Saturday, July 31, 2010

Home » , , » Gembirakan Hati Orang Lain, Berganda-Ganda Lagi Allah Beri Nikmat Pada Kita

Gembirakan Hati Orang Lain, Berganda-Ganda Lagi Allah Beri Nikmat Pada Kita

Seronok seronok seronok. Dah lama tak keluar jalan-jalan sakan macam hari ni. Kalau masa belajar dulu, balik-balik pergi Jaya Jusco kt Wangsa Maju, Pasaraya Ong Tai Kim, Plaza Idaman, Low Yatt dan Giant Batu Caves. Tapi kali ni 'berderat' di Kota Bharu. 'Berderat' tu loghat Kelantan, maksudnya jalan-jalan. ngehehe..

Rancang nak pergi dalam 4,5 orang tapi akhirnya 3 orang je yang menyambut lambaian Kota Bharu. Mula-mula macam tak bersemangat je aku. Tambah lagi naik bas. Maklum la masing-masing tidak ada lesen. haha. Kak Faie dan aku menerima dengan seadanya kemampuan masing-masing. Bukan apa, gaji kami ni lagi bawah dari paras kemisikinan. isk3..tak mengapa, mungkin tidak ada lagi rezeki lesen untuk kami berdua. huhuhu..

Memandangkan aku dah janji dengan adik bongsu aku Farid untuk bawa dia bersama kami, terpaksa lah aku guna skill lentok terhadap abah aku demi mendapatkan kelulusan dan jaminannya demi menunaikan janji-janji manis aku itu. Nasibnya baik kali ni, abah aku kasi lampu hijau! Selalu susah sangat nak dapat lampu hijau, mesti merah merah merah. Tettt..

My sweet little brother, Farid

Adik aku punya lah seronok naik bas. Seronok ke? biasa lah first time naik bas. Budak-budak apa tahu. Aku ni dah bertahun naik bas masa sekolah dulu, memang la agak rasa cuak nak naik. Ish ish ish, tak bersyukur betul la Cik Fatin. Ok la kan daripada jalan kaki. hehehe...

Hajat di hati nak main bowling kat KB Mall tapi tak jadi sebab ada orang lain booking. Macam ada tournament je. At first, rasa frust juga. Tapi kami jalan-jalan secara rawak dalam KB Mall, singgah kat kedai haiwan peliharaan, beli jam RM10 untuk adik aku (cuak sikit sebab adik dah merengek.haha), window shopping baju kurung (konon lah) dan main bola jaring mini dengan adik. Kak Faie belanja RM5 untuk anak muridnya yang merangkap adik aku. ngee~~

Kemudian, kami keluar dari KB Mall, jalan kaki lebih kurang 500 meter menuju ke Kompleks Sukan Perdana untuk meneruskan niat main bowling. hehehe..Memang sangat nasib baik sebab kat sana tak ramai orang. Masa kami sampai pun, ada sorang mamat ni dah nak habis main pun. Lepas tu, tinggal kami bertiga je kat situ. Ingatkan hujung minggu ramai yang memenuhi tempat tersebut. Mungkin sebab ada pameran ular kot kat Muzium Kelantan.

Tengok adik aku bukan main gembira boleh sumbat bola. Sekali semua jatuh! Padahal dia golek dengan perlahan je. Adik aku umurnya 8 tahun. Tak sangka juga aku dia sanggup angkat bola 8 kg semata-mata untuk menggoleknya. Farid Farid. hahaha. Hilang stress aku tengok adik gembira, terlompat lompat dia sampaikan aku pun turut melompat! wakakaka...

Lepas je habis dua game, kami pergi ke Pameran Ular kat Muzium Kelantan. Tarikh akhir pameran hingga 6 Ogos ni. Tiket masuk untuk dewasa RM 3, kanak-kanak RM 2 dan RM 1 kalau diorang pakai uniform sekolah. Jadi kepada cikgu-cikgu di Kelantan yang rasa nak bawa anak-anak muridnya ke pameran ni, boleh la sewa satu bas datang hujung minggu depan. Kat sana ada pertunjukan, ratu ular pun ada, nak ambil gambar bersama ular pun boleh tapi kena bayar RM10. Aku teringin juga nak pegang ular tadi tapi sebab duit dah tak cukup, peluang tu hilang macam tu je..huhuhu

Bila dah sampai tengahari, perut masing-masing pun dah berkeroncong dengan hebat. Kami jalan lagi. Akhirnya sampai juga kami di Radix Chicken House. Kami order nasi ayam, ambil set RM3.90 untuk seorang. Tambah dengan air untuk 3 orang, semua RM17.40. Kira ok la. Sup dia pun sedap. Dan yang paling penting makanan hasil air tangan orang Islam!Kalau kita tak sokong, siapa lagi nak sokong kan?

Bila dah kenyang, maka kaki pun bersedia untuk melangkah pulang. Naik bas lagi.....eh eh...

Apa yang aku dapat hari ni..Bila kita gembirakan orang lain, berganda-ganda lagi nikmat Allah bagi kat kita. Aku memang dah lama pasang niat untuk belanja adik-adik aku dengan duit gaji sendiri. Walaupun tak banyak tapi cukup la dulu dengan apa yang aku ada setakat ini.

Senyummmmmmmmmm......^________^

18 comments:

Munsyi said...

bertuah Farid dpt kakak yg suke blanje..hehe..Jom lawan bowling skali :)

Unknown said...

munsyi:

haha..mmg bertuah sgt sbb dia yg bongsu...ada abg2 n kakak2...jom lwn bowling!akk main mcm pe ntah smlm shu'bah...haha

deena farhana said...

salam fatin...lama x jenguk fatin sini..

wah2..comel adiknyee :)

Unknown said...

kak deena:

wslm...tula,rindu akak...mst la comel..like brother like sister...haha

Surau Al-Ghafur said...

salam..hee, baru 2 kali g klate, tu pun sbb ziarah ustaz meninggal..bagus akak ni, bertuah adik...

Unknown said...

firdaus:

wslm..ok la 2..lps ni leh g lg..hehe..

adik bongsu mmg bertuah..lgpn akk xnk adk2 akk rs x bertuah mcm akk rs..biarlah diorg rs bertuah dan dihargai..=)

Cikgu Jaja™ said...

sy bahagia bila melihat org lain bahgia..



http://faezahannahalbaj.blogspot.com/

Unknown said...

pai:

betul ke bahagia tgk kak tini bahagia?hehehe

~aSHa~ said...

penuh aktiviti sepanjang hari...adik jadi peneman lak tu...
byk gak pusat main boling kat sane ye? kat tganu ni..yg ada...sudah roboh..ehehhehehe...diserang ultraman..

Unknown said...

asha:

tula psl..dh lama x kuar ngn adk...hehe...dl xbyk jgk,thn ni meningkat skit..=)

muhamad amin ismail said...

Salam.. teringin sesangat nak ke kb dengan menaiki bas.. dah lama tak rasa naik bas ke kb.. last naik bas tahun 2000...

Unknown said...

muhamad amin:

teringin ea?dh lama 2..keinginan sy nk nek bas ke kb dh lama pudar...hehehe

dk kt mn skrg?mst dh lm xblk kel ni...=)

muhamad amin ismail said...

memang teringin.. dulu di yaman... study..baru tahun lepas balik klate.. pudar??? mesti ari2 naik bas kan??

Unknown said...

ms sklh dl mmg slalu nek bas berulang dr PM ke KB...

ms blj kt uia dl pn slalu nek bas..sbb 2 keinginan nk nek bas dh pudar..tp sbb tgk adk hepi,sy pn jd hepi...hehehe..biasa la,org br dpt lampu hijau...=p

muhamad amin ismail said...

baru dapat lampu hijau? erm...enggak ngerti... :)

Unknown said...

amin:

hehehe...xpe,biarkan ia..=p

muhamad amin ismail said...

erm.... :)

Unknown said...

^____^