarkan si kecil-si kecil SRI AL HAFEEZ bukan? Aku sedar semua tu. Dan aku juga semakin sedar, aku gembira sangat dikelilingi mereka semua. Perasaan duka yang aku alami beberapa bulan terkebelakang ini hilang sedikit demi sedikit kerana mereka dan juga dengan izin Allah.

Tidak dinafikan terkadang mereka nakal hinggakan suhu panas aku naik. Cuma aku tidak dapat bayangkan jika mereka tidak ada kerenah yang pelbagai, pasti sunyi, tidak ceria dan tidak berwarna-warni hari bekerja aku.

Pelajar kelas 3 Abu Dawud sama-sama mengumpul duit mereka untuk membeli tikar getah yang baru. Tanpa disuruh oleh guru, mereka membuat keputusan yang bijak pada perkiraan aku. Mereka tidak mengharapkan bajet sekolah, tetapi berusaha sendiri untuk keselesaan kelas dan pembelajaran mereka. Agak terkejut juga aku bilamana Ustazah N memberitahuku perihal anak muridnya. Sejurus itu, kami berdua ke kedai perabot yang bertentangan dengan bangunan SRI AL HAFEEZ untuk membeli tikar getah yang baru.

Segulung besar tikar getah kemudiannya dihantar oleh pekerja kedai tersebut ke dalam kelas. Aku melihat betapa seronoknya mereka bekerjasama untuk menukar tikar getah yang baru. Kelihatan Ustazah N begitu keletihan tapi demi anak-anak murid kesayangan, dia tetap gagah meneruskan tugasnya. Aku cuba membantu mereka sedaya termampu. Inilah saat-saat kerajinan mereka yang sempat aku rakamkan:



Love them all!

4 comments:

Norul Malakiah Sidek said...

mereka sgt comel

Unknown said...

miss havoc:

kanak-kanak semuanya comel!=)

nazz said...

hahaha comelnya mereka mereka ini...

Unknown said...

nazz:

tau takpe..hahaha