Friday, November 19, 2010

Home » , , » Anak Murid Saya Akan Pergi! Perpisahan Lagi Pada Tahun Ini...

Anak Murid Saya Akan Pergi! Perpisahan Lagi Pada Tahun Ini...

Tahun depan seramai 3 orang pelajar bakal bertukar ke sekolah lain. Sedih sebab anak murid saya dah nak pergi! Ketiga-tiga mereka ini punya keistimewaan masing-masing walaupun kadang-kadang merimaskan cikgu cikgi. Suka untuk aku berkongsi kepelbagaian perangai mereka ini.

1) Pelajar tahun 4- Firdaus.
Firdaus ni mulut sangatlah becok dan laser. Pada mulanya aku memang selalu sakit hati setelah secara rasminya aku dinaikkan pangkat jadi cikgu Bahasa Melayu kelas 4 Tirmidzi. Lama kelamaan aku faham kenapa dia bersikap begitu. Satu sebab anak manja dan juga menjadi mangsa keadaan keluarganya yang mempunyai masalah peribadi. Kesian Firdaus. Budak pandai tapi ibu bapa pula bermasalah.

2) Pelajar tahun 3- Ali Imran.
Budak ni baik sangat. Pelajar yang pandai juga, cuma agak slow sikit. Tinggal dengan nenek sebab ayah sudah tidak ada tetapi maknya masih ada namun seorang yang sibuk bekerja. Kalau tak silap aku lah, maknya seorang pensyarah. Kadang-kadang datang sekolah dengan pengetua sekolah atau Sir, satu-satunya cikgu lelaki di Sri Al Hafeez.

3) Pelajar tahun 1- Nasrullah.
Si kecil yang comel ini merupakan adik Ali Imran. Kedua-duanya mempunyai lesung pipit di pipi! Aku tidak berapa kenal sangat dengan Nasrullah. Cuma sejak akhir-akhir ini sebelum cuti sekolah, dia banyak cakap dengan aku. Ala,comelnya! Kadang-kadang dua beradik ini akan moody bila rindukan maknya. Kesian budak-budak ni.

Ramai anak-anak kecil sekarang jadi mangsa keadaan rumahtangga. Bukan budak-budak bertiga di atas tu je. Ada di kalangan mereka ibu bapa bercerai, berpoligami kemudian bercerai. Anak-anak datang sekolah melepas perasaan. Kadang-kadang tak boleh fokus dalam kelas, exam asyik fail, suka bermain daripada belajar. Sayu aku tengok budak-budak ni. Kami sebagai guru cuba mencurahkan ilmu dan mendidik selagi termampu.

Sebenarnya, pengaruh yang lebih besar dalam hidup mereka adalah ibu bapa sendiri. Bagaimana anak-anak nak konsisten menutup aurat jika di rumah tidak menitikberatkan tentang aurat walaupun di sekolah anak-anak dididik untuk menutup aurat? Bagaimana anak-anak mampu terbentuk akhlak soleh dan solehah jika suasana di rumah tidak ada ruh islam?

Tidak dinafikan setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kadang-kadang mereka sendiri sudah buntu untuk mendidik anak masing-masing. Lalu tanggungjawab mendidik diserah pada guru semata-mata. Sikap putus asa dalam mendidik sepatutnya tidak ada dalam diri ibu bapa. Kasihanilah anak-anak yang masih lagi sedang belajar mengenal siapa penciptaNya, mengenal keindahan agama Allah.

Kanak-kanak kecil beri aku sedikit kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan ujian. Melihat wajah mereka saja pun sudah cukup membuatkan hati tenang kerana mereka seperti kain putih yang suci, tidak ada cacat celanya!

I LOVE MY ADORABLE STUDENTS!

7 comments:

mamawana said...

Salam...

Semoga anak2 ini dipermudahkan dan dibahagiakan hidup mendatang mrk. Juga dimurahkan rezeki buat mrk dan buat cikgu Tiniey yg berhati mulia.

Unknown said...

Waalaikumussalam...

aameen insyaAllah...sedih anak murid nak pindah mama...;(

Seroja Jingga said...

doakan saja anak2 ini ye adik..

pasti mereka jadi manusia berguna kelak.

terima kasih keran asinggah di chatbox..akak tak de time nak blogging..ape lagi nak singgah kemari..mana yang sempat..akak singgah lah...

kamu baik baik saja ye

Pena Daie said...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan!
Teruskan usaha dalam mendidik anak2 generasi pewaris agama..

Unknown said...

seroja jingga:

thanks akk sudi singgah sini...doa sy sentiasa mengiringi bdk2 ni...;)

zul ikhwan:

insyaAllah sy akan cuba selagi terdaya utk mendidik anak2 ini...;)

Faarihin said...

smoga anak2 kcil ni berjaya di mana jua mereka berada..

smoga akak juga smakin hebat menjadi pendidik di masa2 akan datang.. inshaAllah..(^__^)

Unknown said...

faarihin:

aameen insyaAllah....biiznillah...;)