Meski jasad lesu tak bermaya
kata keramat memberi sedikit kekuatan
mungkin sela waktu
mengutuhkan satu keyakinan
melerai teka-teki yang dicipta sendiri
hati menarik-narik ke arahnya
sesak mencengkam tangkai jantungnya
Duhai laut
Kembalilah memukul tepian pantai
Alunan ombakmu tidak pernah menyakiti
Kerana pantai masih setia menanti bersama anginmu

2 comments:
nice dear!
hehe
cik chuie:
thanks!;)
Post a Comment