Saturday, September 25, 2010

Home » , , , » Nenek..Aku Mahu Melihat Senyumanmu Lagi...

Nenek..Aku Mahu Melihat Senyumanmu Lagi...

Nenek yang tak pernah duduk diam. The only grandmother we have until now.

Nenek bukanlah orang yang paling rapat dengan aku dan adik beradik. Tapi nenek tetap darah daging kami. Bonda kepada bonda kami.

Nenek yang paling rapat dengan kami adalah nenek belah abah. Arwah yang jaga kami semenjak kami masih bertatih dan mahu mengenal dunia. Pemergiannya memberi satu kesan yang hebat buat kami sekeluarga. Sampai ke hari ini, masih terasa kehadirannya. Kenangannya bersama kami tetap subur di ingatan.

Hikmah yang Allah beri, kami masih lagi punya seorang nenek belah ma walaupun dia tidak menatang kami bagai minyak yang penuh. Peluang yang Allah masih beri untuk kami bermanja dan merasa kasih sayang seorang nenek.

Tetapi sekarang nenek sedang sakit tenat. Minggu lepas lagi aku mendapat perkhabaran nenek jatuh sakit. Dia dimasukkan ke dalam wad. Sangka ma, nenek masuk wad disebabkan penyakit tibinya. Sebaliknya, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan nenek terlampau penat dan tidak bertenaga.


Ma tahu nenek sedang risau memikirkan masalah rumahtangga makcik aku. Terlalu stress sampai memakan diri sendiri. Kasih ibu sampai ke mati bukan? Ikatannya takkan putus sampai bila-bila walaupun anak-anak masing-masing sudah berumahtangga.


Minggu lepas aku tak dapat menziarahi nenek kerana terpaksa menjaga adik aku di rumah. Baru semalam dapat menatap wajah tua nenek. Lepas arwah nenek belah abah tidak ada, kami adik beradik mula rapat dengan nenek. Kami adik beradik agak gila-gila. Nenek kami pernah ajar bagaimana untuk mengucapkan i love you, bagaimana buat melakukan flying kiss. Semua tu diajar untuk diaplikasikan terhadap kami. Dengan cucu-cucu lain dia tak pernah buat sebegitu. Dengan kami sahaja.


Nenek orangnya agak kelakar, kalau bercerita penuh dengan gaya. Kaki tangan semua gerak. Bila dia datang rumah kami, dia takkan duduk diam walaupun dia demam. Dia akan mengemas, basuh pinggan mangkuk dan merumput walaupun dah berkali kami melarangnya daripada buat kerja itu ini. Dulu s
ekeliling rumah aku memang banyak rumput tapi sekarang dah tak ada lepas renovate rumah tahun lepas. Satu anugerah yang kami dapat daripada dia lepas nenek belah abah meninggal iaitu ciuman walaupun kami semua sudah dewasa. Dan kami juga belajar mengucup pipi serta memeluk diriya setiap kali bersalaman.

Namun sekarang, nenek sedang bertarung dengan kesakitan yang amat. Cerita, tutur bicara, senyuman dan telatahnya tidak dapat ku lihat lagi. Walaupun begitu, aku masih berharap dapat melihat semua itu lagi.

Belas hati ni memandang keadaan dirinya semalam. Dengan badannya yang lemah dan kurus, lagi membuatkan hati ni mengasihani dirinya. Sejak nenek sakit hari tu, tak putus aku panjatkan doa buatnya. Tiap-tiap hari aku doakan kesihatan dirinya. Ayat-ayat quran yang aku baca, aku niat untuk dihadiahkan buatnya. Makcik-makcik dan sepupu-sepupu aku juga jiran-jiran sudah mula membacakan Yasin untuknya.

Aku sayang nenek. Kami adik beradik panggil dia mok. Panggilan yang juga kami gunakan pada arwah nenek belah abah dulu. Walaupun berbeza sikap, dia tetap menzahirkan kasih sayangnya melalui caranya yang tersendiri terhadap kami adik beradik. Sahabat-sahabatku, tolong doakan nenek aku Jeriah bt Sa'amah agar dia kembali sihat. Aku ingin melihat senyumannya sekali lagi.

*******

Setitip rasa: Sesungguhnya sakit dan sihat itu datang daripada Allah sebagai ujian kasih sayang terhadap setiap hambaNya.


No comments: