Suka sangat lagu ni..huhu
Aku datang ke bumi UIA lagi mencari kepastian dan jawapan yang bakal mencorak masa depan aku sendiri. Aku tak tahu apa lagi yang bakal menanti pada hari-hari yang seterusnya.
Aku tolak jqaf demi master. Dan alhamdulillah aku dapat rezeki di Kuantan. Aku nak kumpul duit untuk sambung master tahun ini. Tahun ni juga aku nak sambung. Itu kehendak hati aku. Impian yang ingin aku capai. Mungkin sampai ke peringkat phd siapa tahu? Belajar sampai lebam...hehehe...rajin sangat la kan...Insyaallah lebih rajin lepas ni..;)
Untuk satu keputusan ni, banyak hati yang perlu dijaga. Ada yang terjaga dan ada juga tak mampu dijaga. Ibu ku menentang awal-awal lagi. Kami bergaduh. Maka aku datang ke sini mencari ketenangan. Walaupun begitu, aku bukanlah tidak tahu adab terhadap ibu bapa dan bukan menderhaka.
Sebelum turun menuju ke stesen bas sebelum ini, aku menyalami ibu, memohon maaf padanya dan juga mencium pipinya. See? Aku bukan membenci ibu, terlalu sayang walaupun kecik hati sangat-sangat dia tidak menyokong apa yang aku ingin buat.
Hari ini, aku sudah nekad untuk bekerja di Kuantan sebagai guru juga. Lapor diri 31 Januari. Kak Long aku bakal mendirikan rumahtangga pada 5 Februari ini. InsyaAllah aku akan usahakan untuk balik.
Aku sayang tempat kerja lama aku. Sayang Kakak terutamanya. Sayang rakan-rakan sekerja dan juga anak-anak murid yang comel. Maafkan diri ini kerana perlu pergi jauh. Aku tidak akan lupakan kalian. Kerana kalian sentiasa memberiku kasih sayang yang tidak terkira. Kurniaan Allah yang buat aku terus kuat.
Buat ma dan abah, Tini boleh jaga diri. Tini mampu berdikari. Maafkan Tini, ini keputusan yang telah Tini buat setelah berkali-kali menghitung baik buruknya. Restuilah anakmu ini.
Sebak.;(
No comments:
Post a Comment