Wednesday, May 26, 2010

Home » , , » Mintalah Petunjuk DaripadaNya..Restu Ayahbonda PENTING

Mintalah Petunjuk DaripadaNya..Restu Ayahbonda PENTING


"Suri, pernah tak Suri buat istikharah? Masa sebelum Suri kahwin dulu, Suri buat tak??"

Suri berpaling sekilas ke arah Nida sambil meneruskan kerja-kerja memfotostat kertas soalan untuk ujian bulan enam.

"Pernah", balas Suri ringkas.

"Berapa kali Suri buat? Lama tak??"

"3 hari berturut-turut Suri buat, nampak suami Suri dalam mimpi. Memang dia". Senyum Suri makin melebar. Hampir-hampir sampai ke telinga.

Suri lawa. Lelaki mana-mana pun pasti tertawan. Bukan saja lawa dari segi rupa, malah akhlaknya juga. Lemah lembut pertuturannya. Aurat juga terjaga. Kalau ada lelaki yang tidak suka pada wanita sebegini, memang pelik.

"Satu je Suri nak beritahu Nida. Restu mak ayah tu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Untuk keberkatan rezeki dan kerukunan rumahtangga. Suri tak pernah bercinta sebelum ni. Cinta Suri hanya pada suami sekarang. Alhamdulillah kehidupan kami teratur sangat. Suri percaya ianya datang dari restu mak ayah, keterbukaan hati dan keyakinan mereka terhadap calon menantu yakni si lelaki mampu menjaga anak perempuannya".

"Petunjuk juga tak semestinya datang dari mimpi. Mungkin juga dari kata hati Nida, dari gerak geri sekeliling. Allahua'lam..".

Nida senyum. Mungkin dah tiba masanya.

******

nota kaki: Apa-apa pun, minta lah petunjuk daripadaNya..walaupun calonnya diperkenalkan oleh mak ayah..Apa kata korang??

8 comments:

niesz said...

niesz pnh terpk nak wat..tp niesz takut nk hadapi kenyataan..huhu..

Unknown said...

niesz:

sekali niesz dh wat..niesz pasti akn redha dgn ketentuanNYA..yakinlah DIA dah sediakan yg terbaik buat kita..=)

mamawana said...

Salam caiyang...

Yeap penting doa restu ayahbonda. Istikharah yg bersungguh2 dgn ikhlas insyaallah akan membawa ke arah kebahagiaan dan keredhaaNYA. Tiada penyesalan.

Unknown said...

mamawana:

yup itulah yg sebaiknya..hhuhu

yoro okino said...

bile ea nak kawin..bosan dah nie..
=P

Unknown said...

yoro okino:

sekarang pn bleh..keh3..=p

deena farhana said...

salam fatin...ade award utk fatin..sila ambik kt blog sy ye..

Unknown said...

deena:

wslm akak...award?thanx akk..huhu