Friday, December 24, 2010

Home » , » Tutorial : Cara Untuk Enable Task Manager

Tutorial : Cara Untuk Enable Task Manager

Assalamualaikum...Salam ceria dan senyum-senyum selalu...;)

Pertama kali buat tutorial ni..hehehe..Aku bukannya pakar IT. Cuma sekadar berkongsi masalah yang telah aku alami  bulan lepas. Notebook jam, jadi slow, keluar notification yang pelik-pelik. Mulanya, aku ignore, tapi bila dah lama sangat, masalah jiwang notebook ni merimaskan aku. Nak hantar kat kedai, banyak duit kena pakai. Untuk jimat, aku terpaksa cari solution sendiri. Google google google. Cari dalam internet. hihihi..

Simptom tidak sihat pada notebook aku adalah "Task Manager has been disabled by your administrator". Dulu pernah juga jadi macam ni tapi entah macam mana aku buat, dia jadi ok balik. Cuma kali ni macam makin susah nak selesaikan. Susah la bagi orang macam aku tapi bagi pakar-pakar di luar sana, ini masalah kacang sahaja. Kunyah-kunyah kacang, lepas tu telan..hehehehe...

Cari punya cari dan beberapa kali mencuba, akhirnya aku terjumpa satu website ni. Dia bagi 4 cara untuk selesaikan masalah Task Manager yang tidak dapat dibuka. Website nye dalam English tapi aku cuba juga terjemahkan dalam bahasa yang aku faham dengan cara aku sendiri dan korang pun boleh faham. hihihihi..

Cara untuk enable dan re-open Task Manager

Cara Pertama:

Klik Start > Run, kemudian copy registry kat bawah ni dan paste kan pada kotak Run tu.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f

Cara kedua:

Download dan guna REG ni, kemudian buat double-click (yang ni aku tak tak faham..hahaha...)

Cara ketiga:

Klik Start > Run, kemudian taip Regedit.exe

Lepas tu, cari key ni HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System

Bila dah jumpa, tengok ke tetingkap sebelah kanan, kemudian delete Disabled Task Manager.

Tutup Regedit.exe

Cara keempat: Menggunakan Group Policy Editor- Untuk Windows XP Professional.

Klik Start > Run, kemudian taip gpedit.msc dan klik OK.

Cari folder ni User Configuration / Administrative Templates / System / Ctrl+Alt+Delete Options / Remove Task Manager.

Double-Click pada Remove Task Manager.

Set polisi tersebut sebagai Not Configured.

*********

Cuba la salah satu cara tersebut. Aku guna cara pertama, alhamdulillah boleh buka balik Task Manager bila tekan Ctrl+Alt+Del. Aku cuba jugak guna cara ketiga tapi sampai sekarang tak boleh. Memang tetingkapnya tak boleh buka. Keluar notification lain pulak. "Registry editing has been disabled by your administrator". Tak paham betul lah aku. 

Kemungkinan virus ada lagi atau ada pape yang aku terdelete. Aku dah scan virus pakai DrWebCureIt, tak ada virus dikesan. Nak guna HijackThis pun bukannya pakar. Setakat scan tu boleh la..kuang kuang kuang..Cuma sekarang notebook dah lancar sikit lepas aku uninstall Avira, then aku install Avast. So far, masih bertahan dan prestasinya lagi baik daripada sebelum ni. hihihihi..

Mungkin lepas ni aku nak kongsi lak pasal DrWebCureIt. Tengok lah macam mana. Best gak perisian ni, yang paling penting sebab ianya percuma!hehehehe.....

Ada sesiapa lagi tahu cara lain tak untuk kesan kegiatan virus dalam notebook selain format?? Format-format aku tak gemar. hehehe....Dan juga masalah cara ketiga tu, korang tahu?

Kongsi-kongsi lah sikit...huhuhu...

4 comments:

Unknown said...

dah lama ade masalah ni. haishhh.. hope lepas guna cara2 di atas, masalah ni leh selesai hehehe

Unknown said...

@Khalic

apa2 pun cuba dulu...hehehe

Unknown said...

ya ampunn... terima kasih banyak2... saya dah brjaya mnggunakan prkhimatan awak... semoga awak murah rezeki... terima kasih sekali lg....

Unknown said...

Berkat Stedy:

Sama-sama..Alhamdulillah..:)

Terima kasih juga untuk doa..:)