Sungguh sukar melafazkan kata-kata terakhir. Kami senyum, kami ketawa, kami berbual ringan, kami senyap seketika. Namun sebenarnya itulah kenangan yang terakhir buat diri kami.
Terima kasih untuk segalanya. Aku senyum kerana kenangan itu dan aku juga akhirnya menangis untuk kesekian kalinya.
Demi untuk kebaikan diri dan hati-hati lain, aku perlu menamatkan semuanya. Maafkan aku.
Aku doakan dari jauh kebahagiaan dan kesihatan kamu.
Perpisahan itu amat menyakitkan....Terdampar lagi pantai kesepian...menunggu kehadiran laut lagi...Mungkinkah?
*Teringin lak nak jalan-jalan tepi pantai...hmm....

No comments:
Post a Comment