
Kira-kira.Campur, tambah, tolak. Duit masuk dan duit keluar. Adehh. Pagi-pagi lagi kena cas aktifkan otak kiri.
Oh, hari ni aku kena siapkan akaun bulan Mac dan April. Tapi bukan akaun macam gaya akauntan yang buat tu. Akaun simple sahaja dan mudah untuk aku faham. Draft nya sudah ada sebagaimana yang telah ditulis oleh Mem. Jangan marah Mem ye...ihihihihi..Reportnya ngak siap lagi, besok hari saya cuba siapkan ya Mem..ahaks!
Bila sebut pasal kira-kira ni, teringat pula masa aku belajar subjek Psychological Statistics dulu. Punya la perah otak kiri untuk ingat formula, step untuk kira, untuk faham konsep nya bagaimana. Kalau tidak ada latihan yang cukup untuk orang macam aku ni, sah-sah la tersadai. Memang pernah tersadai pun. hahaha..Tapi, tersadai sekali tidak bermakna tersadai selama-lamanya. Aku bangun kembali, belajar daripada kesilapan lalu.
Untungnya aku bila sekelas dengan sifu yang punya kegeligaan tinggi dalam kira-kira. Aku banyak dapat tunjuk ajar daripada dia. Bertanya dan mengaku tentang kesadaian aku terdahulu sudah tidak malu. Semuanya aku tolak ke tepi demi mendapatkan ilmu daripadanya. Walaupun aku pula jadi sifu dia sekarang, jasa dia jadi sifu aku lebih bermakna daripada aku jadi sifu dia. Thanks a lot Kak Nisa!Nanti saya kasi pulut kuning!ngeee~
Matematik akan jadi mudah bila kita dah jumpa cara yang amat mudah untuk kita faham..kan? Sesiapa ahli Matematik di luar sana, sila betulkan jika apa yang aku sampaikan ni menyimpang dari landasannya..Maklum la aku ni lemah sikit bab mengira ni...Itu hanya pendapat peribadi aku je..ahaks!=)
7 comments:
maths is fun aite!
passion dulu pada math
sayang amek engine...
miss havoc:
yes, it is!=)
joegrimjow:
alala..yeke..xpe la amk engine pn..orait what..=)
kene rajin buat exercise la kan..
Buffered Earnings Silih Berganti !
velasrizal:
ha'ah itulah yg sebaiknya..=)
Mana ada pandai. Dr Sohail ajar...sebab tu Kak Nisa tahu. Hehe. Esh...nak bagi hadiah ke? Pulut kuning tak mboh la, Tini.. Segan Kak Nisa. Tapi kalau setakat pakej percutian ke Paris 5 hari 4 malam ok doh..disertai wang poket barang 2-3 ribu dolar, Kak Nisa tak kisah sangat..cukuplah.. (Hihihihi..)
kak nisa:
pakej2 tu tunggu sy ada duit bermilion dolar dulu br leh kasi...ewahh, demand jugak ye tok guru nih...hahhahaha
Post a Comment