
3 Ogos 1956. Kenapa bukan 31 Ogos? Memang la bukan sebab 3 Ogos merupakan tarikh lahir bonda ku...Selamat Hari Lahir yang ke 54 ma...Walaupun ma tidak pernah baca atau terlihat blog anak ma ni tapi anak ma tetap ingin memberi penghargaan dan doa yang tidak terhingga buat ma.
Moga Allah memberi kesihatan yang panjang untuk ma dan abah. Hampir terlupa aku hari istimewa ni. Kebetulan aku terbaca status fb kak long aku mengucapkan selamat hari lahir buat bonda, barulah memori kembali tercetus! Maklum la hari ni kesihatan aku tidak berapa baik sampaikan terlupa hari lahir bonda sendiri. Adehh. Tapi tidak mengapa kan? Walaupun terlambat mengucapkan selamat hari lahir, yang penting aku sentiasa mendoakan mereka berdua. Tak pernah aku lupa doakan kesejahteraan dan keharmonian mereka dan keluarga kami.
Sejak aku bekerja di kampung halaman sendiri ni, aku menetap lama dengan mereka. Hari hari tengok wajah mereka yang makin dimamah usia. Tambah lagi kedua-duanya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biarlah mulut aku ni berbuih menasihati mereka supaya hati-hati memilih makanan tapi tetap berdegil. Adoi...
Makin lama aku tengok wajah mereka, makin sayu hati. Walaupun ada perasaan yang masih berbekas dalam hati terhadap hal-hal yang lama tapi bila aku melihat mereka dengan perasaan kasih dan ihsan, rasa-rasa negatif itu aku cuba buang ke tepi. Kerana aku tahu mereka tetap ibu bapaku dari dulu sampailah sekarang. Maafkan anakmu ini.
Kerana sayanglah, aku masih setia dan bersedia untuk cuba lagi berbakti terhadap kedua orang tuaku. Aku masih cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun masih ada kepincangannya.
Nak bagi hadiah apa ye untuk ma?blurrr..
I LOVE MY FAMILY!
*****
Did I really love myself?*sigh
20 comments:
dalam tulisan ini, ada beberapa noktah yang perlu dihuraikan.. agar tahu akan hal yang sebenar.. apa pun biarlah keadaan yang menghuraikan semua itu..
ada 1 perkara yang sering buat amin tertanya2.. kenapa kadang kala dalam diri ini hadir perasaan untuk memuaskan hati orang lain dari memuaskan hati ahli keluarga sendiri???
apa ye hadiah terbaik untuk ma?? selalu la berdoa buat ma.. selalu senangkan hati ma.. adapun yang berbentuk kebendaan itu... hanya sampingan..
bulan ini juga.. besday abah amin.. moga abah lekas sembuh..
amin:
mmg byk yg perlu dihuraikan tp kdg2 penghuraian mgkn tdk difahami..xpe,biarkan ia di situ..=)
dh lama xbg hadiah berupa material kt ma di ats sbb2 tertentu...tp doa mmg xpnh putus utk dia..=)
selamat hari lahir juga utk abah amin..=)
dah lama tak bagi ye?? kalu mcm tuh... beri la yang terbaik sekadar yang mampu..
selamat hari lahir juga buat ma zf...
dulu2 bg kad je...2 pn ms sklh..hehe..lps 2 langsung xbg tp tetap jugak wish...teruk kn sy?
sbnrnya byk xigt n xde duit sblm ni...hehe
x ingat? :) nanti set reminder kat hp.. x de duit tu nak buat mcm mana.. bila baca entri "gembirakan orang lain...." saya cukup mengerti..
i will do it...syukran..=)
errr cukup mengerti?huhuhu
slm fatin..
pekaba? lame kak deena xjenguk fatin..wah..slmt hr lahir mama..moga usia sentiasa dlm kberkatan..
kak deena:
wslm kak...krg sht skit arini..demam..keje pn x arini..dk golek2 kt umah je...hehe
syukran akak...syg akk..=)
cukup mengerti dari sudut "kewangan" .. apa yang zf fikir yer? :)
Selamat hari lahir buat ma kak ZFatin
semoga dpt terus mmbahagiakan mereka. :)
mine is on 5th..wee~
Shu'bah:
thanks...insyaAllah...=)
oooo nk adiah jgk ke gtau nih?=p
amin:
ianya lebih dr sudut kewangan sbnrnya...sbb 2 sy tanya cukup mengerti?
pengertian dan persepsi setiap individu berbagai-bagai..=)
:) .... sodaqti...
'araftu...hehe..=)
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."…ameen..(Al-Isra` : 24)
amin:
ameen...=)
selamat ari jd kat mak awk jgk! smoga panjang umur dan murah rezeki.. dan berbahagia disamping keluaga... amin.. :)
nick irfan:
thanks...insyaAllah aamin...=)
selamat hari lahir untuk mak kak zihnun.. smoga Allah sentiasa memberkati hidupnya.. (^__^)
faarihin:
mekacihhhh...aamin..=)
Post a Comment