"Kak tini.pekaba akak skrg?sume cmne?Harap sume okey..Akak kna kuat lg ea..Doa kami iringi akak sentiasa.insyaallah"
Saat ku buka kotak mesej telefon bimbitku, hampir tumpah airmata. Ada juga yang masih lagi mengambil berat tentang keadaan diri ini. Bila kita susah, ada kawan turut merasai susah kita. Bila kita senang, ada kawan yang turut senyum dan bergelak tawa bersama kita. Ya, itulah namanya sahabat. Aku tidak akan pernah berhenti agar dikurniakan sahabat-sahabat yang baik kerana disebabkan semangat mereka aku masih lagi bangun berdiri walaupun sudah berkali aku jatuh.
Mungkin tidak senang untuk capai sesuatu demi kebaikan diri sendiri, maka ranjau-ranjau yang bakal datang harusku telan, tempuh dan terus sabar.
Keputusan yang sudah aku buat demi kesejahteraan diri sendiri tidak akan ku ubah lagi. Sudah tiba masanya aku fikirkan untuk kebaikan diri sendiri walaupun beberapa pengorbanan terpaksa dilakukan, walaupun ada mulut-mulut yang menyakiti dan hati-hati lain yang tidak pernah memahami.
Moh layan lagu ni. Tak puas aku dengar. Lagu tema drama Syurgamu Ramadan. Azfar-Akan Ku Jumpa. Lirik pun ada sekali, sila lah mengikutinya. ahaks!=)
0 comments:
Post a Comment