Tuesday, December 7, 2010

Home » , » Ombak Laut Tidakkan Setia

Ombak Laut Tidakkan Setia

Aduhai laut
Ke mana pukulan ombakmu?
Ke mana alunan muzikmu pergi?

Duhai laut
Sepi pantai kekeringan
Sunyi ditemani halus pasir bersama rerantingan
Buat beberapa detik waktu pantai berlagu sendirian
Memujuk laut kembali menghempas pantai

Lautku
Kau kembali menderu
Namun tidak sama seperti dulu
Tiada irama mahu pun dendangan
Pasir yang kering kembali dibasahi
Tetapi
Kau pergi lagi tanpa menyesali

Pantai terus berdiam diri
Tiada menoleh mahu berganjak berlari
Hanya mampu mendengar riuhan camar pulang
Kala senja terlihat di ufuk barat

Pergilah laut
Pantai pasti kan berubah suatu hari nanti
Bersama ombak laut baru yang segar dan damai melengkapi

No comments: